Gambar ini dirakam selepas ceramah sastera oleh SN Prof. Muhammad Haji Salleh di Université de La Rochelle. Bergambar di fakulti yang ibaratnya di hadapan Kulliyah IRKHS, di UIA, sebab ada Human Sciences.

Kalau orang mahu kata tulisan ini seperti mengampu bos, saya OK saja. Realitinya, memang ada banyak orang yang menulis tentang bos mereka. Kalau MENGUTUK atau MEMAKI HAMUN bos, itu lagi banyak. Cuma eskapismenya, ditulisnya di FB, Twitter ataupun blog tanpa menulis nama bos itu. Jadinya, kalau bos mahu marah, akan dijawabnya, "Ada saya tulis nama bos ke di FB itu?" Sedangkan satu dunia sudah tahu dia merujuk kepada bosnya itu.

Yang jarang orang tulis di laman sosial adalah tentang kebaikan bos. Sebabnya risau akan ada orang lain mengata, "Mahu membodek bos lah itu," sedangkan satu dunia tahu si penulis itu bukannya kaki mengampu pun.

Saya jarang bergambar dengan bos saya ini. Bak kata ada seorang ini, "Kami kuat bekerja di ITBM sebab 'takut' dengan bos ini." Diletakkan petikan kata pada perkataan 'TAKUT' bagi merujuk kepada pelbagai maksud; boleh jadi garang, berkarisma, tegas, bijak dll.... Jadi faham-fahamlah sebab apa saya jarang bergambar dengannya.

Pengalaman kerja saya baru lapan tahun. Dalam lapan tahun ini, ada beberapa orang bos yang saya pernah menjadi staf bawahannya. Banyak bentuk gaya kepimpinan bos yang dapat saya pelajari. Ada bos saya yang berkarisma macam pandai, tetapi ada kurangnya di situ; jadi saya ambil bentuk karismanya.

Ada bos saya dulu yang memang "update" maklumat baru dan sangat "bertenaga"; saya suka dan sampai sekarang peka dengan perkembangan semasa, khususnya berkaitan buku.

Ada juga bos saya yang ada sikit garangnya tak berapa bertempat (sampai staf pun gerun); jadi saya kutip gaya sikit garangnya - tak bertempat itu, saya tak berapa mahu ikut.

Bos saya di gambar ini, banyak benda yang saya contohi. Tidak perlu saya tulis lebih-lebih ... banyak orang luar termasuklah media ada menulis tentang apa yang telah dibuatnya.

------

Saya hargai kepercayaan bos saya ini untuk menjadi "bos kecil" di ITBM. Saya suka ada satu kata yang bos saya ini pernah kata, "Aku tak peduli apa orang kata tentang aku. Yang penting aku buat apa yang aku rasa betul."

Ada staf ITBM pernah datang jumpa saya, "Si Pulan cakap Nuar begini begitu...." Jawapan saya, "Ada aku kisah?"

------
Hotel Novotel, La Rochelle, Perancis.
17:50, 4 Oktober 2013.