Saya terbaca akhbar Utusan Malaysia hari ini, 15 Februari 2012, memaparkan himpunan buku tentang Abraham Lincoln yang dijadikan dalam bentuk menara.

12 Februari (Ahad) lalu merupakan tarikh kelahiran mantan Presiden Amerika Syarikat itu. Jika masih hidup, usia beliau ialah 203 tahun. Memanglah mustahil ada manusia mampu hidup selama itu. Cuma apa yang saya kagum cara orang Barat mengenang budi pemimpin mereka, malah didedikasikan penghargaan terhadap Lincoln dalam bentuk keilmuan juga.
Mereka secara rasminya membuka Ford's Theatre Centre for Education and Leadership di Washington sempena tarikh kelahiran Lincoln. Lokasi itu juga merupakan tempat di mana Lincoln mati dibunuh. Dengan kos sebanyak AS$60 juta, pusat ini mengumpulkan ratusan artifak dan gambar tentang Lincoln, termasuklah tiga menara "Tower of Books" yang terdiri daripada 15,000 judul yang mengisahkan tentang diri Lincoln - yang diterbitkan sejak 150 tahun lalu.
Saya sendiri teruja cara mereka menghargai pemimpin ulung ini. Menara itu bukanlah hanya sekadar hiasan, tetapi pelawat boleh melihat semua buku tersebut untuk mendapatkan gambaran bentuk pentadbiran Lincoln menerajui Amerika Syarikat. Caranya, pelawat perlu menaiki tangga kaca yang melingkari menara buku ini.
Cara orang putih lakukan ini sangat elok untuk kita contohi. Sudah-sudahlah Arkib Negara bina memorial yang hanya dipenuhi kereta yang bukan asli pun. Za'aba pun rasanya boleh menangis selepas tahu Muzium Negeri Sembilan menggunakan katil yang tidak pernah pun dia tidur semasa hayatnya. Kata-kata "Apa lagi yang dia mahu," kepada Pak Samad pun bukannya "cara" menghargai orang yang berjasa. Namun yang pastinya Lincoln terus tersenyum melihat cara bangsanya menghargai jasa beliau:)
Kredit foto: inhabitat.com.
3 komen:
salam,
sangat teruja dengan menara buku ini..
pohon izin untuk memaut blog tuan ke blog saya.. terima kasih
Salam Tuan Dian,
Terima kasih atas pautan tersebut. Saya juga telah memaut kepada blog Tuan.
網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ
Catat Ulasan