Tarikh: 29 Oktober 2007
Tempat: Tingkat 20, Bahagian Majalah DBP
Tetamu Kehormat: Pengarah Penerbitan DBP

Antara staf bahagian majalah.

Antara jejaka yang masih bujang. Yang berbaju hitam sahaja sudah berumah tangga.

Bos bahagian majalah menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Shahrulnizam (Dewan Budaya).

Sedang menyiapkan juadah.

Mejaku dipenuhi hadiah cabutan bertuah.

Sidang redaksi Dewan Ekonomi; Rafiq, Junaidah dan Azli.

Aninah Janang dan Rafiq.

Pengarah Penerbitan menyampaikan hadiah cabutan bertuah.

Dari kiri atas: Hilmi (terselindung berbaju hitam, Niswan, Mahmud, Fairuz, Hanis, Asmui dan saya.

Tuan rumah, Suhail dan Nadmin.

Asmui dan Fairuz.

Suhada dan Umira.

Saya perlu datang ke pejabat pada hari ini.

Pagi-pagi lagi sudah disiapkan minit mesyuarat kerana petang ini ada mesyuarat Majlis Penangguhan Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2007. Dalam masa yang sama, berulang alik ke Dawama bagi urusan penerbitan majalah.

Selepas mesyuarat, perlu disiapkan minit mesyuarat itu pula dengan segera kerana hendak dibentangkan dalam mesyuarat susulan di Sarawak pada 5 November 2007. Sehingga ke malam hari berada di pejabat. Nasib baik Fadhilah ajak pergi ke rumah Nadmin kerana rumahnya baru sahaja dipecah masuk.

Mendengar cerita Nadmin dan Fadliana berkenaan modus operandi penyamun memasuki rumahnya, terfikir juga di mana nilai kemanusian manusia? Bebalisme betul! Apakah tindakan pihak polis?.... Ibarat kucing yang tidak selera memakan ikan bilis...

Menjadi kebiasaan saya sebelum menaiki motosikal, dua doa yang selalu dihajati, iaitu semoga selamat tiba tempat yang dituju dan semoga tayar motosikal tidak pancit. Rasanya itu juga doa bagi semua pembonceng motosikal.

Walau bagaimanapun, malang itu tidak berbau. Dalam perjalanan ke pejabat pada hari ini, tayar pancit lagi sekali (dalam masa sebulan) berdekatan Menara TM. Rasanya memang ada sindiket yang menaburkan paku di Lebuhraya Persekutuan. Ini kerana pada pagi yang sama, rasanya lebih lima motosikal yang senasib dengan saya.

Apakah tindakan?
  1. Menunggu "tukang baiki tayar" yang selalu ada di jalanraya.
  2. Menolak motosikal ke bengkel.
  3. Baiki sendiri.
  4. Teruskan sahaja perjalanan.
Saya tetap memilih pilihan keempat kerana pada masa itu waktu menunjukkan pukul 7.45 pagi. Kalau tidak, memang kena isi borang tunjuk sebab datang lewat!

Hampir semua orang mengidamkan wajah dan badan yang cantik. Mereka berlumba-lumba berusaha mengecilkan badan supaya kelihatan persis model. Disebabkan itu, berjuta-juta orang terutamanya wanita rela menyakitkan diri mendapatkan rawatan daripada pakar bagi menjadikan badan langsing, kulit mulus, tegang atau putih, bibir nipis, hidung mancung dan mata galak.

Sudah tentu banyak wang ringgit dihabiskan bagi membeli barangan kosmetik, bayaran salun, bayaran rawatan badan, rambut dan kuku. Semua ini dilakukan semata-mata bermatlamatkan cantik! Tetapi apakah mereka memahami maksud cantik itu?

Foto kulit: Faraliza Zainal Abidin
Terima kasih kepada Hisham Salmin dan PTS Publications.

Sejak kecil sehingga darjah enam: Hari Raya amat dinantikan kerana inilah masanya bagi memungut duit raya secukupnya selain mendapat baju-baju baharu. Puasa belum difikirkan sangat!

Tingkatan 1 sehingga tingkatan 6: Hari Raya hanya diraikan di hadapan televisyen. Baju baharu masih lagi mendapat subsidi daripada FAMA Sdn. Bhd. (father & mother). Duit raya pun masih diterima. Cuma tidak "lebat" sangat.

Di universiti: Sudah segan mahu meminta subsidi baju baharu. Duit raya pun semakin kurang. Kadang kala tidak peroleh langsung.

Semasa bekerja: Perkara paling kerap difikirkan, "DUIT". Di mana hendak peroleh duit untuk dilaburkan kepada ibu bapa, adik-adik dan duit raya kepada sanak saudara. Itu belum termasuk lagi perbelanjaan untuk diri sendiri, petrol kereta dan duit tol.

Semasa tua: Belum alami lagi...

Cantik itu tidak kekal selama-lamanya. Lebih baik cantik dalaman berbanding dengan cantik luaran.

Dewan Kosmik (DK) keluaran Oktober 2007 membincangkan berkenaan Program Angkasawan Malaysia. Antara fokus DK adalah misi yang dipikul angkasawan Malaysia apabila berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), pelaksanaan ibadah angkasawan Muslim dan kronologi pemilihan angkasawan Malaysia.

Antara rencana lain yang menarik adalah:
  • Bebel Wanita Tidak Masuk Otak
  • Sains di Sebalik Puasa
  • Mengapa Sukar Berhenti Merokok?
  • Kawan di Komuniti Maya
Sebahagian daripada rencana fokus: