Semasa iftar dan pelancaran buku falsafah Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), saya ada urusan lain. Ralat tidak dapat hadir. Kalau tidak, dapat juga bertemu dengan Encik Khair Ngadiron, penerbit-penerbit buku, pencandu-pencandu buku, dan rakan-rakan wartawan.

Memang menjadi resam, sekiranya ada pelancaran buku, para wartawan akan diberikan naskhah percuma buku yang dilancarkan. Dengan harapan supaya dapat diuar-uarkan buku itu dalam akhbar ataupun majalah. Namun biasanya penerbit sedia maklum, tidak semua wartawan akan "mengiklankan" buku-buku itu.

Dulu semasa di PTS Publications, setiap buku baharu yang diterbitkan, saya akan memberikan naskhah percuma kepada Utusan Malaysia, Kosmo dan Berita Harian. Kata dalam hati, "Bertuahnya boleh dapat buku percuma." Walaupun dulu saya editor, buku yang disunting sendiri pun perlu dibeli.

Namun kini saya pula yang memperoleh naskhah buku percuma. Nikmat rasanya apabila memperoleh pelbagai bidang buku (biasanya dapat buku sains) yang biasanya mahal harganya.

Saya mengirimkan e-mel kepada Encik Khair supaya dapat mengirimkan buku-buku terbitan ITNM untuk dimuatkan dalam ruangan Ulasan Buku. E-mel pada hari ini, esok sudah dapat lima buku (gambar di atas). Maka tidak hairanlah ITNM kini semakin "rancak".

Buku-buku terbitan DBP sendiri pun belum tentu boleh dapat dengan segera. Hari ini minta buku daripada syarikat D, minggu hadapan kena mengingatkan semula. Akhirnya, saya sendiri tawar hati hendak mengulas buku DBP.

6 komen:

Faizal a.k.a Mundarmandir berkata...

wahh seronoknya dapat buku free..buku baru pulak tuh...nikmatt!

siku lipat berkata...

dapat buku free adalah nikmat yg diidamkan oleh pengemar bahan bacaan. alangkah best kalau saya pun dapat jugak buku free especially yang buku yang terbaru

Anuar Manshor berkata...

Tuan Faizal,
Lebih nikmat kalau dapat mencicip isi kandungannya.

Tuan Siku Lipat,
Benda-benda yang percuma memang menikmatkan, kan?

myadlan berkata...

ayah saya pernah mengikuti kursus terjemahan ITNM di Wangsa Maju.

tapi tak tahu la macam mana prospek menterjemah buku2 ni. ape pendapat en. anuar ye?

Adil berkata...

Assalamualaikum dan Salam Lebaran.

Bingkisan Ikhlas Buat Saudara Anwar.

Saya mendoakan saudara sihat-sihat sahaja dan teruskanlah perjuangan saudara memartabat bahasa Melalui Sains.

Saya memohon maaf kerana perna tersasar memberi pandangan sebelum ini. Tetapi setelah saya meminta pembantu saya mencari majalah saudara, sesungguhnya majalah saudara tidak kurang hebatnya. Mungkin pandangan saya silap kerana majalah Saudara tidak ada semasa saya belajar dahulu dan sukar diperolehi di kedai-kedai buku.

Apakah sebenarnya maksud KOSMIK, kenapa tidak menggunakan SAINS?


Sekian, Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Anuar Manshor berkata...

Tuan Adlan,
Industri terjemahan di Malaysia masih lagi "biru". Indonesia dan banyak negara lain sudah hampir "merah". Namun ada kemajuan.

Tuan Adil,
Saya memohon maaf atas "tindakan" yang lalu.

Dewan Kosmik diterbitkan pada 1993. Saya masih lagi di sekolah. Agak merumitkan sekiranya mahu menukar menjadi Dewan Sains. Salam Eid. Taqabbalallhu minna waminkum.