Terima kasih kepada teman sepejabat isteri kerana menghadiahkan ketuhar gelombang mikro kepada isteri sempena pernikahan kami.

Terima kasih kepada teman sepejabat saya kerana menghadiahkan penyedut hampagas. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat kerana bermurah hati menghadiahkan kami pelbagai jenis barangan.

Pagi tadi saya menerima satu lagi artikel yang membincangkan berkenaan ketuhar gelombang mikro. Insya-Allah artikel itu akan diterbitkan untuk keluaran November 2008.

Sebenarnya banyak orang sudah mengetahui kesan gelombang (baca: radiasi) kepada makanan yang dimasak atau dipanaskan. Rasanya ini bukan omongan kosong walaupun kebanyakan ketuhar gelombang mikro dilekatkan pelekat SIRIM.

Rujuk Herbalhealer dan Mercola yang mendedahkan segala kesan negatif ketuhar gelombang mikro. Dr. Hertel dan Dr. Blanc menyatakan paras hemoglobin darah dan kolesterol individu yang menelan makanan daripada ketuhar gelombang mikro menurun. Mereka juga terdedah pada anemia (kekurangan darah).

Pada 1991, Norma Levitt meninggal dunia walaupun selepas melakukan pembedahan pinggul kecil. Rupa-rupanya sebelum itu jururawat bertugas memanaskan darah tranfusi dengan ketuhar gelombang mikro. Elektrokimia badan manusia yang semula jadi tidak menerima perubahan fisiologi badan manusia.

Saya bukannya antiteknologi sehingga menghalang isteri menggunakan alat itu. Kasihan juga melihatnya menghabiskan masa yang lama semata-mata untuk memasak atau memanaskan makanan. Apa yang perlu saya lakukan untuk menjaga kesihatan?

8 komen:

Ticer Syah berkata...

kadang kita ni dah terlalu obses dengan segala kemudahan sampaikan masak and panaskan makanan pon rasa susah.. hehehe

apa pun kalau orang dulu boleh masak, basuh baju (pakai tangan lg) dsb, i think we can do better than that sbb dah ada teknologi dan juga memudahkan kerja

anyway, i never used a microwave and never had one pon. tapi rasanya masak secara biasa (guna dapur gas.. tp ada cooker hood plak..hehe) pon satu cara utk bersenam.. nak2 bila pakai lesung batu nak buat sambal belacan.. boleh buat muscle...ahaks..

anyway, cara utk membantu isteri u dan bg mengelakkan rasa kesian berpanjangan.. (mmg la kesian.. huhu.. kaum wanita mesti bela wanita punya.. ) bantulah dia di dapur.. i think she would appreciate that.. kalau tak reti masak, tolong2 la potong sayur, tak reti gak, belajo ler.. selain dpt meringankan beban.. kasih sayang pon bertambah erat :)

nak panaskan makanan senang aje..
kalau nak senang, lebihan makanan letak dalam plastik dan ikat, boh dlm frige.
lepas tu bila nak panaskan.. just tuangkan air panas (br mendidih) di dalam bekas yg besar, then masukkan plastik tadi ke dalam bekas tu..dah panas balik

kalau rasa pemanasan plastik bahaya polak, simpan makanan dlm fridge, then bila nak makan, bubuh je dlm kuali/belanga etc dan panaskan.. ehhehehe...

mudah aja dong...

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Saya terimbau dengan cara emak saya memasak. Tidak pernah dia memasak/menghangatkan makanan dengan alat itu, kecuali selepas abang saya menghadiahi ketuhar itu. Itupun jarang sangat digunakan.

Saya memang selalu mencuba untuk turut bersama-samanya membantu memasak, tetapi kadangkala ada kerja lain yang perlu dilakukan (tugasan rumah seperti membasuh baju) sendiri.

p/s Teringat kata-kata arwah Atok, "Aku makan ataupun tidak, aku tetap akan mati jua." Walaupun beliau ada pelbagai penyakit, takdir ajalnya kerana sakit tua.

Tanpa Nama berkata...

best ek tgk tok bak masak dulu.tapi semua tu kenangan arwah tok bak.masakkan yang sedap dtg dari air tangan.tu sbb tok bak masak sedap.anak-anak tok bak semua pandai masak.semoga roh tok bak dicucuri rahmat.amin...

Unknown berkata...

Tanpa Nama (Mai rasanya),
Aku merindukan nasi minyak, mee goreng dan teh yang Tok Bak buat.

Tanpa Nama berkata...

basuh baju sendiri?pembetulan-campak baju dlm mesin,mesin basuh tolong basuhkan!hehe!suami kene memahami isteri, dalam sehari ada dua tanggungjawab, di pejabat & di rumah,dgn kudrat tak sebeberapa, boleh pengsan..suami yg penuh dgn sifat belas ihsan,harus tolong ringankan keje umah isteri.Sayang..terima kasih!

mama cute:silapler sy minta microwave hari tu,klau tahu minta 'water heater',haha!

Unknown berkata...

Puan Zaujah,
Zaujati ini memang rajin. Walaupun bertubuh kecil, tetapi berjiwa besar. Rumah kami (terutamanya dapur) memang bersih hasil tangannya. Jom datang rumah kami (raya nantilah).

Marliza Radzi berkata...

saya dapat 5 gelombang mikro sebagai hadiah kahwin.

Unknown berkata...

Puan Am,
Bacalah Dewan Kosmik November nanti.hehe