Saya sedikit kurang berminat jika isteri mengajak masuk ke Kinokuniya. Namun semalam terpaksa juga masuk ke gedung buku itu, sebelum Ip Man 2 bermula jam 9.00 malam.
Rasanya banyak lagi orang yang kurang gemar dengan Kinokuniya - kerana hampir kesemua buku di situ berbalut plastik! - Kecuali seksyen majalah.
Bayangkan apabila mata tertancap pada buku terbaharu, atau buku yang menarik jiwa untuk membaca, tetapi perlu meminta izin daripada pekerja berbaju seragam kelabu untuk mengoyakkan balutan plastik. Kalau diminta sedemikian, sudah tentulah diibaratkan, "Once broken considered sold!"
Rasanya setiap orang akan membaca isi kandungan dan sebahagian bab buku sebelum bersetuju untuk membayarnya. Saya sudah tentulah tidak terkecuali. Kalau buku itu berbalut, apakah boleh proses prapembelian itu berlaku?
Yang boleh dilakukan adalah merakam "curi-curi" gambar kulit hadapan buku - sebelum dirujuk di Google Books ataupun cari di kedai buku lain.
Saya merungut, Fadli Al-Akiti pun pernah merungut.
Mujurlah di kedai buku tempat kerja saya, setiap buku yang dijual ada naskhah bacaannya.
4 komen:
:)
Salam.
Saya sering angkut sebakul buku ke kaunter pertanyaan dan minta dibukakan pembalut semuanya.
Selepas membelek-belek dan membaca beberapa halaman, kerap kali juga saya tak beli sebuah pun. Hahaha.
Itu hak saya sebagai pengguna dan potential customer!
ooo.. tak suka kedai yg bukunya semua berbalut.. mcm tak mesra pelanggan aje.. ahahha
pelik kan..sepatutnya buku utk dibelek dan dibaca sedikit sebelum dibeli..barulah kita tau ianya berpatutan dibeli atau tidak..ini kes kira keuntungan je kot
Catat Ulasan