Foto dari Firdaus Arif

Malam tadi, saya dan isteri ke Majlis Makan Malam Alumni UIA di Hotel Nikko. Rata-rata yang hadir adalah abang-abang dan kakak-kakak. Batch saya tidak ramai. Cuma ada seorang sahaja batch saya yang menegur. Itupun kerana Shah satu halaqah dengan saya di matrikulasi.


Inilah pertama kali saya menyertai program anjuran Alumni UIA. Itupun kerana bos saya, Encik Mohd Khair kini adalah Presiden Alumni UIA. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri MeCD, Dato' Saifuddin Abdullah.

Sebelah saya adalah Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Abang Azuan (orang Istana Negara).

Yang menarik adalah syarahan mantan Rektor UIA, Tan Sri Prof. Dr. Kamal Hassan. Saya suka dengan idea beliau berkenaan ummatic politics. Bulu roma saya meremang apabila beliau mengatakan peristiwa paling "menyeramkan" apabila politik Melayu berpecah. Tambah menarik kerana beliau banyak memetik idea daripada Dato' Saifuddin melalui buku Politik Baru. Promosi percuma! haha.

Di sebelah Isteri, Abang Faris, Pengurus PTS Islamika.

Antara yang saya temui semalam, Dr. Sabirin (bekas bos Isteri), Abang Yusmadi (YB PKR Balik Pulau), Tok We, Dr. Faridah, Abang Bob, dan banyak lagi yang saya kenal muka sahaja. haha.

18 komen:

Dewangga Sakti berkata...

Dato' Saifuddin tu batch mana?

azlishukri berkata...

BILA NAK BELANJA MAKAN...

Unknown berkata...

Dewangga Sakti,
Dia bekas staf sahaja. Bukan pelajar UIA.

Tuan Azli,
Datang KL ya!

hans berkata...

bab makan memang best

Unknown berkata...

Tuan Hans,
Oh sudah tentu!

zuraima berkata...

apa?! ada majlis makan malam???

Unknown berkata...

Puan Zuraima,
Ya betul. Nanti bolehlah sertai alumni ya!

Wasunni Al-Kelantani berkata...

aku & wife aku dan seluruh adik beradik aku yg grade dari uia tak pernah la plak daftar alumni uia ni..hehe

mcm best gak makan tu..pasni balik msia kena la daftar alumni uia..bleh jumpa kekawan lama..

azlishukri berkata...

sebenarnya setiap minggu aku datang KL, minggu lepas aku ada meeting kat UITM jalan semarak, tapi sibuk sangat ramai nak kena jumpa..

Unknown berkata...

Tuan Salleh,
Aku pun sebab bos aku yang jemput. Kalau tidak, aku pun tidak tahu program alumni.

Kau perlu tubuhkan alumni UIA di sanalah!

Tuan Azli,
Kau sibuk menjelang bulan Mac ini, bukan?

Wasunni Al-Kelantani berkata...

tuan anuar.

satu cadangan yang baik..hehe

mie3425 berkata...

Anuar, apesal orang Arab tak suka nama hotel tu...

Unknown berkata...

Tuan Salleh,
Kau jadi "kepala"nya" lah ya! haha.

Tuan Suhaimi,
Hotel Nikko? Yakah? Saya pun tidak tahu sebabnya.

aL-gOjO berkata...

uitt, kenapa tak tau ada dinner alumni ni?

last year je ada dapat invitation, dinner kat level 2 admin building tu

Unknown berkata...

Tuan Algojo,
Saya pun kurang pasti cara jemputannya. Inipun kerana bos saya merangkap Presiden Alumni yang memberikan jemputan.

Unknown berkata...

sekarang saya pula yang menanti saat saya dipanggil untuk menyertai makan malam alumni UIAM. tak sampai lagi 2 bulan sebelum tamat belajar :)

Unknown berkata...

Tuan Szakif,
Silalah sertai alumni!Jangan segan-segan nanti ya!

Unknown berkata...

Salam,

Nasib saya pelajar tua. Tak taupun ada majlis ini.

Saifudin Abdullah pegawai di STAD semasa saya masih pelajar. Ramai staf dan graduan UIA sezaman dengan saya yang sudah jadi tokoh politik. Ustaz Nasharudin Mat Isa, Zambry Kadir, Nik Amar, Dr Syed Azman, Hanipa Maidin.

Seronok juga kalau sesekali berjumpa.