Balu Arena Wati.

Saya mengajak bapa mentua hadir ke majlis ini. Dia enggan. Katanya, "Arena Wati penyokong PPSMI!" haha.

Semasa Allahyarham Arena Wati meninggal dunia pada 25 Januari 2009, warisnya menyatakan melalui akhbar bahawa Sasterawan Negara itu menyokong PPSMI. Entahlah. Kalau silap, maka laporan akhbar itu adalah fitnah kepada Allahyarham.
Dari kiri: Dr. Ibrahim Ghafar, Dato' Termuzi, Ustaz Uthman, dan waris Arena Wati.

Majlis itu diketuai Ustaz Uthman El-Muhammady. Turut hadir Ketua Pengarah DBP baharu, Dato' Termuzi Abdul Aziz, Dato' Baha Zain bersama ahli PENA, dan anak-anak yatim.
ITNM bukanlah badan yang bertindak mempromosikan sastera Malaysia apatah lagi "menjaga" sasterawan tempatan, tetapi ITNM mengadakan majlis seperti ini sebagai satu langkah tanggungjawab korporat kepada masyarakat (CSR).
Kata Ustaz Uthman, "Orang nak minta saya buat bida'ah lagilah ini. Tidak mengapalah, perkara yang baik," kerana mengetuai tahlil yang haram menurut Imam Shafie (menurut hujah tertentu).

2 komen:

Ticer Syah berkata...

tu dia pak manshor.. tegar.. wakakakkaka..

sampai mcm tu skali.. mcm pak mentua den.. kuat betol ngan bendera hijau putih bulat kat tengah.. sampaikan bendera dacing cakap apa pong tanak dengaq.. kuikuikui

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Bukannya ayah saya. Bapa mentua sayalah.

Namun dia bukanlah terlalu taksub. Saya hormat dia kerana ideanya banyak yang bernas. Banyak benda terutamanya isi kandungan dalam blog/artikel saya ceduk daripadanya.