Isnin, ada yang datang bertugas dengan semangat berkobar-kobar. Ada juga yang lemah semangat kerana terbawa-bawa jet lag cuti hujung minggu.

Saya, memulakan hari bertugas dengan mood kedua. Pagi-pagi semasa keluar dari rumah, sedih melihat Baba termenung di sofa memandang kosong ke arah meja. Mahu sahaja menyanyi, "Mengapa kau termenung..." Ada juga dipenampar. Apabila mahu bersalam dengannya, terkejut pula dia. Masuk ke bilik Mama, dia pun memandang kosong ke arah siling. Juga terkejut semasa mahu bersalam. Semuanya berpunca kerana Umi (adik ipar-yang baru tiba di Liverpool) tidak dapat dihubungi sejak kelmarin. Kami kurang tidur.

Tiba di pejabat, mood semakin berkurangan kerana Dewan Kosmik keluaran Oktober 2008 yang sepatutnya sudah siap, tetapi masih lagi di kilang syarikat D (walaupun halaman kulit [yang terakhir siap] sudah dihantar cetak pada 15 September).

Saya pun tiada mood menaip artikel.

Kisah Umi, rupa-rupanya jumlah kredit dia tidak mencukupi untuk menerima panggilan dari Malaysia dan untuk menghantar SMS ke sini. Selepas saya menghantar SMS nombor kredit bernilai RM 100, barulah Baba Mama dapat hubungi Umi. Maka menangislah tiga beranak itu.

Mood saya pun bertambah baik tidak lama kemudian, selepas Khairul menyampaikan slip gaji bulanan.

Terus sahaja saya mengisi kad kebenaran keluar pejabat, tulis Ke Borders, Times Square di ruangan "Kenyataan Keluar", dan Rasmi di ruangan "Rasmi/Peribadi". Kopaklah RM 80.96 (selepas diskaun 20 peratus) untuk membeli buku terbaharu Thomas L. Friedman, iaitu Hot, Flat, and Crowded: Why We Need a Green Revolution--And How It Can Renew America dan majalah Time terbaharu. Buku itu sebagai rujukan untuk penulisan saya dalam ruangan fokus Dewan Kosmik keluaran November 2008.

Mood adalah rasa yang subjektif dalaman yang boleh dikesan/diketahui melalui postur/gerak badan dan kelakuan. Menurut pakar psikologi, Robert Thayer, mood adalah hasil daripada dua dimensi, iaitu tenaga dan rasa ketegangan. Namun satu perkara yang saya belajar selepas berkahwin ini, "Jangan buat lawak bodoh semasa isteri sedang period". Ketidakstabilan mood...

7 komen:

Ticer Syah berkata...

Namun satu perkara yang saya belajar selepas berkahwin ini, "Jangan buat lawak bodoh semasa isteri sedang period". Ketidakstabilan mood...

Hahahahaha
Jaga baik.. kui kui.. sat g kena tido luar.. kuikui
Sabaq la noo

Tanpa Nama berkata...

memang betul, susah oo nak dapat mood..keadaan sekeliling mempengaruhi..kekuatan dalam juga perlu..
tamat di sini..

bab isteri pula..haha..
banyak lagi ko kena tau pasal isteri..haha

bila isteri berkata:
"tak ada mood la hari ni.jgn kaco org"
saya tetap buat lawak bodoh:
"mud tak ada? mud pegi mana?
mud, mud, awak pegi mana?..isteri saya perlukan awak ni..ish mud ni, waktu sekarang dia tak ada"

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Saya sedang belajar kaedah mengatasi ketidakstabilan mood itu. hehe

Tuan Nadmin,
Aku sejak kebelakangan ini kurang sikit "kemurungan". Sebab selalu gelak sahaja.

Marliza Radzi berkata...

"Jangan buat lawak bodoh semasa isteri sedang period". bagus telah eblajar. hehehe.

Unknown berkata...

Puan Am,
Belajar sikit-sikit, kan.

As berkata...

mood kan bergantung pd hormon dalam badan, mood kita akan berubah2 jadinya.. :D

Unknown berkata...

Puan Nurilahi,
Ada banyak sebab mempengaruhi mood. Hormon (baca: semasa period) salah satu sebabnya.