Saya menyedari kelemahan saya dalam hal "persepektif menyeluruh" semasa bos menilai appraisal saya. Bos dengan terus terang menyatakan saya terlalu relaks kalau berhadapan dengan situasi genting yang memerlukan tindakan alternatif bagi mengatasi masalah itu.
Jumaat lalu sebelum pulang ke rumah, rakan pejabat saya kata, "Anuar relaks sahaja! Bukankah kita sedang dalam keadaan genting ini?"
Lama dahulu di sekolah menengah, saya menerima sepucuk surat sembilan muka surat di bawah meja. Bolehlah dikatakan "surat cinta" daripada rakan sekelas. Kagum melihat kesanggupannya menulis surat sebanyak itu. Saya masih teringat antara butir tulisannya, "Saya suka melihat keadaan awak yang sentiasa sahaja relaks. Bagaimana awak boleh selalu relaks?"
Hakikatnya, sehingga kini saya masih relaks.
Gambar hiasan.
Semasa adir ipar saya menelefon untuk memberitahu pak mentua saya dikejarkan ke hospital kerana sakit jantung pada hari pertama puasa yang lalu, pun saya boleh relaks bersiap dan tenang-tenang memandu kereta ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Sejak ditegur rakan sepejabat Jumaat lalu, saya sudah keliru sama ada relaks ini positif ataupun sebaliknya.
Saya pernah menjadi ketua asrama dan ketua pengawas. Masih tetap relaks! Walaupun relaks, tidak pernah pula anak buah melawan setiap permintaan/arahan yang diberikan. Terserempak budak-budak merokok di tandas pun, mereka automatik buang rokok walaupun tidak diminta ataupun dimarahi.
Pernahlah sekali saya tidak relaks, tertampar seorang pelajar yang membebel-bebel selepas ditahan kerana datang lewat ke sekolah. Peliknya, selepas dia mengugut untuk panggil geng dia, pun saya boleh relaks kembali. Tak peduli pun.
Walaupun saya nampak relaks, tidak semestinya saya tidak tertekan. Ya saya selalu tertekan dengan pelbagai keadaan. Cuma saya tidak mahu dan tidak akan menunjukkan muka stres saya itu kepada sesiapa pun. Kalau saya stres, biasanya isteri akan menjadi tempat bercerita, tetapi tidak semua cerita akan diluahkan kepadanya. Isteri saya pun ada tekanannya sendiri khususnya di tempat kerja.
Allah jua tempat saya selalu mengadu semasa solat ataupun secara spontan merintih di dalam hati. Menonton wayang bersama isteri juga (hampir setiap minggu) antara terapi bagi mengurangkan stres. Kerana kami berdua suka aktiviti menonton wayang!
Saya akan terus nampak seperti relaks kerana saya tidak mahu kesihatan saya terjejas dengan stres. Saya insaf melihat orang lain sakit jantung, darah tinggi dan pelbagai penyakit hanya kerana tidak relaks!
4 komen:
Tidak semestinya apabila kita kelihatan Relaks, bermakna kita tidak bertindak. Bagi saya bertindak pada keadaan Relaks, dapat mengurangkan kesilapan ketika bertindak.
saya sangat setuju dengan Encik Suhaimi.
saya juga kelihatan releks di sekolah.. masih lagi boleh gelak ketawa dgn rakan2 padahal kerja tinggi menggunung.. kelihatan releks bukan bermaksud tak serius.. tp kita harus releks agar stress tidak datang dan salah satu cara nak tangani stress ialah dengan menenangkan diri a.k.a relaks..kakkaka..
tenang dong!
anda melengkapkan fadilah... :) kalau dua2 terlalu rilek, penat juga..tapi memang dijodohkan dgn fadilah yg cepat panik..so that dia akan belajar utk rilek..hehehe
Catat Ulasan