Setiap Jumaat, saya dan isteri akan "melepak" di KLCC selepas waktu bekerja. Sebabnya, mahu mengelakkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk pada waktu itu.

Kebetulan filem Talentime dan Confessions of A Shopaholic baru sahaja ditayangkan.

Saya suka Talentime kerana ada watak Anuar sebagai cikgu yang mengelat dalam cabutan undi untuk membuat persembahan.

Saya suka garapan idea Yasmin Ahmad yang memberikan dialog untuk Kahoe, "Melayu kalau gagal pun akan dibantu juga," merujuk kepada Hafiz. Teringat kepada bantahan parti politik Cina yang menyelar Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang dikatakan lebih memihak kepada orang Melayu.

Saya juga suka filem ini dibantu watak ibu Mahesh yang kehilangan adik sendiri akibat bergaduh dengan jiran. Bapa saudara Mahesh itu, Ganesh sedang meraikan perkahwinannya, tetapi mati kerana dikatakan tidak menghormati jirannya yang sedang menguruskan upacara kematian.

Teringat perbalahan antara Melayu dan India beberapa tahun lalu. Yasmin sengaja tidak menonjolkan bangsa "si pembunuh" itu bagi mengajak penonton berfikir sama ada orang itu Melayu ataupun India sendiri.

Confessions of A Shopaholic pun saya suka kerana seorang yang "gila" membeli-belah boleh menulis artikel "The Girl With The Green Scarf" dengan baik di dalam majalah ekonomi, Succesful Saving. Beliau mendapat inspirasi menulis artikel itu berdasarkan skaf hijau yang baru dibelinya. Hasilnya, nama Rebecca berjaya dicipta dan majalah itu mendapat rating baik.

Saya minta maaf sekiranya ada pihak mempertikaikan lulusan agama ini gemar menonton wayang. Saya sangat tidak suka membeli CD cetak rompak, melainkan ada filem lama yang sukar diperoleh lagi. Lagipun saya terbaca di dalam buku Hamka yang ditulis oleh anaknya menyatakan Pak Hamka turut gemar menonton wayang. Saya tidak menafikan andai kata konteks wayang Hamka itu adalah filem yang ditontonnya di rumah.

Isteri suka lagu O Re Piya dalam Talentime.

11 komen:

Usratika berkata...

kegemaran menonton wayang sukar dibendung.hihihi...menonton dalam pawagam tak sama seperti menonton di rumah.Cerita Talentime tak tengok lagi.Tak berkesempatan.Filem terakhir yang ditonton, Valkyrie.cerita hero yang mati syahid (volksgeist).hahaha...

Pok Li berkata...

Mungkin satu hari saya akan tengok juga filem yang diarah oleh pengarah yang sering menimbulkan kontroversi ini. Talentime mungkin satu filem yang kurang kontroversi.

Closeup berkata...

ok la tu tak nak beli cetak rompak..lg pun quality die x bagus sgt..tp tengok online ok ke...hehehe. dah tobat tak nak tengok kat cinema lagi, nanti kena kejar dgn pemabuk lg...so online movie is better for me..hoho

.: mama cute :. berkata...

tengok wayang biasa la tu.. salah ke? hoho..
kami tgk wayang gak sekali sekala. siap bawak kekanak riang. hehehhe..

cd cetak rompak.. hehee.. beli gak.. citer kartun power rangers ngan ultraman.. kuikuikui

Anuar Manshor berkata...

Usratika,
Aku rasakan kau akan lama tidak menonton wayang lagi! Rasanya memerlukan sehingga lebih setahun. Tunggu anak besar, bukan?

Pok Li,
Pagi tadi baru dipromosikan di Hot FM. Mungkin ini filem terbaik pengarah kontroversi itu. Filemnya sebelum ini, siap ada yang berdengkur di dalam pawagam.

Umi,
Dengar cerita orang itu sudah dapat kerja sebelum menamatkan pengajian. Belanja!

Internet di Malaysia tidak tertanding dengan di sanalah Umi.Memang sakit hati kalau menonton di online.

Puan Mamida,
Memang emak saudara Suhail ini keluarga yang sangat ceria!

CAHAYA MATA berkata...

assalamualaikum..
salam kenal.. banyak yg saya belajar dari blog awak..entrie yg lama2 itu mengikat SAYA lebih dua jam..huhuhuuu...

TAHNIAH..

eiffa akmal berkata...

Patut laa...si dila kat office gian lagu hindustan..hehehehe

Anuar Manshor berkata...

Cahaya Mata,
Terima kasih. Semoga dapat berkongsi maklumat dengan saudara.

Cik Eiffa,
Eh di pejabat pun dia nyanyi lagu itu juga?Huh parah...

MUNIRA berkata...

nakpi tengok..tapi kanak2 bawah 1thn xleh masuk ;)
dari 1(plg takbest) hingga 10 (terbest)berapakah rating anda?

Anuar Manshor berkata...

Puan Munira,
Jangan menyemaksamunkan blog Munira lagi ya! Saya berikan 7 sebab saya tetap suka Bedtime Stories!haha

Atie_sl berkata...

Teringat kepada seorang teman, bila saya ajak beliau menonton wayang, jawabnya "tak boleh, sebab saya dah bernazar tak nak tengok wayang lagi lepas SPM dulu". Selepas dia ambil SPM kali ke-2 dan cemerlang, dia langsung tak pernah jejakkan kaki ke panggung wayang..rasanya dah 10 tahun lamanya.