Baru sebentar Dr. Danial Zainal Abidin mengirimkan artikel untuk dimuatkan dalam ruangan "Islam dan Sains" Dewan Kosmik keluaran November 2008.

Tulisan beliau ada kelompok peminat sendiri. Mantan Timbalan Ketua Pengarah DBP, Dato' Baha juga peminat tulisan Dr. Danial. Beliau berjumpa saya dan mencadangkan supaya semua tulisan beliau dikompilasikan dan diterbitkan dalam bentuk buku.

Dr. Danial adalah penulis pertama yang saya "pikat "sebaik sahaja mengendalikan majalah Dewan Kosmik. Doktor perubatan, pakar motivasi dan penulis buku terkenal ini jarang menghampakan saya. Artikel yang dikirimkan tidak pernah tersasar dari tarikh akhir penghantaran dan mempunyai nilai ilmiah tersendiri. Khabarnya, beliau memperoleh royalti tertinggi dalam senarai penulis PTS Publications. Semuanya berkat perjuangan dakwah beliau melalui pena.

Artikel yang baru dikirimkan berkisar berkenaan TEKANAN. Ada kaitan dengan entri blog sebelum ini, "Mood Boleh Berubah?". Saya petik sebahagian tulisannya, "BBC News bertarikh 25 Jun 2001 melaporkan, kajian saintis Scotland mendapati serangan sakit jantung lebih kerap berlaku pada hari Isnin. Antara sebabnya, pada hari itu bebanan kerja bertambah dan keadaan ini meningkatkan tekanan dan sekali gus risiko menghidap sakit jantung."

Mahu baca selanjutnya, sila dapatkan Dewan Kosmik keluaran November 2008. Isu fokus pada keluaran itu: "Menyemai Teknologi Hijau di Malaysia".

12 komen:

myadlan berkata...

saya juga antara peminat dr. danial ni. insyaAllah lepas raya ni takkan lepaskan peluang utk menghadiri kuliah2 beliau. sangat menarik!

Anuar Manshor berkata...

Tuan Adlan,
Semoga bersama-sama memperoleh manfaatnya.

.: mama cute :. berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
.: mama cute :. berkata...

hehe.. kosmik br tu nak beli lah.. sbb ada gambo sheikh muzaphar.. hehehe.. my x-bopren.. wakakkaka

Anuar Manshor berkata...

Puan Mamida,
Laaa begitukah? Bacalah sekali isi kandungannya ya:)

Ritah Yahaya berkata...

Sdr. Anuar,

Dato' Baha hanyalah mantan Timbalan Ketua Pengarah DBP.

Anuar Manshor berkata...

Puan Ritah,
Saya tersilap. Tekanan...

siku lipat berkata...

wah, satu info yang berguna untuk aku nih. especially tentang apa yang berlaku pada hari isnin.

Anuar Manshor berkata...

Tuan Siku Lipat,
Itu sekadar dapatan kajian. Allah jua yang lebih mengetahui.

Marliza Radzi. berkata...

saya akan lebih berhati2 pada hari Isnin.

NURUL HANA (INSPIRASIHANA) berkata...

A'ah..bila hari Isnin...rasa berat hati je...paling best hari Jumaat ler..sebab esok slusanya cuti rehat...hehe....(",)tapi itulah hakikatnya...kenalah hadapi juga hari2 mendatang....

Anuar Manshor berkata...

Puan Am,
Biar tertekan kerana kerja, jangan tertekan tak dapat tengok tv ya. hehe

Puan Hana,
Kerja...kerja...kerja...mencari rezeki untuk anak-anak:)