Semalam Abang mengadakan majlis kesyukuran kelahiran Adam Harith. Ramailah kawan Abang dan jiran terdekat menghadiri majlis itu. Majlis Bercukur sudah diadakan minggu lepas di Kota Tinggi.

"Mommy, I don't want to eat rice. I want cake!" Saya dan Isteri mendengar jeritan suara budak kecil kepada ibunya. Jawab ibunya, "Why you don't want to eat rice?"

Dalam masa yang sama, ada seorang jiran Abang yang memang "mat saleh" sedang menikmati jamuan. Saya sangkakan suara perbualan ibu dan anak itu datangnya daripada "mat saleh" itu. Rupa-rupanya tidak. Kata Isteri, "Saya ingatkan anak orang putih itu yang cakap bahasa Inggeris, rupa-rupanya memang orang Melayu."

Keluarga mentua saya turut menghadiri majlis itu. Mama memulakan perbualan dengan isteri "mat saleh" itu dalam bahasa Inggeris, tetapi dijawab balik oleh "mat saleh" itu dalam bahasa Melayu. Suaminya pula tidak kekok makan nasi beriani dengan menggunakan tangan sambil duduk bersila.

* * *

PPSMI baru sahaja dilaksanakan, tetapi sedikit sebanyak jati diri Melayu sudah hilang daripada jiwa kanak-kanak Melayu.

20 komen:

.: mama cute :. berkata...

ooo.. hat tu bukan melayu tu.. tu 'mat saleh' pungkok itam.. kuikuikui..

mat saleh yang ori tu dah jemu cakap omptih sebenarnya.. so, dah dok negeri kita, dia nak tayang polak la dia terer cakap melayu.. hehe

apsal budak 'mat saleh' pungkok itam tu tanak makan nasi ek... mak dia tak reti masak masakan melayu kot noo.. waakakkaa.. maklumle masakan melayu ni kan ke memerlukan kepakaran khas.. kalau setakat western food tu senang aje nk sedia.. spageti ngan sos dia dah ada yang jenis segera, french fries pon senang nak sedia, fish fillet lagi berlambak2 kat kedai frozen..

kalau masakan melayu ni kena tau cara masak.. nk sedap api kena perlahan.. then masak lemak jangan sampai pecah minyaknye.. susah oo nak masak masakan melayu ni.. jenis2 kuih muih pon banyak yang leceh kalau nak buat.. adunan salah tak sedap.. tu pasal le mak dia tak masak rice kat anak dia.. hohoho..

mak budak tu kalau baca komen ni msti kami kena serang.. kuikui..

kena sedia baju kalis peluru nih.. kekekeke

Faizal berkata...

Ramai orang melayu sekarang lebih 'putih' dari orang putih sebenar..
:-)

Pok Li berkata...

Apabila pemikiran masih lagi terjajah.....

Alamanda berkata...

Memang sikap sesetengah orang Melayu suka berlagak padai cakap bahasa mat salleh. Berdesing juga telinga saya apabila jurujual Melayu menjawab dalam bahasa mat salleh sedangkan saya bertanya dalam bahasa Melayu. Mentang-mentanglah saya tak ada rupa Melayu!

mie3425 berkata...

Apa pandangan tuan untuk menidakkan jati diri orang Melayu yang sudah terhakis. Bagi saya biarlah yang dikendong tetap utuh dan yang dikejar tetap menjadi milik kita. Tidak rugi mempelajari pelbagai bahasa, tetapi kita tetap mengagungkan bahasa ibunda, dan gunakanlah bahasa yang lain ditempat yang sepatutnya.

Anuar Manshor berkata...

Puan Mamida,
Pungkok itu apa ya? Saya tidak faham. Huhu.

Saya bukannya getik melihat perbualan Inggeris antara mereka, tetapi terasa malu apabila melihat "mat saleh" pun bercakap dalam bahasa Melayu.

Tuan Faizal,
Dari segi budaya dan cara hidup, itulah faktanya.

Tuan Pok Li,
Yang jelas, banyak yang sengaja membiarkan pemikiran mereka dijajah.

Alamanda,
Lebih baik bercakap dengan "mat bangla" yang lebih suka berbahasa Melayu.

Tuan Suhaimi,
Masalahnya, banyak orang yang tersalah tempat.

Usratika berkata...

kalau ditanya pada aku,memang terasa geli bila ada orang semacam ini.Dalam RTM, bila orang dalam mesyuarat yang berbunyi macam itu dengan aku, aku akan jawab dengan ayat bahasa melayu yang tersusun sampai dia 'terasa' sendiri (hahahaha)Kalau nak berbahasa Inggeris, berbahasalah dengan betul.

bila aku baca buku Dr Hassan Ahmad (Imbasan) lagi la aku menyampah dengan manusia-manusia yang berwajahkan melayu tapi lidah amat 'pelat' untuk berbahasa dengan betul.

Marliza Radzi berkata...

bercakap Bahasa Inggeris = hilang jati diri?

benarkah?

Szakif berkata...

secara dasarnya, bro amin tidak menyokong PSSMI, adakah begitu?

Anuar Manshor berkata...

Usratika,
Dahulu aku pernah kagum dengan kanak-kanak/rakan sebaya yang asyik berbahasa Inggeris. Namun selepas melihat keputusan peperiksaan mereka yang sekadar cukup makan dalam BM, hilang kekaguman aku kepada mereka.

Puan Am,
Saya tidak maksudkan berbicara dalam bahasa Inggeris sahaja, gaya kehidupan kanak-kanak itu sudah boleh difahami jati dirinya.

Tuan Szakif,
Siapa Bro Amin?

Szakif berkata...

eh. maksud saya, bro anuar :)

maaf. silap la pulak. hehe~

najibah berkata...

Terkenang di pejabat dulu, ada dua orang Melayu datang bertandang untuk berbincang, sambil menunggu duduk berbual dengan seorang lagi eksekutif Melayu 'tuan rumah', maka bercakap-cakaplah mereka dalam bahasa Inggeris. Tiba-tiba saya dapat YM dari gadis Cina rakan sekerja di depan saya, "Kenapa orang Melayu sesama sendiri pun mahu gunakan bahasa Inggeris?" Tanyanya.

Marliza Radzi berkata...

kalau gaya kehidupan mungkinlah. tapi kita tak boleh nilai gaya kehidupan seorang anak kecil dalam sekali kita bertemu kan?

sekali lagi, saya tak nampak salahnya dengan kanak-kanak yang bertutur dalam Bahasa Inggeris sekiranya mereka boleh bertutur sama baik dalam Bahasa Melayu.

cuma pendapat saya :)

Amel Hanan berkata...

Encik Anuar,

Walaupun saya sebenarnya kacukan (saya berdarah Melayu-Perancis), tetapi saya mengaku diri saya Melayu dan saya juga menggunakan Bahasa Melayu apabila berbual bersama rakan-rakan se-Malaysia. Malah, ada juga rakan-rakan saya dari luar negara belajar bertutur Bahasa Melayu dengan saya dan saya seronok mengajar mereka mempelajari bahasa ibunda kita.

Justeru itu, saya tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak yang menyatakan penggunaan Bahasa Inggeris menyebabkan anak-anak bangsa kita kehilangan jati diri mereka. Ini adalah pandangan yang tidak berasas sama sekali. Agama dan identiti seseorang tidak mungkin hilang hanya kerana dia memahami bahasa asing. Malahan, Prof. DiRaja Ungku Aziz juga mahir bertutur lebih 20 bahasa yang berlainan.

Apa salahnya jika anak-anak bangsa kita mahir menggunakan lebih daripada satu bahasa? Saya juga menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis dalam perbualan seharian saya di rumah, tetapi ini tidak bermakna saya merendahkan martabat Bahasa Melayu yakni bahasa ibunda saya sendiri hanya kerana saya bertutur dalam bahasa asing.

Namun begitu, saya juga tidak menyokong tindakan sebilangan orang Melayu kita yang memperlekehkan sesama sendiri hanya kerana si polan ini kurang menggunakan Bahasa Inggeris di sekolah atau si polan itu terlalu banyak menggunakan Bahasa Inggeris di majlis rasmi. Jikalau ada orang kita yang serba kekurangan dari satu aspek, mari kita lakukan fardhu kifayah dengan membantunya mengatasi kekurangan tersebut.

Tentang budak "mat saleh" itu... saya hanya boleh mengatakan saya berasa kasihan kepadanya kerana ibunya tidak memasak nasi untuknya.

Anuar Manshor berkata...

Tuan Szakif,
Ya. Mengapa saya bantah... Bacalah buku Mengapa Saya Bantah?

Puan Najibah,
Orang Cina seboleh-bolehnya berbicara dalam bahasanya sendiri. Orang India pun begitu juga. Orang Indonesia tidak kira apa-apa bangsa tetap berbicara dalam bahasa Indonesia. Itu yang saya maksudnya kita akan kehilangan jati diri Melayu.

Puan Am,
Saya bersetuju dengan pertemuan kali pertama itu. Namun pertemuan pertama kali itulah yang menggambarkan segalanya. Setujukah?

Di UIA, saya suka bercakap bahasa Arab dengan rakan-rakan dari Timur Tengah, akan bertutur bahasa Inggeris dengan kawan-kawan dari negara luar, tetapi saya amat berbangga bercakap dengan menggunakan bahasa Melayu dengan orang Malaysia.

Amel Hanan,
Bahasa Melayu tidak mustahil hilang atau lenyap sekiranya kurang penuturnya. Itu fakta. Kita boleh lihat jumlah yang boleh membaca tulisan jawi di sekeliling kita. Itu kesan negatif pertukaran daripada tulisan jawi ke tulisan rumi dahulu. Akibatnya semakin banyak yang tidak tahu membaca Quran. Samalah seperti bahasa Melayu. Apabila semakin kurang penuturnya, makan budaya Melayu turut tidak diamalkan. Melayu: bertutur bahasa Melayu, berbudaya Melayu, beragama Islam.

Amel Hanan berkata...

Encik Anuar,

Agak lucu apabila teringatkan persamaan yang Encik Anuar buat tentang pembacaan tulisan jawi dengan pengalaman yang pernah saya alami. Ini kerana kebanyakan mahasiswa-mahasiswa di kampus saya yang kononnya memperjuangkan kejatian diri Melayu rata-ratanya tidak tahu membaca tulisan jawi langsung, malah ada yang tersangkut-sangkut hendak mengeja "alif ya mim" (ayam).

Apabila golongan seperti saya dan rakan-rakan saya yang dianggap sebagai "Melayu bukan Melayu" dicabar membaca tulisan jawi, kumpulan mahasiswa yang saya katakan tadi terus terkedu tak berkata-kata apabila mendengar kelancaran kami membaca akhbar bertulisan jawi.

Hanya orang yang tidak ikhlas menimba ilmu sahaja akan sanggup menghilangkan agama dan identitinya dalam proses mempelajari bahasa asing. Nah, saya kini berbicara dengan Encik Anuar dalam Bahasa Melayu yang tersusun walaupun saya biasanya bertutur dan menulis blog saya dalam Bahasa Inggeris. Bukankah ini bukti bahawa Bahasa Inggeris bukanlah punca anak Melayu kita lupa daratan? Anak Melayu itu sendiri yang patut dipersalahkan kerana menggunakan alasan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai punca kehilangan jati dirinya. Cat Stevens pun tidak pernah menggunakan Bahasa Melayu mahupun membaca tulisan jawi dan Al-Quran tetapi beliau boleh pula memeluk agama Islam dan kini menukar namanya kepada Yusuf Islam.

Penjelasan mengapa PPSMI dijalankan dalam Bahasa Inggeris boleh diketahui di laman web www.chewal.blogspot.com.

Anuar Manshor berkata...

Amel Hanan,
Saya tidak menyatakan lupa daratan dan tidak ada kena mengena keislaman Yusuf Islam dengan bahasa Melayu.

Saudara perlu memahami dengan mengambil sikap berlapang dada. Saya sudah baca pautan blog yang saudara berikan. Ada beberapa hujah yang logik. Manakala yang "longgar" sudah dijawab dalam komentarnya. Silalah berlapang dada membaca http://profabdullah1.wordpress.com/. Pemikiran saya tidaklah bijak. Tetapi saya terfikir juga sebab bijak pandai seperti Ungku Aziz, Hassan Ahmad dan berpuluh-puluh profesor/saintis pun membantah PPSMI. Mereka lebih mengetahui/pakar daripada saya (maksud Quran).

sinaganaga berkata...

>>PPSMI baru sahaja dilaksanakan, tetapi sedikit sebanyak jati diri Melayu sudah hilang daripada jiwa kanak-kanak Melayu

setuju dengan kamu

Anuar Manshor berkata...

Tuan Sinaganaga,
Tidak akan melompat ya!

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ