Pagi-pagi lagi seorang gila datang ke rumah Ustaz Nasrudin lalu mengetuk pintu. "Allah itu wajib dengan 20 sifatnya. Oleh kerana itu, encik perlu memberikan saya RM20!" kata orang gila itu. "Tidak bolehkah separuh daripada RM20 sahaja?" tanya ustaz. "Mana boleh! Allah itu lengkap dengan 20 sifatnya, mana boleh dikurangkan!" jawab orang gila.

Lalu Ustaz Nasrudin memberikan RM20. Bisik di dalam hatinya, "Nasib baik dia gunakan sifat 20. Kalau dia gunakan 99 nama Allah, naya aku pada pagi hari."

Berdasarkan kisah sebenar.

Banyak orang tahu Salahudin Ayubi berjaya menakluk kembali bumi Palestin selepas dinodai Kristian selama 80 tahun. Tetapi tidak banyak yang tahu cara Salahudin dan para sahabat serta bala tenteranya melakukannya.

Senjata utama adalah hablum min Allah (hubungan dengan Allah). Salahudin hanya memilih tentera yang mendirikan solat Tahajud bagi berperang dengan tentera Salib. Rata-rata tentera Islam seperti Ar-ruhban fil lail wal fursan fin nahar (rahib pada malam hari dan pahlawan pada siang hari).

Nazar Salahudin semasa berdoa supaya sembuh daripada sakit:
  1. Membunuh Birnis (pahlawan tentera Salib) yang mengganggu jemaah haji dan cuba menyerang Mekah dan Madinah.
  2. Mengajak umat Islam di seluruh negara Islam bersatu menghadapi tentera Salib.
  3. Menawan Baitul Maqdis.
Allah menerima semua nazarnya. Salahudin sembuh daripada sakit sehingga dapat melaksanakan semua nazarnya dengan hebat. Beliau tercatat dalam sejarah sebagai pahlawan Islam terulung.

Beliau wafat semasa usianya 55 tahun pada tahun 1193.

Sila klik pada gambar bagi paparan besar. Lima penyakit misteri lagi bakal diterbitkan pada keluaran November 2007.
Dipetik daripada Dewan Kosmik keluaran Oktober 2007. Dapatkan segera ataupun langgan sahaja;)


Tahniah dan tabik kepada Amir Muhammad kerana berjaya melancarkan bukunya, "Malaysian Politicians Say the Darndest Things" walaupun dalam bulan Ramadan. Lebih 100 orang, Cina, India, "Mat Saleh" termasuklah Melayu datang ke Gallery One, The Annexe, Central Market walaupun tidak dijamu sebarang makanan.

Belum pernah dilihat ada pelancaran buku menyaksikan pengunjung "memborong" buku. Malah ada orang yang membeli 10 buku. "Yang ini untuk saya, yang ini untuk anak saya, yang lagi satu ini belum difikirkan hendak diberikan kepada siapa", kata pakcik yang membeli tiga buah. Rasanya buku Amir laris lebih 100 buah. Lagipun harga yang dijual RM 20 daripada harga sebenar RM 30 (lebih 30 peratus!). Teori menyatakan pelancaran buku tidak melariskan buku belum benar-benar tepat. Cuma adakah orang hadir kerana buku Amir, penerbitnya ataupun faktor Amir sendiri? Penerbitnya, Matahari Books rasanya baru pertama kali mendengarnya.

Amir terkenal kerana banyak menghasilkan filem yang agak kontroversi dan banyak merangkul anugerah terutamanya pada peringkat antarabangsa. Filem "Lelaki Komunis Terakhir" tidak ditayangkan kepada umum kerana dikatakan "sensitif".

"Fuck you! Fuck you!" yang diucapkan Bung Mokhtar Radin kepada Chong Eng semasa berdebat berkenaan negara Islam. Buku ini mengambil kata-kata pemimpin negara yang dilontarkan sama ada sengaja ataupun sebaliknya. Sekurang-kurang ia menjadi bahan lawak bagi menunjukkan kedangkalan pemikiran pemimpin kita.

Amir memang suka bermain dengan api. Tetapi kata-kata yang dihimpunkan di dalam bukunya bukan direka semata-mata. Setiap petikan itu disertakan dengan situasi dan tarikh peristiwa itu berlaku. Mungkinkah buku ini diharamkan? Selagi tidak menyentuh isu agama atau hasutan politik, tidak mungkin diharamkan. Kalau ada yang lucah pun, rasanya cukup sekadar meminta maaf sahaja. Haha...

"Many roads are closed for pasar malam. Why can't we close the roads for our Mat Rempit one a week?" Itu ucapan Abdul Azeez Abdul Rahim yang digelar sebagai Bapa Mat Rempit.

"Only women who are not pretty should be employed by the State government, as these women would not be able to get rich husbands who can support them financially", kata Nik Aziz. Huahua...