Judul mesti hebat bagi menarik perhatian pembaca! Itu kunci utama bagi mencipta judul buku.

Bukan saya merujuk kepada mana-mana penulis yang bersifat keanjingan atau kehaiwanan mahupun kebinatangan, cuma ada juga persatuan di luar sana menghimpunkan penulis-penulis yang menulis tentang anjing.

Menarik tentang persatuan sebegini... mereka menulis apa-apa sahaja tentang anjing merangkumi kesihatan, sifat, keunikan, persembahan anjing dan lain-lain.

Bagusnya, persatuan ini di Amerika Syarikat mendapat liputan khusus daripada media utama di sana. Tambahan pula, penulis anjing ini bijak menggunakan peluang yang ada; dihasilkan rencana sendiri, menulis buku & novel, mencatat perkembangan anjing di blog, tampil di program TV dan sebagainya.

Namun di Malaysia, penulis tentang "lembu" kini tiba-tiba banyak pula muncul. Persatuan yang menghimpunkan penulis tentang haiwan rasanya belum ada di Malaysia. Kalau ada pun, saya tidak pasti kalau GAPENA setuju menjadikan persatuan itu bernaung di bawahnya. Cuma rasanya sudah perlu diwujudkan persatuan yang bersungguh-sungguh menulis dan mendidik masyarakat bagi mencegah lebih banyak kelahiran "anjing"!

2 komen:

eiffa akmal berkata...

saya nak tulis pasal kucing..hahaha

Rin berkata...

Alamak tak perasan blog ini sudah banyak update. Maaflah lama tak datang sini.

Rasa macam pernah dengar koleksi puisi Merdeka. Semua dalam buku tu puisi-puisi tentang kemerdekaan. Tapi saya tak pasti pasaran mainstream buku puisi kat Msia ni. Kalau indie memang pesatlah.