Setiap Jumaat, saya dan isteri akan "melepak" di KLCC selepas waktu bekerja. Sebabnya, mahu mengelakkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk pada waktu itu.

Kebetulan filem Talentime dan Confessions of A Shopaholic baru sahaja ditayangkan.

Saya suka Talentime kerana ada watak Anuar sebagai cikgu yang mengelat dalam cabutan undi untuk membuat persembahan.

Saya suka garapan idea Yasmin Ahmad yang memberikan dialog untuk Kahoe, "Melayu kalau gagal pun akan dibantu juga," merujuk kepada Hafiz. Teringat kepada bantahan parti politik Cina yang menyelar Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang dikatakan lebih memihak kepada orang Melayu.

Saya juga suka filem ini dibantu watak ibu Mahesh yang kehilangan adik sendiri akibat bergaduh dengan jiran. Bapa saudara Mahesh itu, Ganesh sedang meraikan perkahwinannya, tetapi mati kerana dikatakan tidak menghormati jirannya yang sedang menguruskan upacara kematian.

Teringat perbalahan antara Melayu dan India beberapa tahun lalu. Yasmin sengaja tidak menonjolkan bangsa "si pembunuh" itu bagi mengajak penonton berfikir sama ada orang itu Melayu ataupun India sendiri.

Confessions of A Shopaholic pun saya suka kerana seorang yang "gila" membeli-belah boleh menulis artikel "The Girl With The Green Scarf" dengan baik di dalam majalah ekonomi, Succesful Saving. Beliau mendapat inspirasi menulis artikel itu berdasarkan skaf hijau yang baru dibelinya. Hasilnya, nama Rebecca berjaya dicipta dan majalah itu mendapat rating baik.

Saya minta maaf sekiranya ada pihak mempertikaikan lulusan agama ini gemar menonton wayang. Saya sangat tidak suka membeli CD cetak rompak, melainkan ada filem lama yang sukar diperoleh lagi. Lagipun saya terbaca di dalam buku Hamka yang ditulis oleh anaknya menyatakan Pak Hamka turut gemar menonton wayang. Saya tidak menafikan andai kata konteks wayang Hamka itu adalah filem yang ditontonnya di rumah.

Isteri suka lagu O Re Piya dalam Talentime.

ITNM ada membuka gerai jualan buku di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC. Semalam saya bertugas di gerai itu.
  • Buku ITNM yang laris dijual adalah Politik Baru dan Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia (1791-1965).
  • Sepanjang saya di PWTC, antara VIP yang terkenal datang ke gerai ITNM adalah YB Dr. Puad Zarkashi dan Dato' Alimuddin Mohd Dom (KP KPM). Mereka datang sekadar mengunjung untuk berborak kosong kerana sudah membeli buku ITNM sebelum ini. Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein "lari" sebaik sahaja ditegur.
  • Ada Datuk/Datin (yang dikenali melalui tanda nama) tidak lokek mengeluarkan lebih RM100 untuk membeli buku. Ada seorang Datin yang sangat suka berborak berkenaan buku. Seronok dia bercerita kisah dia membeli buku itu dan buku ini. Mujur dia membeli dua buku ITNM.
  • Sahabat saya di UIA, yang kini Penolong Bendahari Pemuda UMNO salah satu Bahagian di Terengganu datang untuk mengkritik penglibatan "orang tua" dalam menentang PPSMI. Antara katanya, "Apa perlunya dipolitikkan PPSMI?" Saya menjawab terus, "Apa kata di Bukit Selambau dan Bukit Gantang nanti, UMNO berikan pentas untuk mereka bersuara?"
  • Mujur ada seorang lagi lagi seorang sahabat UIA yang kini bertugas di Jabatan Perdana Menteri (bukan ahli UMNO, jalan-jalan sahaja) yang membeli buku ITNM tanpa banyak persoalan. "Abang sudah ada yang ini. Yang ini pun sudah ada. Eh ada yang soft cover.Abang beli yang hard cover lah," katanya merujuk kepada buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia (1791-1965).
  • Ada tiga gerai yang menjual buku selain ITNM, iaitu Utusan Publications dan Dawama.
  • Yang ketara, banyak pengunjung gerai sama ada ahli UMNO mahupun pengunjung luar lebih gemar membeli songket, batik, dan tudung.
Saya agak terkilan Datuk Seri Utama Rais Yatim tewas dalam pertandingan Naib Presiden UMNO. Saya sangat suka mendengar ideanya melalui gaya ucapan yang menarik. Dialah antara pemimpin yang sangat suka membaca buku.

Tarikh: 22 Mac 2009
Tempat: Pulitzer Corner, MPH Mid Valley.
Tetamu kehormat: Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri MeCD.

Pulitzer Corner MPH Mid Valley.

Bos-bos bersama Dato' Ivan Hoe, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pesta Buku Antarabangsa 2009.

Ucapan Bos ITNM.

Dato' Saifuddin Abdullah.

Gimik pelancaran.

Pembeli Cina membeli buku Dato' Saifuddin, Politik Baru. Beliau peserta pertama peraduan ini!

Keesokan harinya, terpapar di akhbar berita Dato' Saifuddin mencadangkan penubuhan Akademi UMNO yang berfungsi sebagai kumpulan pemikir (think tank) kepada UMNO. Teringat semula dalam ABIM dan PKPIM dahulu pun ada kumpulan rousyan fikr ini.

Namun cadangan itu dibangkang oleh Tan Sri Aisyah Ghani semalam! Sedangkan kerajaan pun ada kumpulan pemikir sendiri seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang menasihati kerajaan berkenaan ekonomi. Mahu melakukan benda baik pun dibantah. Haha.

Hadiah utama: 1 x Perodua MyVi
Hadiah pertama: 1 x RM10,000
Hadiah kedua: 2 x RM5,000
Hadiah ketiga: 15 x RM1,000
Hadiah keempat: 15 x RM500
Hadiah saguhati: 50 x RM150

Cara penyertaan:
  1. Beli minimum RM25 buku terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di lebih 30 kedai buku (boleh rujuk di akhbar) dan lekatkan resit di bahagian yang disediakan pada borang peraduan.
  2. Jawab soalan yang disediakan.
  3. Isikan butiran peribadi dan poskan borang peraduan tersebut.

Gandakan kemenangan dengan menghantar sendiri borang ini di gerai ITNM semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 17-24 April di PWTC yang melayakkan pembeli membeli buku ITNM dengan diskaun 15% untuk semua buku.

Peraduan berakhir pada 26 April 2009.

Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) akan tampil di TV3 untuk ditemu ramah dalam program Malaysia Hari Ini (MHI), pada 23 Mac 2009 (Isnin) sekitar jam 7.30 sehingga 8.00 pagi.

Temu ramah itu berhubung dengan penyertaan ITNM dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009 selain membicarakan berkenaan Peraduan "Beli Buku ITNM & Menangi Hadiah Bernilai RM###,###" yang dilancarkan pada 22 Mac 2009 di MPH Midvalley Megamall.

Tarikh: 22 Mac 2009 (Ahad)
Masa: 11.00 pagi
Lokasi: Pulitzer Corner, MPH Bookstore, Midvalley Megamall, Kuala Lumpur
Dilancarkan oleh: Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Hadiahnya sangat lumayan yang bernilai sehingga RM### K. Hadiah itu akan diumumkan selepas majlis pelancaran.

Penyertaan hanya layak kepada pembeli buku ITNM di lebih 30 kedai buku ataupun datang ke gerai jualan ITNM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bermula 16 sehingga 26 April 2009.

Psst...Lihat logo penaja!

27

Hari ini saya 27 tahun.

Banyak perkara perlu dimuhasabahkan.

Isteri menghadiahkan kasut Polo! Terima kasih sayang:)

Dalam ruangan Forum Utusan Malaysia semalam:

Saya rasa terpanggil untuk meluahkan kepelikan dan kekesalan terhadap segelintir sikap kakitangan awam yang seolah-olah tidak menghiraukan arahan yang dikeluarkan kepada mereka berhubung waktu rehat dan minum.

Walaupun pekeliling perkhidmatan telah dikeluarkan tetapi seolah-olah seperti "mencurah air ke daun keladi". Buktinya, segelintir mereka ini sentiasa ada di kantin, kedai makan, warung, sedangkan pada waktu itu merupakan waktu mereka bekerja. Dengan bangganya mereka memakai tag nama dan pemakaian baju batik (pada hari Khamis) ketika minum.

Jika pada hari Jumaat pula, (berdasarkan pemerhatian saya di sebuah kompleks membeli belah terkenal di Putrajaya) jam sudah menunjukkan pukul 2.50 petang tetapi segelintir mereka masih lagi mundar mandir di sana.

Saya difahamkan waktu rehat pada hari Jumaat bermula pada jam 12.00 hingga 2.45 petang. Di manakah kualiti perkhidmatan yang diharapkan dapat disampaikan oleh mereka kepada orang ramai?

Tengah hari ini saya akan ke Mid Valley untuk membuat susulan dengan pihak MPH berkenaan program anjuran ITNM di sana pada Ahad ini. Sebelum itu, saya akan ke PWTC untuk membuat pelbagai tempahan untuk majlis pelancaran buku semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) April nanti dan menghadiri majlis sempena PBAKL.

Adakah ini bermakna saya "berjalan-jalan" di plaza membeli belah? Kadangkala semasa memakai baju batik dalam waktu bekerja pada hari Khamis juga saya berada di tempat-tempat begitu.

Memang ada kakitangan awam yang "curi tulang" dengan berjalan-jalan semasa waktu bekerja di luar pejabat, tetapi saya percaya golongan itu segelintir sahaja. Saya pernah menempah plak di Plaza Pertama. Menurut tuan kedai itu, cawangannya di Alamanda Putrajaya paling banyak tempahan plak atau piala.

Persepsi 2: Kakitangan kerajaan malas mengangkat telefon.

Sudah biasa kita mendengar dakwaan ini. Di pejabat kerajaan, telefon disediakan di setiap meja kakitangan. Namun sukar untuk menghubungi pegawai kakitangan tersebut. Lalu dicop terus semua kakitangan kerajaan malas mengangkat telefon.

Sebenarnya, tugas kakitangan awam bukan semata-mata duduk di mejanya. Mereka juga perlu berurusan dengan bahagian lain, menghadiri banyak mesyuarat ataupun tugasan luar. Tidak adillah dituduh kakitangan awam malas mengangkat telefon.

Persepsi 3: Pejabat kerajaan selalu memindahkan talian (transfer line) telefon.

Saya turut pernah menghadapi situasi ini. Sekarang pun saya selalu sahaja memindahkan talian telefon kepada orang lain. Saya di unit komunikasi korporat, tetapi acap kali talian yang saya dan Shida terima mahu berurusan dengan unit penerbitan, unit sumber manusia dan lain-lain yang memang tidak ada kaitan dengan unit saya.

Bukanlah kami tidak tahu urusan yang diajukan, tetapi lebih baik sekiranya dia berurusan terus dengan orang tertentu. Biasanya yang menjadi masalah pemanggil ialah tidak menyatakan secara terperinci urusannya itu. Maka si penjawab telefon pun keliru pegawai yang sesuai untuk disalurkan talian.

Persepsi 4: Urusan kerajaan lembab.

Ada yang lembab, ada yang terlalu efisien. Semua orang tahu agensi kerajaan yang lembab dan efisien. Contoh paling mudah, kadangkala e-mel yang dihantar, dua minggu lagi baru dilayan. Itupun kalau dilayan. Banyak juga yang tidak dipedulikan.

Efisien atau lembap merupakan masalah kakitangan itu sendiri. Banyak sistem sudah diperkenal seperti Kualiti, Sasaran Kerja Tahunan dan lain-lain. Kalau tidak diambil peduli pun, kenaikan tetap sama, bonus pun sama rata antara kakitangan yang rajin dan malas, dan elaun pun diterima sama.

Tidak semua berkenaan kerajaan itu buruk, tetapi tidak segalanya baik. Saya selalu terfikir, kakitangan awam dapat bonus atau kenaikan gaji, heboh sungguh sehingga naik harga barang. Namun kalau kakitangan Petronas, TM dan lain-lain mendapat bonus sekurang-kurangnya dua bulan, tidak ada pula yang "bising".

Balu Arena Wati.

Saya mengajak bapa mentua hadir ke majlis ini. Dia enggan. Katanya, "Arena Wati penyokong PPSMI!" haha.

Semasa Allahyarham Arena Wati meninggal dunia pada 25 Januari 2009, warisnya menyatakan melalui akhbar bahawa Sasterawan Negara itu menyokong PPSMI. Entahlah. Kalau silap, maka laporan akhbar itu adalah fitnah kepada Allahyarham.
Dari kiri: Dr. Ibrahim Ghafar, Dato' Termuzi, Ustaz Uthman, dan waris Arena Wati.

Majlis itu diketuai Ustaz Uthman El-Muhammady. Turut hadir Ketua Pengarah DBP baharu, Dato' Termuzi Abdul Aziz, Dato' Baha Zain bersama ahli PENA, dan anak-anak yatim.
ITNM bukanlah badan yang bertindak mempromosikan sastera Malaysia apatah lagi "menjaga" sasterawan tempatan, tetapi ITNM mengadakan majlis seperti ini sebagai satu langkah tanggungjawab korporat kepada masyarakat (CSR).
Kata Ustaz Uthman, "Orang nak minta saya buat bida'ah lagilah ini. Tidak mengapalah, perkara yang baik," kerana mengetuai tahlil yang haram menurut Imam Shafie (menurut hujah tertentu).

Tahniah kepada Hot FM pada hari ini kerana berani membawa isu berkenaan PPSMI semasa HotFM Crew. Kebetulan pula Kieran dan AG berganding dengan Faizal Ismail menggantikan Fara yang bercuti.

Faizal rasanya banyak mengkaji dan membaca artikel ataupun rencana berkenaan PPSMI. Kata-kata dan provokasinya kepada pemanggil menunjukkan dia memahami isu ini. Mungkin anaknya kini merupakan salah seorang pelajar yang sedang belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris menyebabkan dia peka terhadap isu ini.

Seperti yang sudah dijangka, isu ini akan ada komentar yang pro dan kontra, ada yang menyokong dan ada juga yang membantah.

Kebanyakan yang menyokong PPSMI adalah ibu bapa. Manakala antara yang membantah adalah guru yang sendiri berhadapan dengan isu/cabaran ini.

Saya tidak terlalu hairan sekiranya banyak ibu bapa yang menyokong PPSMI. Saya membayangkan diri saya sebagai bapa. Sudah tentu saya berasa bangga apabila melihat anak saya boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris di mana-mana sahaja, dengan rakan sebaya, dengan Cina si penjual runcit, dan sesiapa sahajalah.

Rakan-rakan UIA saya banyak yang berhadapan dengan masalah untuk mengungkapkan perkataan dalam bahasa Melayu. Masalah ini diIstilahkan sebagai "Malayination", iaitu mencampurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam perbualan. Ini benar-benar berlaku. Malah mantan Presiden PKPIM yang kini menjadi moderator Dialog RTM1 pernah mengakui hal ini semasa berucap dahulu.

Berbalik kepada Hot FM Chat... Ada seorang ibu dari Sabah membandingkan antara guru Melayu dengan guru Cina. Sungguh lancang mulutnya kerana mengatakan guru Melayu MALAS mengajar matematik dan sains! Hanya kerana guru Cina rajin mengadakan kelas tambahan tanpa bayaran di sekolah Cina anaknya, sanggup dia menuduh guru sebangsanya pemalas.

Namun ada pendapat seorang guru yang mencadangkan supaya diwujudkan mata pelajaran Bahasa Inggeris Komunikasi bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Cadangan ini sebenarnya sudah diamalkan dalam mata pelajaran Bahasa Arab SPM, ada Bahasa Arab Komunikasi, ada juga Bahasa Arab Tinggi. Di UIA juga, kaedah ini dilaksanakan dengan berkesan.

Saya tertarik dengan komen yang diberikan oleh Puan Najibah dalam artikel blog yang lalu.
Blogger najibah berkata...

Terkenang di pejabat dulu, ada dua orang Melayu datang bertandang untuk berbincang, sambil menunggu duduk berbual dengan seorang lagi eksekutif Melayu 'tuan rumah', maka bercakap-cakaplah mereka dalam bahasa Inggeris. Tiba-tiba saya dapat YM dari gadis Cina rakan sekerja di depan saya, "Kenapa orang Melayu sesama sendiri pun mahu gunakan bahasa Inggeris?" Tanyanya.

11/3/09 8:55 PM

Tadi juga pertama kali saya memberikan SMS respons kepada Hot FM.

Tarikh: 11 Mac 2009
Masa: 4.00 petang
Lokasi: Wisma ITNM

Semua dijemput hadir.

Rasanya keluaran ini yang terakhir sempat saya menulis untuk fokus majalah Dewan Kosmik. Untuk keluaran April 2009, saya meminta maaf kepada Kak Norizan kerana tidak dapat memberikan komitmen untuk menulis ruangan fokus. Oleh itu, Kak Norizan sudah awal-awal memberikan amaran supaya menyiapkan fokus Dewan Kosmik keluaran Mei 2009.

Dalam keluaran kali ini, judul artikel saya adalah "Kesan Hormon Testosteron dan Estrogen Berlebihan". Maaf ya Cik Zaza, maklumat berkenaan PMS sudah dicantas! haha.

Secara ringkasnya, kesan testosteron yang berlebihan dalam badan lelaki akan menyebabkan keguguran rambut sehingga menyebabkan botak.

Manakala sekiranya dalam badan wanita terlebih hormon estrogen, di bibir mereka akan tumbuh misai seperti lelaki. Contohnya, lihat imej di kulit hadapan majalah itu. Wanita bermisai kadangkala kita boleh lihat di mana-mana sahaja.

Dalam artikel itu turut memaparkan sebab kedua-dua hormon itu boleh berlebihan. Tidak lupa juga maklumat berkenaan cara merawat penghasilan hormon yang berlebihan itu.

Saya sudah merancang isu fokus Dewan Kosmik ini sejak November 2008 lagi. Pada masa itu, saya memang mahukan isu fokus yang "dekat di hati" pembaca. Namun saya berhijrah terlebih awal sebelum sempat melihat keluaran Januari 2009 lagi.

Kak Norizan tidak mahu mengubah isu-isu itu. Saya pula tidak menulis secara terperinci semua isu fokus itu; siapa yang patut diwawancara, sudut yang menarik untuk disentuh, skop penulisan. Semua dalam "kepala" saya. Maka secara tidak langsung terpaksalah buat kerja amal membantu penerbitan Dewan Kosmik melalui telefon. Namun tugasan di ITNM tidak langsung diabaikan. Itu taklif!

Semalam Abang mengadakan majlis kesyukuran kelahiran Adam Harith. Ramailah kawan Abang dan jiran terdekat menghadiri majlis itu. Majlis Bercukur sudah diadakan minggu lepas di Kota Tinggi.

"Mommy, I don't want to eat rice. I want cake!" Saya dan Isteri mendengar jeritan suara budak kecil kepada ibunya. Jawab ibunya, "Why you don't want to eat rice?"

Dalam masa yang sama, ada seorang jiran Abang yang memang "mat saleh" sedang menikmati jamuan. Saya sangkakan suara perbualan ibu dan anak itu datangnya daripada "mat saleh" itu. Rupa-rupanya tidak. Kata Isteri, "Saya ingatkan anak orang putih itu yang cakap bahasa Inggeris, rupa-rupanya memang orang Melayu."

Keluarga mentua saya turut menghadiri majlis itu. Mama memulakan perbualan dengan isteri "mat saleh" itu dalam bahasa Inggeris, tetapi dijawab balik oleh "mat saleh" itu dalam bahasa Melayu. Suaminya pula tidak kekok makan nasi beriani dengan menggunakan tangan sambil duduk bersila.

* * *

PPSMI baru sahaja dilaksanakan, tetapi sedikit sebanyak jati diri Melayu sudah hilang daripada jiwa kanak-kanak Melayu.

Foto NST.

Jenuh saya memikirkan sebab saya tersilap tarikh menghadiri persembahan Gema & Rasa di Dewan Filharmonik Petronas. Persembahan yang sepatutnya berlangsung pada 4 Mac 2009 (Rabu), tetapi saya datang pada 3 Mac 2009.

Isteri, Mas Aini, Nadia. Minta maaf kerana hal ini.

Sebagai tanda meminta maaf, saya belanja mereka menonton wayang. Kasihan mereka telah dress up. Filem Doubt. Semakinlah saya keliru sebab saya boleh tersilap tarikh. Filem itu menjatuhkan maruah seorang paderi. Pelik juga tiada penganut Kristian yang "melenting". Adakah skandal seks luar tabi'e paderi sudah berleluasa sehingga mereka tidak langsung ambil peduli?

Gema & Rasa.
4 Mac 2009.

Mas Aini dan Nadia tidak dapat hadir. Maknanya ada dua tiket lebih. Mujur Aina dan adiknya dapat meluangkan masa datang ke KLCC.

Deklamasi sajak memulakan persembahan. Antara bait sajak itu, "... Dalam gema ada rasa. Dalam rasa ada gema. Apabila bergema, maka lahirlah rasa..."

Teringat kepada persembahan yang saya anjurkan dahulu, tidak pernah saya lupakan, iaitu Gema Gangsa (2005). Pada masa itu, Kumpulan Gamelan UIA memainkan lagu dengan penuh perasaan sehingga berjaya bergema di dalam jiwa penonton. Ini fakta. Haha. Klik Youtube.

Sebelum itu, banyak kawan memberikan komen. Antaranya, "Lagu-lagu yang kau mainkan ini terlalu membosankanlah."

Gema & Rasa memang memberikan kelainan kepada penonton. Bagi saya, persembahan ini bukan menghiburkan, tetapi mengajak penonton berfikir berkenaan mesej yang disampaikan. Mungkin juga penari dan pemuzik itu bereksperimen dengan persembahan itu.

Contohnya, Tribute for Tan Sri Azizan Zainal Abidin (Bekas Pengerusi Petronas) mengimbas semula jasa dan bakti Allahyarham sepanjang menerajui Petronas. Begitu juga dengan Diamku Ke Sana mengajak penonton merasai keperitan penduduk Gaza yang menjadi mangsa keganasan Israel. Samalah juga dengan maksud mesej Pupus (alam sekitar) dan lain-lain. Terpacul dari mulut Isteri, "Iiieeyek!" melihat visual yang dipaparkan.

Persembahan Kumpulan Seni Persembahan Petronas (PPAG) memang ada kelas tersendiri. Saya tidak pernah gagal menghadiri persembahan PPAG. Bulan Jun nanti ada Pak Pandir The Musical pula. Mesti datang!

Memang kehadiran "psiko" itu banyak mengganggu kehidupan saya. Alhamdulillah dia tidak mengganggu semasa majlis akad nikah dan walimah saya.

Berikut lanjutan SMS yang dia berikan. Ada banyak lagi SMS, tetapi cukuplah sekadar dipaparkan beberapa SMS sahaja.

SMS Sasau II
June 19th, 2007 by antawada

Ini adalah sambungan SMS sasau yang saya terima daripada psiko itu.

SMS: Abg dah solat maghrib?td zah dpt ilmu baru.ttg uluhiyah&rububiyyah,syirik&murtad.pasal murtad sikit2 je ustazah sentuh isu tu.minggu depan ada solat tasbih.tp tak bleh buat kena jg hakim.takpelah nanti buat kat umah kan!
7.53 mlm, 12 Jun 2007.

SMS: Abg tgk berita ke?zah tgk tv3.bang harijadi zah 12.9.zah tanak hadiah,cuma nak doa dr abang,yer sayang.besday abg bila?
8.15 mlm, 12 Jun 2007.

Kalau minta hadiah pun, sesungguhnya tidak akan saya berikan!!!

SMS: Sayang dah bgn ke?nak zah siapkan sarapan?tak mandi lg?patutlah busuk.zah pun belum mandi,nak basuh baju.tunggu kak long anta hakim.
6.23 pg, 13 Jun 2007.

Pagi-pagi buta sudah dapat SMS sasau. Malang betul!

SMS: Abg,zah nak g pasar mlm dekat keretapi ni.
5.58 ptg, 13 Jun 2007.

SMS: Akum bang.zah tgh aja mek ngaji.mek dah pandai tp kena betulkan bacaan.
8.19 mlm, 13 Jun 2007.

Normallah pula.

SMS: Akum abang.kat tempat keja ke?penat.meh nak urutkan.nak?
11.40 pg, 14 Jun 2007.

Tidak inginnnnn!!!!!

SMS: Abg,ada kwn zah yg dah tunang kan.dia suruh tunang dia gosok baju kerja misi dia.lepas tu punya la baik tunang dia ni,siap ikat tali kasut nurse dia lg.kalau zah takkan suruh abg buat cam tu.baik zah gosok baju abg dan pakaikan stoking utk abang yang tersayang.
1.26 ptg, 14 Jun 2007.

Serius pada masa ini, saya terasa hendak muntah!!!

SMS: Bang,zah nak pegi kedai ni beli sarapan.abg dah breakfast.pg ni zah nak pegi dgr ceramah agama kat masjid,ari jumaat ustaz pulak.pegi naik basikal sbb motor adik nad pinjam pegi keja.anak dia comel sgt.geram zah.teringin ada anak sendiri.
7.10 pg, 15 Jun 2007.

Pergilah cari suami! Jangan ganggu hidup saya lagi!

SMS: Abg,tajuk ceramah ari ni,pasal doa & zikir.
9.57 pg, 15 Jun 2007.

Selama empat hari dia tidak ganggu (SMS & telefon) saya. Terasa aman sangat! Tetapi…

SMS: Akum abang.sihat ke?makan apa tghari ni?zah skang chat & ceria selalu.
2.05 ptg, 19 Jun 2007.

Kalau dia bagi saya SMS, maknanya dia tidak sihatlah itu.

SMS: Akum abg,bila abg yun kawin?tanak jemput zah makan nasi minyak abg long ke?ke dua2 skali dgn abg skali.Maklumlah ari tu makwe abg yg angkat.Klau betul la abg nak kawin,zah izinkan.Zah sanggup jd isteri no.2.Abg nak kawin 4 pun takpe tapi tak termasuk zah la.
10.29 mlm, 19 Jun 2007.

Inilah yang paling saya risaukan. Daripada mana dia tahu Abang Shahrul hendak nikah tidak lama lagi? huhu. Harap jangan "psiko" ini datang majlis nanti. Haru nanti!

* * *

Sebenarnya saya mengenali "psiko" ini di UIA. Pada masa itu sekadar kawan biasa sahaja. Seingat saya, saya pernah bertemu dengan dia sebanyak tiga kali. Bukan dating! Kemudian dia mengalami sakit misteri yang menyebabkan dia menarik diri daripada meneruskan pembelajaran. Rasanya sakitnya masih belum sembuh sehingga kini. Kalau tidak, masakan dia masih menghubungi saya lagi.

Mujurlah ITNM memberikan nombor lain. Kalau dia menghubungi nombor lama saya, cakaplah dengan operator perempuan itu, "Nombor yang anda hubungi..."

Baru-baru ini, saya diganggu oleh seorang "psiko", namanya Zah. Isteri yang menjawab panggilan telefon kerana saya tidak sanggup melayan psikonya.

Isteri: Awak mahu bercakap dengan siapa?
Zah: Saya hendak bercakap dengan Anuar.
Isteri: Saya isterinya.
Zah: Betulkah Anuar dah berkahwin? Saya tak percayalah. Hahahahaha.

Saya menjangkakan dia tidak akan mengganggu saya selepas berkahwin. Rupa-rupanya dia muncul semula. Mahu mengetahui betapa psikonya dia, bolehlah baca SMS dibawah yang saya ambil daripada blog di Friendster semasa dia benar-benar psiko dahulu.

SMS Sasau
June 11th, 2007 by antawada

Sejak akhir-akhir ini, saya sasau sedikit kerana diganggu oleh perempuan sasau. Saya pun dah ikut sasau macam dia.

SMS: Akum nuar, kenapa awk tak balas sms sy?sy masih percaya jodoh kita masih kuat.kalau awk tak suka sy sekalipun tolonglah jawab panggilan sy.sy cuma nak dgr suara awk.sy sanggup dengar awk kata kat sy ’sy benci awk!
7.31 ptg, 9 Jun 2007.

SMS: Nuar,tolonglah balas & jawab panggilan sy.
8.03 mlm, 9 Jun 2007.

SMS: Nuar,kenapa awk tak angkat fon.td gf awk ye!takperlah sy tak kisah kalau awk dah ada gf pun.sy cuma nak jd sahabat awk.sy tak bniat pun nak kacau hidup awk.sy pun ada kehidupan sy yg bleh sy anggap mcm hidup di syurga tanpa ada gangguan.sy sakit pun bukan sbb awk.
9.17 mlm, 9 Jun 2007.

SMS: Nuar,tolonglah sbg kwn,skurang2nya awk blslah sms sy.biarlah awk nak maki hamun sy pun sy sanggup telan.sy bkn suka meminta tp sekali ni saja.kalau tak kita jd musuh.itu yg paling sy benci.sy tanak bmusuh ngan sape2.hal kita belum selesai.tolong angkat fon lepas.kalau nak kawan kata ya saja.kalau tak kita akan selama2nya jd musuh.
9.24 mlm, 9 Jun 2007.

SMS: Nuar,apalagi sy nak buat utk minta maaf dgn awk.DEMI ALLAH SAYA CINTAKAN AWAK!AWAK FAHAM TAK!AWAK BIARKAN SY TERKAPAI2 LEPAS AWAK BAGI SAYA JUBAH DR MEKAH TU!AWAK TAK FAHAM KE APA TANDANYA NUAR&AWAK SKANG LANSUNG TANAK LAYAN SY-AWAK BUAT SY MACAM SAMPAH.AWAK INGAT SY NI PEREMPUAN MURAHAN.BOLEH DIPERMAIN2KAN.AWAK HIPOKRIT.
9.35 mlm, 9 Jun 2007.

Ini yang saya jenuh fikir bilalah masanya saya berikan dia jubah dari Mekah. Halusinasi betul!

SMS: Awak mmg teruk nuar.sy benci awk.
9.49 mlm, 9 Jun 2007.

SMS: Sy benci awak.
9.50 mlm, 9 Jun 2007.

SMS: Sampai ati gf awak kata sy gila!
9.57 mlm, 9 Jun 2007.

Dia tidak sedar yang dia naik suara kepada kawan saya itu.

SMS: Nuar, ari tu sy jumpa bomoh, yg lucunya beras dijadikan bedak sejuk. tu la sy rasa geli hati.makin cantiklah sy,mesti ramai jejaka kat luar tu nak pikat sy.tak heranlah sy kat awk.bukan handsome pun.kurus kering macam cicak kubing.padan muka awk.hihihi.
10.42 mlm, 9 Jun 2007.

Seriau juga sekiranya sudah menggunakan bomoh. Huh!

SMS: Akum nuar.sy tak tau betul ke awk langsung tak de perasaan pd sy.sy tau pompuan tu bukan gf awak.awak saja nak mengenakan sy kan.takper awk lom kenal sy sape.awk gelakkan sy,sy tau.tp kenapa awk langsung tanak cakap dgn sy???
10.45 mlm, 10 Jun 2007.

SMS: Nuar,tolonglah angkat.sy nak dgr suara awk je.sy rindukan awk.sy sayangkan awk.sungguh.
12.12 tengahari, 10 Jun 2007.

SMS: Nuar,please sayang.i love u.
12.15 tengahari, 10 Jun 2007.

Semasa menaip pun meremang bulu roma saya.

SMS: Sy tak takut la.sy jenis yg berani.bukan mcm awk penakut.pondan la awk ni.
12.19 tengahari, 10 Jun 2007.

Sebab saya sms balik, ugut hendak repot kepada kakak dia dan polis.

SMS: Sory ye sayang,i didn’t mean it.but u selalu tipu i.apa salah i pd u.salah ke kalau i nak jd kawan u.i bleh pilih ramai lg laki lain kat luar.kenapa i pilih u.cubalah u fikir sayang.
12.23 tengahari, 10 Jun 2007.

SMS: Baiklah,klu awk bgtau kakak sy,mmg kita takkan jumpa lg.jgn harap sy nak tgk muka awk & cakap dgn awk.kalau sy rahsia tetap rahsia.
12.31 tengahari, 10 Jun 2007.

SMS: Nuar,awk mesti percaya kat sy,kalau ada jodoh dgn sy,awk tolak tak?tp awk dah ada gf.takperlah lom kawin lg kan.sy ada chance la kan?nuar,please answer me sayang!
11.26 pagi, 11 Jun 2007.

SMS: Sayang makan apa ari ni?lunch dgn gf ke?okla tu.zah tgh diet ni.nak pakai kebaya lak.
12.49 tengahari, 11 Jun 2007.

Mujur tidak muntah semasa makan.

SMS: Abang,jgn lupa solat tau.syg abg selalu,zah.
12.52 tengahari, 11 Jun 2007.

SMS: Esok,zah pegi dgr ceramah agama kat masjid.bolehkan?ptg ni nak g klinik teman mek pegi check mata & hakim kena makan ubat cacing.abg,zah rasa nak mkn piza la.abg tanak blanja zah ke?
12.55 tengahari, 11 Jun 2007.

SMS: Nuar,awk jgn marahkan saya bila sy panggil awk ‘abang’ & ’sayang’.awk muda @ tua dr sy?but its ok 4 me.i know u better than others.
1.07 ptg, 11 JUn 2007.

SMS: Abg penat ke keja ari ni?dah solat maghrib?
7.56 mlm, 11 Jun 2007.

SMS: Abg buat apa mlm2 ni?zah tgk tv.makan twisties.ari tu kan jumpa la psykitri dia ajak zah tgk wayang,pegi jln kb.tentu dia ada hati kat zah.abg jeles tak?kalau sayang tak jeles maknanya honey tak sygkan zah.

"Psiko" ini tinggal di Kelantan. Setahu saya tidak ada panggung wayang di sana. Reka ceritalah!

SMS dan panggilan sasau ini sudah berlaku sejak saya di UIAM lagi. Tapi sejak kebelakangan ini sahaja semakin kronik pula. Oleh sebab saya tidak mahu jadi sasau seperti dia, saya ceritakan kisah sasau di blog ini.

Rasanya "saiko" ini akan terus menjadi sasau. Nantikan sahaja SMS terbaharu dia nanti.