ITNM ada membuka gerai jualan buku di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC. Semalam saya bertugas di gerai itu.
  • Buku ITNM yang laris dijual adalah Politik Baru dan Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia (1791-1965).
  • Sepanjang saya di PWTC, antara VIP yang terkenal datang ke gerai ITNM adalah YB Dr. Puad Zarkashi dan Dato' Alimuddin Mohd Dom (KP KPM). Mereka datang sekadar mengunjung untuk berborak kosong kerana sudah membeli buku ITNM sebelum ini. Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein "lari" sebaik sahaja ditegur.
  • Ada Datuk/Datin (yang dikenali melalui tanda nama) tidak lokek mengeluarkan lebih RM100 untuk membeli buku. Ada seorang Datin yang sangat suka berborak berkenaan buku. Seronok dia bercerita kisah dia membeli buku itu dan buku ini. Mujur dia membeli dua buku ITNM.
  • Sahabat saya di UIA, yang kini Penolong Bendahari Pemuda UMNO salah satu Bahagian di Terengganu datang untuk mengkritik penglibatan "orang tua" dalam menentang PPSMI. Antara katanya, "Apa perlunya dipolitikkan PPSMI?" Saya menjawab terus, "Apa kata di Bukit Selambau dan Bukit Gantang nanti, UMNO berikan pentas untuk mereka bersuara?"
  • Mujur ada seorang lagi lagi seorang sahabat UIA yang kini bertugas di Jabatan Perdana Menteri (bukan ahli UMNO, jalan-jalan sahaja) yang membeli buku ITNM tanpa banyak persoalan. "Abang sudah ada yang ini. Yang ini pun sudah ada. Eh ada yang soft cover.Abang beli yang hard cover lah," katanya merujuk kepada buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia (1791-1965).
  • Ada tiga gerai yang menjual buku selain ITNM, iaitu Utusan Publications dan Dawama.
  • Yang ketara, banyak pengunjung gerai sama ada ahli UMNO mahupun pengunjung luar lebih gemar membeli songket, batik, dan tudung.
Saya agak terkilan Datuk Seri Utama Rais Yatim tewas dalam pertandingan Naib Presiden UMNO. Saya sangat suka mendengar ideanya melalui gaya ucapan yang menarik. Dialah antara pemimpin yang sangat suka membaca buku.

12 komen:

kayrolldin berkata...

salam ziarah..

suka baca tulisan saudara berkaitan buku.

saya juga bekerja untuk al-hidayah publisher (part time) di pesta buku antarabangsa.

shahrul manshor berkata...

nanti jgn lupa buku politik baru satu!

SITI berkata...

saya juga sedih rais yatim kalah. :(

Alamanda berkata...

Rasanya tak ada orang yang tak kagum dengan Datuk Seri Rais memberikan ucapan dalam bahasa Melayu yang indah, bernas lagi kaya dengan peribahasa dan pantun.
Bagi saya, beliaulah pejuang bahasa yang tulen ...

.: mama cute :. berkata...

btoi rais yatim suker baca buku.. sbb itu kalau dia berhujah nampak bonar keinteletualan nye.. bkn mcm sesetengah ahli politik.. ckp mcm b*d*s.. kuikuikui.. mcm b**lol pon ada.. wakakakkkaakak

D'Rimba berkata...

Betul tu saya dapat rasakan jatidiri bangsa Rais Yatim lebih menebal daripada yang lain, percakapannya sopan, tidak campuraduk bahasa, bercakap Melayu tersusun bahasa, bercakap Iggeris fasih macam orang asal berbicara, dia jelas ingin jugala nak perjuangkan bahasa dan acuan Melayu yang tersendiri. Tapi akhirnya cissssss hampir seluruh yang menang penyokong tegar dasar PPSMI itu sendiri. Sungguh MENGERIKAN sekali

Adry berkata...

hermmmm Umno terus mara untuk rakyat Malaysia... hahahaha

Adry @ http://www.adrysabry.com

Fizahanid berkata...

Betul, saya pun ralat bila Datuk Seri Utama Rais Yatim kalah.
Bahasa, idea & pengetahuannya memang selalu mengkagumkan.
Itulah kesan mereka yang suka membaca berbanding seorang lagi pemimpin ( he he he ) yang kurang membaca dan bercakap pun merapu saja... hehehehe

Anuar Manshor berkata...

Tuan Kayrolldin,
Boleh kita bertemu di PBAKL April nanti ya!

Abang,
Baik!

Cik Siti,
Diharapkan dia masih kekal dalam kabinet.

Alamanda,
Ada satu majlis, VIP sebelumnya berucap dalam BI. Tiba giliran beliau, beliau selamba berucap dalam BM. Mengagumkan!

Puan Mamida,
Orang KPM baca blog puan! Ayoo tak tahu! haha

D'Rimba,
Kata Najib, "Berubah sebelum diubah. Berubah sebelum kita rebah." Diharapkan beliau mengaplikasikan kata-katanya dalam isu BM.

Tuan Adry,
Kalau berubah, kami setuju.

Cik Fizahanid,
Saya sempat berjumpa beliau sehari sebelum pertandingan. Beliau sangat optimis, tetapi mungkin belum rezekinya lagi.

.: mama cute :. berkata...

aiyooo..tatot.. lariiikkkk... wakakkaka.. den totap suko PPSMI.. sowy.. wakakakka

Atie_sl berkata...

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Saya cukup teruja bila dia bagi komen tentang perlembagaan negara dan isu di Perak. Sungguh terperinci dan teratur. Senang kerja wartawan. Boleh catit satu persatu...

manatuhanallah berkata...

ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!

Tenang-tenangkan diri...
Sila layari http://manatuhanallah.wordpress.com/
Terima Kasih

Krulayar