Dalam ruangan Forum Utusan Malaysia semalam:

Saya rasa terpanggil untuk meluahkan kepelikan dan kekesalan terhadap segelintir sikap kakitangan awam yang seolah-olah tidak menghiraukan arahan yang dikeluarkan kepada mereka berhubung waktu rehat dan minum.

Walaupun pekeliling perkhidmatan telah dikeluarkan tetapi seolah-olah seperti "mencurah air ke daun keladi". Buktinya, segelintir mereka ini sentiasa ada di kantin, kedai makan, warung, sedangkan pada waktu itu merupakan waktu mereka bekerja. Dengan bangganya mereka memakai tag nama dan pemakaian baju batik (pada hari Khamis) ketika minum.

Jika pada hari Jumaat pula, (berdasarkan pemerhatian saya di sebuah kompleks membeli belah terkenal di Putrajaya) jam sudah menunjukkan pukul 2.50 petang tetapi segelintir mereka masih lagi mundar mandir di sana.

Saya difahamkan waktu rehat pada hari Jumaat bermula pada jam 12.00 hingga 2.45 petang. Di manakah kualiti perkhidmatan yang diharapkan dapat disampaikan oleh mereka kepada orang ramai?

Tengah hari ini saya akan ke Mid Valley untuk membuat susulan dengan pihak MPH berkenaan program anjuran ITNM di sana pada Ahad ini. Sebelum itu, saya akan ke PWTC untuk membuat pelbagai tempahan untuk majlis pelancaran buku semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) April nanti dan menghadiri majlis sempena PBAKL.

Adakah ini bermakna saya "berjalan-jalan" di plaza membeli belah? Kadangkala semasa memakai baju batik dalam waktu bekerja pada hari Khamis juga saya berada di tempat-tempat begitu.

Memang ada kakitangan awam yang "curi tulang" dengan berjalan-jalan semasa waktu bekerja di luar pejabat, tetapi saya percaya golongan itu segelintir sahaja. Saya pernah menempah plak di Plaza Pertama. Menurut tuan kedai itu, cawangannya di Alamanda Putrajaya paling banyak tempahan plak atau piala.

Persepsi 2: Kakitangan kerajaan malas mengangkat telefon.

Sudah biasa kita mendengar dakwaan ini. Di pejabat kerajaan, telefon disediakan di setiap meja kakitangan. Namun sukar untuk menghubungi pegawai kakitangan tersebut. Lalu dicop terus semua kakitangan kerajaan malas mengangkat telefon.

Sebenarnya, tugas kakitangan awam bukan semata-mata duduk di mejanya. Mereka juga perlu berurusan dengan bahagian lain, menghadiri banyak mesyuarat ataupun tugasan luar. Tidak adillah dituduh kakitangan awam malas mengangkat telefon.

Persepsi 3: Pejabat kerajaan selalu memindahkan talian (transfer line) telefon.

Saya turut pernah menghadapi situasi ini. Sekarang pun saya selalu sahaja memindahkan talian telefon kepada orang lain. Saya di unit komunikasi korporat, tetapi acap kali talian yang saya dan Shida terima mahu berurusan dengan unit penerbitan, unit sumber manusia dan lain-lain yang memang tidak ada kaitan dengan unit saya.

Bukanlah kami tidak tahu urusan yang diajukan, tetapi lebih baik sekiranya dia berurusan terus dengan orang tertentu. Biasanya yang menjadi masalah pemanggil ialah tidak menyatakan secara terperinci urusannya itu. Maka si penjawab telefon pun keliru pegawai yang sesuai untuk disalurkan talian.

Persepsi 4: Urusan kerajaan lembab.

Ada yang lembab, ada yang terlalu efisien. Semua orang tahu agensi kerajaan yang lembab dan efisien. Contoh paling mudah, kadangkala e-mel yang dihantar, dua minggu lagi baru dilayan. Itupun kalau dilayan. Banyak juga yang tidak dipedulikan.

Efisien atau lembap merupakan masalah kakitangan itu sendiri. Banyak sistem sudah diperkenal seperti Kualiti, Sasaran Kerja Tahunan dan lain-lain. Kalau tidak diambil peduli pun, kenaikan tetap sama, bonus pun sama rata antara kakitangan yang rajin dan malas, dan elaun pun diterima sama.

Tidak semua berkenaan kerajaan itu buruk, tetapi tidak segalanya baik. Saya selalu terfikir, kakitangan awam dapat bonus atau kenaikan gaji, heboh sungguh sehingga naik harga barang. Namun kalau kakitangan Petronas, TM dan lain-lain mendapat bonus sekurang-kurangnya dua bulan, tidak ada pula yang "bising".

12 komen:

Pok Li berkata...

Komen yang jujur. Manusia tak sama tapi mungkin KPI yang ditetapkan boleh membantu

ikan emas berkata...

Laksanakan tanggungjawab dgn jujur dan ikhlas. Skarang kita sedang menghadapi 'Perang Persepsi".... bukan terhadap kakitangan awam shj...

Anuar Manshor berkata...

Pok Li,
KPI pun adakalanya tidak tepat. Pokok pangkalnya kejujuran manusia juga yang memainkan peranan.

Ikan Emas,
Betul pendapat itu. Namun semua pihak perlu berani menghadapi kritikan.

ainunL muaiyanah berkata...

Saya pernah berhadapan dengan sikap pegawai yang sambil lewa tetapi tidak semua pegawai kerajaan begitu. Ada juga yang beri komitmen dan saya rasa saya dilayan macam anak raja pula..


Mutu perkhidmatan awam perlu dipertingkatan masa demi masa sebab mereka ini muka depan kerajaan.

Szakif berkata...

dalam segala hal, membuat generalization tidak selalunya dan semestinya bagus. kerana manusia itu berlainan fikrah dan tanggungjawab.

Marliza Radzi berkata...

Persepsi-persepsi itu wujud sebab ia benar-benar terjadi malah banyak kali. Banyak kali telefon tidak diangkat. Banyak kali urusan tergendala sebab birokrasi. Dan memang diketahui bahawa orang gomen ada ‘waktu minum pagi’ dan ‘waktu minum petang’. It’s like an open secret. Ya, memang ada yang tak buat semua ini, tapi banyak yang buat maka wujudlah persepsi :D

madulebah berkata...

Saya merupakan seorang kakitangan awam.

Secara jujur saya juga mengakui memang ada segelintir yang begitu. Dan seperti biasa, yang kurang baik itu paling selalu diheboh-hebohkan daripada perkhidmatan yang baik dan efisyen.

Berkenaan dengan hal berlegar di kompleks membeli belah, semalam baru saja saya mengusik seorang teman yang mahu ke Alamanda sementelah bossnya sudah ke Penang. Kata saya pantang lepa. Jawabnya ini urusan rasmi. Sudah di Alamanda itu terletaknya pejabat pos, bank, dan pasaraya kerana dia perlu beli barang-barang untuk pantry.

Jadi, sebenarnya kita tidak boleh terlalu cepat membuat tanggapan, terutama sekali yang negatif.

Felicia F. Ramzi berkata...

the only time saya berhdapan dgn pekerja kerajaan efisien adalah di putrajaya di pejabat pendaftaran. Waima saya dah 4 kali hilang IC sampai abg officer pown pandang mak-ai-minah-ni punya pandangan cukup kaw, dia tetap layan dgn baik dan selesai dlm masa 15 minit..yezzza

Anuar Manshor berkata...

AinunL muaiyanah,
Saya setuju dengan pendapat tidak semua kakitangan awam sempurna segala-galanya. Namun persepsi menyatakan kakitangan awam "teruk" sukar diubah.

Tuan Szakif,
Ya! Namun generalization lah yang banyak mempengaruhi penentuan keputusan.

Puan Am,
Hah jangan terkejut! Di pejabat kerajaan ada waktu rehat pada pukul 10 pagi. Am tanya kepada suami. Sedih kerana hanya nila setitik, semua orang terpalit sama.

Cik Madu Lebah,
Begitulah yang saya katakan. Di Alamanda banyak kakitangan berlegar yang mempunyai urusan rasmi. Maka perlulah semua orang suuzzon (bersangka baik)! Namun kelakar juga KSN menasihati kakitangan awam yang berlegar di Alamanda pelu membuka tanda nama. Haha.

Cik Felicia,
Hah yang kes ini mesti ada diskriminasi!haha.

.: mama cute :. berkata...

setuju tang gaji.. dpt sebulan bonus (itupon diberi sebanyak dua kali..hehe) kecoh satu donia.. sengal tol.
yang keje kilang bonus manyak bulan tak kecoh pong..

psstt.. petronas 6 bulan bonus.. bio betik... pakcik kayoooo la itu mcm

eiffa akmal berkata...

Sewaktu kerja di firma swasta dahulu pernah seringkali berurusan dengan kakitangan awam..mmg mcm2 masalah..sehingga pernah saya "caught red handed" pekerja di kaunter yang tidur di bawah kaunter sdgkan itu waktu kerja. Setelah menjadi pegawai kerajaan sekarang, baru saya melihat dari persepsi kakitangan awam..tak semua kakitangan seperti yg saya pernah fikirkan dahulu

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ