Kerajaan menyatakan Malaysia tidak terkesan dengan kemelesetan ekonomi.
Wallahu A'lam.
Namun
Utusan Malaysia pada hari ini melaporkan orang terkaya di Malaysia pun boleh susut harta daripada RM58.1 bilion kepada RM20.1 bilion pada tahun ini. Kita pun susah mahu memperoleh RM1 juta dalam setahun.
Beberapa hari lepas pula, akhbar yang sama melaporkan banyak pekerja di Malaysia akan kehilangan kerja. Mungkin juga kakitangan kontrak kerajaan ditamatkan perkhidmatan.
Di HotFM beberapa minggu lepas ada membincangkan berkenaan kerja-kerja yang boleh dilakukan sekiranya hilang pekerjaan. Kebetulan pula,
Reader's Digest Mac ini menceritakan berkenaan sembilan kerja yang tidak terjejas walaupun ekonomi meleset. Saya adaptasikan beberapa pekerjaan yang tidak terjejas dalam situasi Malaysia.
1. Sektor PendidikanAmat mustahil Kementerian Pelajaran Malaysia memecat guru-guru yang mengajar di sekolah. Kecuali memang guru itu pemalas sehingga sanggup ponteng sekolah. Begitu juga dengan pensyarah universiti. Kecuali memang pensyarah itu gagal dalam viva. Pensyarah dipecat kerana viva pernah berlaku kepada seorang penulis
Dewan Kosmik.Cikgu tuisyen, penceramah agama, tenaga pengajar kursus termasuklah penterjemah sebenarnya tetap menjana duit walaupun ekonomi negara meleset. Menurut unit latihan ITNM, kursus terjemahan pada bulan Mei 2009 pun sudah penuh.
2. Sektor TenagaKita tetap memerlukan tenaga sama ada elektrik ataupun telekomunikasi. TNB tetap menjana keuntungan walaupun mereka mendakwa akan mengalami kerugian sekiranya tarif elektrik diturunkan. Kontraktor Telekom setiap hari ada sahaja melakukan pemasangan talian baharu.
3. Sektor Alam SekitarBil Indah Water tetap sampai ke rumah. Kalau mereka tidak membersihkan loji, lagi teruk sistem pembentungan rumah kita. Begitu juga kalau tiada kontraktor DBKL membersihkan Kuala Lumpur, sudah tentu ibu kota itu tercemar teruk. Di pejabat kita sendiri, "makcik cleaner" itu tidak diberhentikan. Siapa yang mahu membersihkan tandas, menyapu, dan mengutip sampah sekiranya mereka tiada?
4. Sektor KerajaanKerajaan akan memecat kakitangan sekiranya ada masalah disiplin dan beberapa sebab tertentu sahaja. Kalau Menteri Besar itu lainlah kisahnya walaupun beliau "kepala" kerajaan negeri.
5. Sektor Undang-undangIsteri saya peguam persekutuan. Kawannya ada yang bertugas sebagai majisteret, peguam LHDN, dan peguam firma guaman. Kawannya yang bertugas di firma guaman pun sedang merancang untuk membuka firmanya sendiri. Maksudnya, pelanggan yang berkaitan dengan undang-undang tetap ada.
Saya tertarik dengan akhiran artikel
Reader's Digest itu, "Manusia perlu makan dan populasi dunia semakin meningkat. Dalam kemelesetan ekonomi ini, orang tidak membeli kereta. Cukup sekadar membaikinya sahaja. Dapur si penggali kubur pula tetap berasap kerana setiap hari ada sahaja orang mati yang memerlukannya menggali kubur. Manakala binatang peliharaan pun mahu makanan yang memerlukan
Friskies mengeluarkan produk."
Walau bagaimanapun, Allah jualah yang pemberi rezeki,
al-Razzaq.