Lama sudah tidak mengemaskinikan blog ini. Bukan salah Facebook sehingga menyebabkan kemalasan untuk kemas kini blog, tetapi lebih kepada kesuntukan masa saya sendiri untuk melakukannya. Tidaklah sibuk sangat...

Tiba-tiba sahaja Anuar Manshor mengemas kini blog, sudah tentu ada cerita yang mahu dikongsikan.

Baru kini saya percaya kuasa tinta/pena/penulisan khususnya yang tersiar melalui blog. Sama ada mahu percaya ataupun tidak, alhamdulillah saya berjaya menjalankan transaksi bernilai RM170,000 melalui laman ini.


Hujung minggu lalu, secara rasminya saya dan isteri telah menyerahkan kunci rumah yang diduduki sejak saya bujang sehinggalah masuk tahun ketiga perkahwinan.

Sebelum dihebahkan penjualan rumah di blog ini, laman iProperty, Mudah.my dan Facebook turut juga dilakukan. Namun syukur kerana Puan Saira Azura dan suaminya memperoleh maklumat tentang penjualan rumah D' Puncak Suasana melalui blog ini. Terima kasih kerana bersetuju untuk menjadikan rumah ini sebagai kediaman kalian bertiga. Kami sayangkan rumah ini, dan kami redha ia menjadi milik kalian.

Dan kini... kami menyewa di Puri Aiyu, Shah Alam sementara menantikan rumah di SS23, Shah Alam siap dibina...

1 komen:

sairazura berkata...

Alhamdulillah...saya pun baru nak update blog...dan kami dah pun merasmikan bilik tidur semalam...apa pun terima kasih banyak2..encik anuar sekeluarga amat baik...hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian..