Tahniah kepada Hot FM pada hari ini kerana berani membawa isu berkenaan PPSMI semasa HotFM Crew. Kebetulan pula Kieran dan AG berganding dengan Faizal Ismail menggantikan Fara yang bercuti.

Faizal rasanya banyak mengkaji dan membaca artikel ataupun rencana berkenaan PPSMI. Kata-kata dan provokasinya kepada pemanggil menunjukkan dia memahami isu ini. Mungkin anaknya kini merupakan salah seorang pelajar yang sedang belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris menyebabkan dia peka terhadap isu ini.

Seperti yang sudah dijangka, isu ini akan ada komentar yang pro dan kontra, ada yang menyokong dan ada juga yang membantah.

Kebanyakan yang menyokong PPSMI adalah ibu bapa. Manakala antara yang membantah adalah guru yang sendiri berhadapan dengan isu/cabaran ini.

Saya tidak terlalu hairan sekiranya banyak ibu bapa yang menyokong PPSMI. Saya membayangkan diri saya sebagai bapa. Sudah tentu saya berasa bangga apabila melihat anak saya boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris di mana-mana sahaja, dengan rakan sebaya, dengan Cina si penjual runcit, dan sesiapa sahajalah.

Rakan-rakan UIA saya banyak yang berhadapan dengan masalah untuk mengungkapkan perkataan dalam bahasa Melayu. Masalah ini diIstilahkan sebagai "Malayination", iaitu mencampurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam perbualan. Ini benar-benar berlaku. Malah mantan Presiden PKPIM yang kini menjadi moderator Dialog RTM1 pernah mengakui hal ini semasa berucap dahulu.

Berbalik kepada Hot FM Chat... Ada seorang ibu dari Sabah membandingkan antara guru Melayu dengan guru Cina. Sungguh lancang mulutnya kerana mengatakan guru Melayu MALAS mengajar matematik dan sains! Hanya kerana guru Cina rajin mengadakan kelas tambahan tanpa bayaran di sekolah Cina anaknya, sanggup dia menuduh guru sebangsanya pemalas.

Namun ada pendapat seorang guru yang mencadangkan supaya diwujudkan mata pelajaran Bahasa Inggeris Komunikasi bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Cadangan ini sebenarnya sudah diamalkan dalam mata pelajaran Bahasa Arab SPM, ada Bahasa Arab Komunikasi, ada juga Bahasa Arab Tinggi. Di UIA juga, kaedah ini dilaksanakan dengan berkesan.

Saya tertarik dengan komen yang diberikan oleh Puan Najibah dalam artikel blog yang lalu.
Blogger najibah berkata...

Terkenang di pejabat dulu, ada dua orang Melayu datang bertandang untuk berbincang, sambil menunggu duduk berbual dengan seorang lagi eksekutif Melayu 'tuan rumah', maka bercakap-cakaplah mereka dalam bahasa Inggeris. Tiba-tiba saya dapat YM dari gadis Cina rakan sekerja di depan saya, "Kenapa orang Melayu sesama sendiri pun mahu gunakan bahasa Inggeris?" Tanyanya.

11/3/09 8:55 PM

Tadi juga pertama kali saya memberikan SMS respons kepada Hot FM.

21 komen:

en_me berkata...

dia orang nak practice english tewwww.. ehehe

btw, thanx bro singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..

Layla Haq berkata...

Saya tidak bekerja hari ini. Juga menonton Hot fm di kaca televisyen sambil mengemas rumah.

Saya juga mengikuti komen-komen itu. Mungkin lebih baik daripada membaca akhbar atau menonton buletin utama yang hanya menyiarkan komen menyokong PPSMI.

Sebenarnya, ramai yang tidak memahami perjuangan membantah PPSMI. Mereka fikir kita menolak bahasa Inggeris.

Mungkin perlu satu medium yang boleh dicapai oleh segenap lapisan masyarakat agar mereka memahami apa yang kita 'gaduhkan' ini.

Dan usah kecewa jika masih ramai yang menyokong PPSMI. Bukankah kita, manusia, berbeza. Masing-masing punya agenda tersendiri terutama jika agenda itu menguntungkan diri sendiri.

shahrul manshor berkata...

yang paling penting ialah jatidiri,jika bkn org melayu yg nak kekalkan bahasa melayu sbgai medium komunikasi & istilah , sapa lg yg nk buat?? nak harap org cina , india? mcm kata nabil.."lu fikirlah sendiri"

hafizahiszahanid berkata...

Alhamdulilah.. sekurang-kurangnya tidaklah stesyen radio hanya tahu putar lagu dan bercakap pasal artis.. hahahaha..

P/S isu PPSMI makin hebat menjelang perhimpunan agung UMNO, mari kita lihat siapa yang kena... :)

Tok Rimau berkata...

2 x 2 = 4 <--- (teka, tok tulis dlm bahasa apa?

Unknown berkata...

Tuan En_me,
Beberapa lawak seperti merangkak-rangkak berbahasa Inggeris kurang sesuai.

Bayan,
Saya setuju dengan perbezaan pendapat. Saya tidak kecewa sekiranya diputuskan untuk meneruskan PPSMI, tetapi saya khuatir dengan nasib BM pada masa akan datang.

Abang,
Betul itu!

Cik Fizahanid,
Tidaklah selalu lagha sahaja, bukan?

Tok Rimau,
Bergantung pada yang difikirkannya. Cara berfikir itu yang menunjukkan sikap dan perbuatannya.

Adlan berkata...

saya pun ada pendapat sendiri berkaitan ppsmi ni.. nampaknya semua orang sedang hangat memperkatakan tentangnya..

rupanya kamu pun bekerja sambil mendengar hot fm..

Unknown berkata...

Tuan Adlan,
Berikan pendapat di blog nanti ya. Saya mendengar radio di dalam kereta. Di pejabat, lebih suka mendengar MP3.

Naj AB berkata...

Mungkin saya patut menambah latar belakang sedikit tentang komen yang Tuan Anuar petik; eksekutif bekas rakan sekerja saya itu lulusan Amerika, 2 orang tetamu itu saya tidak tahu pasti - tetapi dari cara pembawaan diri mungkin sekali lulusan luar negara juga.

Boleh jadi juga mereka berlatih, sebab 'language is experience', lama-lama tidak diguna semakin terhakis. Bahasa Malaysia (Melayu) bahasa ibunda, lama-lama tidak diguna pun tidak mengapa, sudah mengalir dalam darah daging kita. Begitulah agaknya.

Unknown berkata...

Puan Najibah,
Saya suka dengan budaya orang Indonesia. Walaupun berbangsa Cina, bahasa Indonesia tetap digunakan walaupun berborak dengan sesama bangsa.

theblabber berkata...

bagus bro. sy suka. apayh betul nak cari blog yg bersependapat dengan saya.

http://marimerepek.blogspot.com/2009/02/surat-kepada-beliau.html

mie3425 berkata...

Kerana PPSMI keluarga kami membelanjakan tidak kurang RM300 sebulan untuk tuisyen BI mata pelajaran yang menggunakan BI. Terpaksa menghantar anak ke tadika Q-dees untuk memahirkan BI. Tapi cuba kita renung kepada masyarakat di luar bandar apakah pilihan yang ada pada mereka untuk membolehkan anak mereka supaya dapat bersama-sama pelajar yang lain di bandar yang mempunyai kemudahan untuk memantapkan BI.

Ticer Syah berkata...

hoho.. banyak betul komentar kali ni.. hehe.. br sehari dipost sudah full.

bg cikgi mcm kami ni.. nak jalan ke tanak jalan ke ppsmi ni tak kesah pong..

kalau tak jalan pun syok sbb tak gaduh dah nak wat kelas tambahan utk cikgu2 maths dan science bg memantapkan pengetahuan bahasa inggeris.. dan cikgu2 tu pon takde lah nak tensen2 kena p dok peksa profisiensi BI.. hehe.. cian depa

tp ada juga cikgu yang suka ppsmi ni, at least dia dapat widen dia punya knowledge tentang bahasa inggeris especially terms yang digunapakai.. senang bila dia nk wat assignment.. maklumle la ni kan ke cikgu suma kena sambung ngaji balik.. hehehe

bg cikgi2 BI mcm we all ni syok la gak ada ppsmi ni sbb

1- leh bantu kekanak riang ni widen dianye vocabulary. secara tak langsung kosa kata depa pon bertambah

2- keje mudah sikit sbb sc n m3 ada bantu sikit (tp tidak membantu dalam grammar.. eehehe)

3- dpt elaun..hehehe...elaun utk bantu cikgu sc n maths mendalami bhs inggeris..hat ni geng2 sc, m3 sangat2 suka.. sampaikan masa dikeluarkan pekeliling utk elaun.. cikgu BM pon tetiba tingin nak ajar Sc n M3.. hohoho..

apa pon pendapat tentang wujudkan bhs inggeris komunikasi mmg baik juga sbb la ni pon masa kami dok wat kelas buddy support system pon dok ajar bhs inggeris komunikasi kat cikgu2 tu

berbalik pada waris yang dok kutuk cikgu melayu itew.. harus direjam sampai mati lah.. hehee.. sangat hampeh.. hanya nila setitik, rosak susu sebelanga.. ni bukan soal kaum mana malas.. ni masalah individu.. malangnya individu tu bangsanya Melayu so.. dia chop suma cikgu Melayu sama..

jadi apa kata kita cadangkan ibu yg rajin itew ngajo plak.. soh wat kelas tusen sndri aja baru tau.. hoho..

p/s: ajar bhs mandarin dlm sc m3 ok ke? kuikuikui

oh ye.. hr tu sy ada merayau2 kat blog hishamudin rais.. ktanya ppsmi ni susah nk dibentikan sbb banyak lagi projek2 cth : laptop, lcd, cd yang masih lagi dok ON.. jadi susah sket la nak benti awal2 sbb kontrak dok ada.. rasanya lepas suma dah lepas, br leh off kot ppsmi nih..

sayang sekali banyak laptop skola disalahguna.. mcm mana disalahguna.. oppss.. sat g den kena tangkap and kena tindakan tatatertib polakkkk... kuang kuang kuang.. shhhhhh....larrriiiikkk

Wasunni Al-Kelantani berkata...

di London, ada segelintir warga Malaysia tak nak mengaku yg dia tu asalnya dari Malaysia...

lagi hampeh...aku pun tak tau apa sgt yg dimalukannya kalau mengaku dia tu org Malaysia...

Unknown berkata...

Tuan Miezi,
Sependapat dari segi apa ya?

Tuan Suhaimi,
Semasa melalui kesesakan jalan raya kerana ibu bapa mengambil anak-anak di pusat tuisyen malam tadi, isteri saya kata, "Ini sebab PPSMI lah yang menyebabkan emak bapa menghantar anak-anak ke kelas tuisyen!"

Puan Mamida,
Wah panjang komentarnya! Haha. Gosip yang saya dengar, memang banyak ketirisan dalam pelaksanaan PPSMI. Lagilah saya sakit hati. Saya meletakkan diri saya sebagai pengajar subjek bahasa Arab, cemburu juga melihat rakan guru yang mendapat elaun tambahan mengajar sains dan matematik! Amatlah tidak adil. Pada pandangan saya, dengan perbelanjaan yang tinggi untuk PPSMI ini, sekiranya dilaburkan untuk pemerkasaan subjek bahasa Inggeris, rasanya terlalu berbaloi.

Tuan Salleh,
Campak sahaja ke laut. Ataupun jangan bagi pijak bumi Malaysia! Kalau baik sedikit, hilangkan sahaja kerakyatan. Biar duduk di terminal kapal terbang sahaja.

Marliza Radzi berkata...

Bos saya pula, an overseas graduate pernah tanya pada saya (UiTM grad yang belajar dalam English) juga an UIA colleague (yang juga belajar dalam English), “you guys learn the Law in English, why don’t you communicate with each other in English? Why do you speak Malay with each other? Is it budaya?” lalu kami terkedu dan gelak-gelak kecil tapi dalam hati saya kata “Errr, because we’re Malays?”

but really, saya tak nampak langsung kesalahan jika orang Melayu mahu bertutur Bahasa Inggeris. cuma pendapat saya.

Unknown berkata...

Puan Am,
Memang tidak salah untuk berbicara dalam apa-apa bahasa pun. Itu hak masing-masing. Namun sekiranya bukan kita, orang Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu, adakah kita mahu mengharapkan orang Cina mahupun India untuk bercakap dalam bahasa Melayu?

Entahlah...Orang Cina seperti Dr. Lim Swee Tin atau Dr. Khoo Kay Kim, orang India seperti Uthaya Sankar atau Kemala Dewi pula yang memperjuangkan bahasa Melayu.

Ticer Syah berkata...

sedihnye nuar... elaun diberi kebanyakkan disalahguna oleh guru2 berkenaan.. elaun diberi utk memperkasakan bahasa inggeris mereka.. sebaliknya.. hoho.. pepaham la ye..

mmg betol banyak belanja yang dihabiskan nak2 bila peralatan ICT yang dibekalkan di sekolah... CD pon ada yang korup sebelum diguna.. bila mintak ganti.. tak sampai pon

even troli utk LCD pon dah lingkup.. rasanya ppsmi akan berhenti bila semua peralatan yang dibekalkan lingkup.. kuikuikui

sarafyda berkata...

pendapat peribadi saya :- bukan semua pelajar dapat menguasai matematik dan sains dalam bahasa inggeris. memang bahasa inggeris banyak digunakan didalam buku rujukan dan bahasa melayu amat kurang dipasaran. tapi tidak terlintaskah difikiran kita bahawa bukan semua pelajar di sekolah akan menjadi doktor, jurutera, peguam mahupun akauntan. ibarat kata pensyarah saya dahulu, jika tiada pelajar yang akan menjadi mekanik, juruwang, jurutol, mahupun apa-apa pekerjaan selain dari yang saya senaraikan..dunia ini tidak akan lengkap dan kekurangan tenaga kerja yang banyak..maksudnya disini, kepentingan matematik dan sains dalam bahasa inggeris hanya mementingkan sesuatu pihak sahaja iaitu pelajar-pelajar yang berada di bandar mahupun pinggir bandar yang acapkali di suntik dengan segala macam bahan media/bahan cetak dalam bahasa inggeris. tapi bagaimana pula dengan nasib pelajar-pelajar pedalaman?? penting sangatkah bahasa inggeris dalam matematik dan sains bagi mereka? bukan hendak memperkecilkan mereka cuma mahu berpijak pada realiti, bagi mereka lulus SPM lebih bererti dari mendapat A dalam math @ sains, yang penting mereka mendapat pekerjaan untuk meneruskan kehidupan.PPSMI hanya penting bagi segelintir sahaja~

ini hanya pendapat peribadi sahaja tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang terlibat...

Usratika berkata...

salam

bagi aku,aku tetap akan menentang PPSMI.kalau sesiapa ada hujah lagi bagus berbanding kajian GMP buat,baru aku ikut sokong PPSMI.

setakat ni,maafla.tak boleh nak terima.Hishammuddin pun hantar anak dia belajar di sekolah antarabangsa.Kenapa agaknya?

maksud Ministry Of Education yang sepatutnya Kementerian Pendidikan jadi Kementerian Pelajaran.kalau Menterinya 'bebal' dalam soal penterjemahan makna 'Education',alahai.....tak boleh nak berkata apa.

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Saya pun banyak mendengar gosip itu. Mulanya tidaklah saya percaya, tetapi sudah terlalu banyak bukti yang diberikan, macam percaya juga. Sekiranya benar, tidak salah saya membantah PPSMI daripada terus rosak.

Cikgu Sarafyda,
Saya meraikan pendapat cikgu itu. Pendek kata, dunia ini tidaklah semuanya adil.

Usratika,
Kita mendoakan semoga pemimpin Melayu sendiri memperjuangkan nasib Melayu. Malam tadi di Nightline, satu lagi kumpulan "orang Melayu" menyokong PPSMI di Kelantan. Katanya mahu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Isunya, mengapa perlu diinggeriskan sains dan matematik. Terpacul "bodoh" dari mulut aku kepada pegawai pelajaran itu. Moga diampunkan dosa aku.