Sebut sahaja “Mat Bangla”, setiap rakyat Malaysia akan menggambarkan sosok individu yang mungkin berkulit gelap bekerja di stesen minyak. Ada juga sesetengah daripada kita membayangkan mat bangla yang menjual karpet dengan menaiki motosikal, menjual kain ela ataupun tudung di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan tidak kurang terfikirkan mat bangla yang mengambil pesanan menu di mana-mana kedai makanan mamak.
MPH Mutiara Minda, Mei-Jun 2012 (Isu 10)

Pendek kata, Malaysia merupakan tumpuan semua mat bangla ini mencari rezeki untuk dibawa pulang dan membawa kemakmuran kepada seisi keluarga mereka di Bangladesh. Namun realitinya, ada beberapa mat bangla ini yang pada asalnya kita pandang “sebelah mata” sahaja, kini merupakan usahawan yang berjaya di bumi Malaysia ini.


Siapa sangka yang dahulunya seorang mat bangla ini memasuki Malaysia dengan hanya menjinjit beg pakaian berjalan kaki untuk pergi dan balik kerja, kini sudah mampu memandu kereta mewah di jalan raya Malaysia. Malah tiada siapa yang pernah menjangkakan dulunya mat bangla ini bekerja dengan anak watan Malaysia, kini dia yang memberikan gaji kepada warganegara Malaysia yang bekerja dengannya – bukan sahaja yang berbangsa Melayu, malah India dan Cina juga turut bekerja bersama-sama beliau mengembangkan perniagaan.


Namun ironinya, mat bangla ini menjalankan perniagaan dalam bidang yang memandaikan bangsa atau kerja-kerja yang mencerdikkan akal budi bangsa, iaitu percetakan –mencetak buku sama ada buku ilmiah ataupun yang berbentuk popular, malah majalah, pamflet, brosur termasuklah kad jemputan perkahwinan turut diusahakan di kilang percetakannya. Yang paling menarik, syarikat percetakan mat bangla ini melepasi semua syarat ketat bagi memiliki lesen untuk mencetak al-Quran yang hanya dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. 


Artikel ini ditulis bukan untuk memperlekehkan keupayaan mat bangla ini...


Selebihnya di MPH Mutiara Minda, Mei-Jun 2012.