PETER RABBIT adalah watak arnab bersifat manusia yang digambarkan oleh Beatrix Potter melalui bukunya, The Tale of Peter Rabbit pada tahun 1902. Karya ini menjadi sangat terkenal sehingga kini dan ia diangkat sebagai salah satu kisah klasik kanak-kanal yang terulung di United Kingdom.
Pada tahun 1992, Peter Rabbit diadaptasikan dalam bentuk animasi untuk BBC dengan judul The World of Peter Rabbit and Friends, dan sebelum itu ia juga muncul dalam filem balet, The Tales of Beatrix Potter pada tahun 1971.
Pada akhir tahun penerbitannya sahaja, 28,000 naskhah telah dicetak. Menurut rekod (tidak rasmi), karya The Tale of Peter Rabbit telah terjual lebih 45 juta naskhah di seluruh dunia.
Siri Peter Rabbit ini termasuk yang lain (antaranya The Tale of Benjamin Bunny, The Tale of the Flopsy Bunnies, dan The Tale of Mr. Tod) juga direkodkan telah terjual lebih 151 naskhah dan diterjemahkan kepada 36 bahasa dunia.
Siri Peter Rabbit ini termasuk yang lain (antaranya The Tale of Benjamin Bunny, The Tale of the Flopsy Bunnies, dan The Tale of Mr. Tod) juga direkodkan telah terjual lebih 151 naskhah dan diterjemahkan kepada 36 bahasa dunia.
Namun dalam kehebatan karya tersebut yang terus kekal malar, tidak banyak orang yang mengetahui Beatrix Potter telah banyak menerima SURAT GAGAL TERBIT daripada beberapa penerbit semasa mula-mula mengusulkan penerbitan manuskrip tersebut. Disebabkan itu, beliau nekad untuk menerbitkannya sendiri dengan cetakan yang terhad.
1 komen:
網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ
Catat Ulasan