Ramadan 1429 kali ini sama tarikhnya dengan September 2008. Dengan kebetulan ini, memang memudahkan setiap umat Islam menghitung hari untuk meraikan Aidilfitri. Ibu bapa pula dapat menjawab dengan mudah pertanyaan anak-anak, "Sudah berapa hari kita berpuasa?"

Setiap tahun, apabila masuk Ramadan, ada banyak rencana yang memperihalkan berkenaan keistimewaan dan kelebihan berpuasa. Buku-buku berkenaan puasa pun laris di pasaran. Sangat bagus!

Dewan Kosmik (DK) pun tidak mahu ketinggalan merebut peluang ini. Dalam masa bahan bacaan lain memperincikan keberkatan Ramadan dari segi agama, DK pula menghidangkan pembaca dengan keistimewaan berpuasa dari segi sains (bertepatan dengan konsep DK). Tidak dinafikan sudah ada banyak rencana di akhbar/majalah lain menceritakan berkenaan kelebihan berpuasa dari segi sains, namun masih ada individu yang tidak mengetahui maklumat itu.

Contohnya, dalam mesyuarat di DBP, ada seorang pegawai bertanya selepas saya membentangkan fokus bulanan majalah, "Bagaimana puasa boleh menyah toksik sedangkan tidak ada bahan makanan di dalam perut?" Jawapan saya dengan memberikan analogi, "Sebelum melakukan pembedahan, pesakit perlu berpuasa bagi memudahkan proses pembedahan. Ini kerana tiada zat makanan di dalam badan yang merangsang perkembangan bakteria/virus."

Keluaran kali ini, saya tidak menulis kecuali beberapa artikel penyendal. Agak kesuntukan masa dengan beberapa urusan lain. Artikel fokus berkenaan puasa kali ini (lima artikel) semuanya ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin, penulis, pakar motivasi dan doktor perubatan.

8 komen:

Dewangga Sakti berkata...

Salam ramadhan.
Selamat kembali bertugas.

Ticer Syah berkata...

yaaaa.. sudah mari.. hehe.. happy working :) have a blessed ramadhan. sure sonok sbb 1st time berposa as a husband.. kuikui..

Unknown berkata...

Tuan Zoy,
Semoga segalanya dalam selamat:)

Puan Mamida,
Memang menyeronokkan. Rakan-rakan pun buat muka menyampah apabila diceritakan keseronokan berkahwin!haha

Next: Suhail!

S.YanaZ berkata...

Nuar,
Tahniah.


Bulan Ramadan nih byk gak godaannye...kan!
*ahaks*

azlishukri berkata...

si shariah tu xabis2 nak mengenakan orang.

mariahsj berkata...

Nuar, Tahniahlah dengan kehidupan barumu.Tahun ni tentunya lebih meriah terutama ketika berbuka dan bersahur.

Unknown berkata...

Puan Shahriah,
Dugaan yang mendugakan!

Tuan Azli,
Sangat best tau!

Puan Zaitun,
Meriah lagi bermakna.

Adlan berkata...

Salam ramadan.
Saya baru bertemu dengan Dr. Danial pagi tadi dlm kuliah subuh.
Saya berpendapat cara beliau menyampaikan kuliah sangat menarik. Menggunakan analogi supaya lebih mudah difahami.
Lebih banyak artikel bleh didapati dalam laman web www.mindasuper.com drpd beliau.

p/s- tak sangka ada rezeki dpt bertemu dgn beliau di Penang