Baru-baru ini, saya diganggu oleh seorang "psiko", namanya Zah. Isteri yang menjawab panggilan telefon kerana saya tidak sanggup melayan psikonya.

Isteri: Awak mahu bercakap dengan siapa?
Zah: Saya hendak bercakap dengan Anuar.
Isteri: Saya isterinya.
Zah: Betulkah Anuar dah berkahwin? Saya tak percayalah. Hahahahaha.

Saya menjangkakan dia tidak akan mengganggu saya selepas berkahwin. Rupa-rupanya dia muncul semula. Mahu mengetahui betapa psikonya dia, bolehlah baca SMS dibawah yang saya ambil daripada blog di Friendster semasa dia benar-benar psiko dahulu.

SMS Sasau
June 11th, 2007 by antawada

Sejak akhir-akhir ini, saya sasau sedikit kerana diganggu oleh perempuan sasau. Saya pun dah ikut sasau macam dia.

SMS: Akum nuar, kenapa awk tak balas sms sy?sy masih percaya jodoh kita masih kuat.kalau awk tak suka sy sekalipun tolonglah jawab panggilan sy.sy cuma nak dgr suara awk.sy sanggup dengar awk kata kat sy ’sy benci awk!
7.31 ptg, 9 Jun 2007.

SMS: Nuar,tolonglah balas & jawab panggilan sy.
8.03 mlm, 9 Jun 2007.

SMS: Nuar,kenapa awk tak angkat fon.td gf awk ye!takperlah sy tak kisah kalau awk dah ada gf pun.sy cuma nak jd sahabat awk.sy tak bniat pun nak kacau hidup awk.sy pun ada kehidupan sy yg bleh sy anggap mcm hidup di syurga tanpa ada gangguan.sy sakit pun bukan sbb awk.
9.17 mlm, 9 Jun 2007.

SMS: Nuar,tolonglah sbg kwn,skurang2nya awk blslah sms sy.biarlah awk nak maki hamun sy pun sy sanggup telan.sy bkn suka meminta tp sekali ni saja.kalau tak kita jd musuh.itu yg paling sy benci.sy tanak bmusuh ngan sape2.hal kita belum selesai.tolong angkat fon lepas.kalau nak kawan kata ya saja.kalau tak kita akan selama2nya jd musuh.
9.24 mlm, 9 Jun 2007.

SMS: Nuar,apalagi sy nak buat utk minta maaf dgn awk.DEMI ALLAH SAYA CINTAKAN AWAK!AWAK FAHAM TAK!AWAK BIARKAN SY TERKAPAI2 LEPAS AWAK BAGI SAYA JUBAH DR MEKAH TU!AWAK TAK FAHAM KE APA TANDANYA NUAR&AWAK SKANG LANSUNG TANAK LAYAN SY-AWAK BUAT SY MACAM SAMPAH.AWAK INGAT SY NI PEREMPUAN MURAHAN.BOLEH DIPERMAIN2KAN.AWAK HIPOKRIT.
9.35 mlm, 9 Jun 2007.

Ini yang saya jenuh fikir bilalah masanya saya berikan dia jubah dari Mekah. Halusinasi betul!

SMS: Awak mmg teruk nuar.sy benci awk.
9.49 mlm, 9 Jun 2007.

SMS: Sy benci awak.
9.50 mlm, 9 Jun 2007.

SMS: Sampai ati gf awak kata sy gila!
9.57 mlm, 9 Jun 2007.

Dia tidak sedar yang dia naik suara kepada kawan saya itu.

SMS: Nuar, ari tu sy jumpa bomoh, yg lucunya beras dijadikan bedak sejuk. tu la sy rasa geli hati.makin cantiklah sy,mesti ramai jejaka kat luar tu nak pikat sy.tak heranlah sy kat awk.bukan handsome pun.kurus kering macam cicak kubing.padan muka awk.hihihi.
10.42 mlm, 9 Jun 2007.

Seriau juga sekiranya sudah menggunakan bomoh. Huh!

SMS: Akum nuar.sy tak tau betul ke awk langsung tak de perasaan pd sy.sy tau pompuan tu bukan gf awak.awak saja nak mengenakan sy kan.takper awk lom kenal sy sape.awk gelakkan sy,sy tau.tp kenapa awk langsung tanak cakap dgn sy???
10.45 mlm, 10 Jun 2007.

SMS: Nuar,tolonglah angkat.sy nak dgr suara awk je.sy rindukan awk.sy sayangkan awk.sungguh.
12.12 tengahari, 10 Jun 2007.

SMS: Nuar,please sayang.i love u.
12.15 tengahari, 10 Jun 2007.

Semasa menaip pun meremang bulu roma saya.

SMS: Sy tak takut la.sy jenis yg berani.bukan mcm awk penakut.pondan la awk ni.
12.19 tengahari, 10 Jun 2007.

Sebab saya sms balik, ugut hendak repot kepada kakak dia dan polis.

SMS: Sory ye sayang,i didn’t mean it.but u selalu tipu i.apa salah i pd u.salah ke kalau i nak jd kawan u.i bleh pilih ramai lg laki lain kat luar.kenapa i pilih u.cubalah u fikir sayang.
12.23 tengahari, 10 Jun 2007.

SMS: Baiklah,klu awk bgtau kakak sy,mmg kita takkan jumpa lg.jgn harap sy nak tgk muka awk & cakap dgn awk.kalau sy rahsia tetap rahsia.
12.31 tengahari, 10 Jun 2007.

SMS: Nuar,awk mesti percaya kat sy,kalau ada jodoh dgn sy,awk tolak tak?tp awk dah ada gf.takperlah lom kawin lg kan.sy ada chance la kan?nuar,please answer me sayang!
11.26 pagi, 11 Jun 2007.

SMS: Sayang makan apa ari ni?lunch dgn gf ke?okla tu.zah tgh diet ni.nak pakai kebaya lak.
12.49 tengahari, 11 Jun 2007.

Mujur tidak muntah semasa makan.

SMS: Abang,jgn lupa solat tau.syg abg selalu,zah.
12.52 tengahari, 11 Jun 2007.

SMS: Esok,zah pegi dgr ceramah agama kat masjid.bolehkan?ptg ni nak g klinik teman mek pegi check mata & hakim kena makan ubat cacing.abg,zah rasa nak mkn piza la.abg tanak blanja zah ke?
12.55 tengahari, 11 Jun 2007.

SMS: Nuar,awk jgn marahkan saya bila sy panggil awk ‘abang’ & ’sayang’.awk muda @ tua dr sy?but its ok 4 me.i know u better than others.
1.07 ptg, 11 JUn 2007.

SMS: Abg penat ke keja ari ni?dah solat maghrib?
7.56 mlm, 11 Jun 2007.

SMS: Abg buat apa mlm2 ni?zah tgk tv.makan twisties.ari tu kan jumpa la psykitri dia ajak zah tgk wayang,pegi jln kb.tentu dia ada hati kat zah.abg jeles tak?kalau sayang tak jeles maknanya honey tak sygkan zah.

"Psiko" ini tinggal di Kelantan. Setahu saya tidak ada panggung wayang di sana. Reka ceritalah!

SMS dan panggilan sasau ini sudah berlaku sejak saya di UIAM lagi. Tapi sejak kebelakangan ini sahaja semakin kronik pula. Oleh sebab saya tidak mahu jadi sasau seperti dia, saya ceritakan kisah sasau di blog ini.

Rasanya "saiko" ini akan terus menjadi sasau. Nantikan sahaja SMS terbaharu dia nanti.

13 komen:

Fadhilah berkata...

masih pening lagi?Jgn susah hati,baca doa pendinding diri selalu : )

Anuar Manshor berkata...

Isteri,
Bersama-sama kita berdoa. Amin:)

Felicia F. Ramzi berkata...

O.M.G betul2 keras batu pompuan nih..love is so blind sampai boleh jadi sasau..kesian pun ada, sebab menyeksa diri sendiri tapi lagi kesian kat anuar sebab terpaksa menghadapinya!...

.: mama cute :. berkata...

hohoho..semoga abg terus tabah.. wakaakakka

apsal leh jadi mcm tu ek.. isk isk isk.. jiwa kacau ni.. cian.. tu la hang ni p layan lelebih kot.. ompompuan ni bkan leh dilayan lebih sket.. pasan banyak... hehe..

leh muntah ijo membacanye.. kekek

Anuar Manshor berkata...

Cik Felicia,
Rasanya dia bukan jatuh cinta. Dia kurang "sihat". Saya baik-baik sahaja, tetapi risau isteri yang pandang semacam sahaja selepas menjawab telefon "psiko" itu.

Puan Mamida,
Saya mahu saman cikgu! haha. Saya setia pada yang satu sahaja: Isteri saya!

Selepas membaca SMS itu dahulu pun, badan saya menggigil.

.: mama cute :. berkata...

isteri mana tak pandang semacam bila dpt panggilan tepon mcm tu nuar oitt.. kuikuikui... kami ni pon baca sms staff huby pong kadang2 hangen jugak bila ada nada2 manja dalam sms depa.. rasa nk siat2 aje muka pompuan tu termasuk huby punya muka skali.. wakakakkkaka

Hasniza Aarif - zaza berkata...

OMG! Scary gile!!!! Tukar no la En. Anuar oi. Tukar dengan segera.

Anuar Manshor berkata...

Puan Mamida,
Hoho. Suami cikgu pun ada orang ganggu ya? Biasalah suami orang kan menjadi rebutan! Haha.

Cik Zaza,
Saya sudah tukar! Free lagi! haha

Marliza Radzi berkata...

apa kata puan isteri?

saya doakan kalian dibebaskan dari masalah ini!

Anuar Manshor berkata...

Puan Am,
Isteri pun layannnnn!

zuraima berkata...

salam. maaflah kalau pandangan saya lain sikit.

1. kenapa hanya siarkan sms dia je?


2. perlu ke kesasauan tuan menjadi sebab tuan siarkn juga sms dia. baik padam je. saya rasa kasihan pulak kat dia.

sinaganaga berkata...

aku aku mula2 berblog - aku pernah kena macam ni. :)

Anuar Manshor berkata...

Cik Zuraima,
Apa yang boleh saya siarkan selain SMSnya? Dialog perbualan? Terlalu malas untuk membuat transkripsi.

Saya tidak kata saya akan sasau dengan SMSnya. Tetapi saya tertekan. Itu sahaja. Mungkin Cik Zuraima belum merasainya. Kalau sudah terkena, cara terbaik adalah meluahkan. Itu kaedah psikologi.

Tuan Sinaganaga,
Saya tidak hairan pun. Haha. Orang glamor!