
Fokus utama, Setahun Selepas Kembali Dari ISS, Dr. Sheikh Muszaphar Ingin Kembali ke Angkasa ditulis oleh Maisarah M. Hambal (nama samaran) yang merupakan wartawan akhbar. Terima kasih Kak kerana membantu saya mewawancara Sheikh Muszaphar (SMS).
Antara fakta yang ditulis:
- SMS mahu kembali ke ISS.
- Mahu menghimpunkan sembilan angkasawan Islam lalu menubuhkan persatuan angkasawan Muslim.
- Mahu menjelajah ke serata tempat/dunia menerangkan kaedah melaksanakan ibadat di ISS.
Off record:
- Kesal dan sedih dengan MOSTI yang "mengabaikan" angkasawan pertama negara. Kebanyakan program yang dilakukan SMS menggunakan wang sakunya sendiri.
- MOSTI tidak melakukan program susulan yang lebih berkesan untuk meneruskan program angkasawan.
- SMS kesal banyak graduan aeroangkasa tidak menggunakan ilmu dalam bidang aeroangkasa. Disebabkan tiada permintaan pasaran.
Saya merasakan semua ini berlaku disebabkan pertukaran Pak Menteri MOSTI, yang mungkin kurang berminat dengan program angkasawan ini. Terus terang, saya cemburu melihat China berjaya ke angkasa lepas dengan roketnya dan taikonautnya (angkasawan dalam bahasa Cina) sendiri (baju taikonaut pun Made In China). Korea Selatan pula akan melancarkan roket satelit sendiri dari bumi Korea. Jangan terkejut kerana Indonesia juga sedang membangunkan roketnya. Baca di sini.
Saya pernah mengkritik cadangan mahu membeli Soyuz. Baca di sini. Syukur mereka tidak jadi beli. Nanti orang mengata, "Kejayaan program angkasawan Malaysia: MEMBELI SOYUZ BUANGAN."
Saya pernah mengkritik cadangan mahu membeli Soyuz. Baca di sini. Syukur mereka tidak jadi beli. Nanti orang mengata, "Kejayaan program angkasawan Malaysia: MEMBELI SOYUZ BUANGAN."