Tahniah dan tabik kepada Amir Muhammad kerana berjaya melancarkan bukunya, "Malaysian Politicians Say the Darndest Things" walaupun dalam bulan Ramadan. Lebih 100 orang, Cina, India, "Mat Saleh" termasuklah Melayu datang ke Gallery One, The Annexe, Central Market walaupun tidak dijamu sebarang makanan.

Belum pernah dilihat ada pelancaran buku menyaksikan pengunjung "memborong" buku. Malah ada orang yang membeli 10 buku. "Yang ini untuk saya, yang ini untuk anak saya, yang lagi satu ini belum difikirkan hendak diberikan kepada siapa", kata pakcik yang membeli tiga buah. Rasanya buku Amir laris lebih 100 buah. Lagipun harga yang dijual RM 20 daripada harga sebenar RM 30 (lebih 30 peratus!). Teori menyatakan pelancaran buku tidak melariskan buku belum benar-benar tepat. Cuma adakah orang hadir kerana buku Amir, penerbitnya ataupun faktor Amir sendiri? Penerbitnya, Matahari Books rasanya baru pertama kali mendengarnya.

Amir terkenal kerana banyak menghasilkan filem yang agak kontroversi dan banyak merangkul anugerah terutamanya pada peringkat antarabangsa. Filem "Lelaki Komunis Terakhir" tidak ditayangkan kepada umum kerana dikatakan "sensitif".

"Fuck you! Fuck you!" yang diucapkan Bung Mokhtar Radin kepada Chong Eng semasa berdebat berkenaan negara Islam. Buku ini mengambil kata-kata pemimpin negara yang dilontarkan sama ada sengaja ataupun sebaliknya. Sekurang-kurang ia menjadi bahan lawak bagi menunjukkan kedangkalan pemikiran pemimpin kita.

Amir memang suka bermain dengan api. Tetapi kata-kata yang dihimpunkan di dalam bukunya bukan direka semata-mata. Setiap petikan itu disertakan dengan situasi dan tarikh peristiwa itu berlaku. Mungkinkah buku ini diharamkan? Selagi tidak menyentuh isu agama atau hasutan politik, tidak mungkin diharamkan. Kalau ada yang lucah pun, rasanya cukup sekadar meminta maaf sahaja. Haha...

"Many roads are closed for pasar malam. Why can't we close the roads for our Mat Rempit one a week?" Itu ucapan Abdul Azeez Abdul Rahim yang digelar sebagai Bapa Mat Rempit.

"Only women who are not pretty should be employed by the State government, as these women would not be able to get rich husbands who can support them financially", kata Nik Aziz. Huahua...

2 komen:

Amir Muhammad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Amir Muhammad berkata...

Salam! Saya beli juga Dewan Kosmik utk kolum Saharil dll.

Gambar-gambar (dan statistik jualan) pelancaran boleh didapati di sini.

Tarikhnya dipilih kerana Hari Malaysia. Kebetulan Ramadhan, jadi dapat jimat duit utk pelancaran.

Matahari Books hanyalah saya sendiri ;-)