Saya baru perasan Google Translate ada ciri terbaharu, iaitu "bunyi" yang menyebut perkataan yang diterjemahkan.


Caranya mudah sahaja, hanya perlu klik ikon speaker (di dalam bulatan di atas). Kita dapat mendengar sebutan yang agak betul bagi perkataan yang mahu diterjemahkan, dan perkataan yang diterjemahkan.

Teknologi ini dinamakan "text-to-speech".

Seperti biasa, perkataan bahasa Melayu masih lagi belum dapat diaplikasikan dalam sistem ini, tetapi bahasa Indonesia sudah boleh digunakan - walaupun bahasa Melayu boleh diterjemahkan dengan menggunakan Google Translate.

Namun relaks sahajalah... Bahasa negara yang mengalahkan Malaysia Piala Thomas semalam pun belum ada lagi (bahasa Jepun). Yang "malunya", bahasa Swahili dan bahasa Vietnam sudah ada pula.

Saya mencuba perkataan "smile" diterjemahkan ke bahasa Swahili. Rupa-rupanya diterjemahkan kepada "tabasamu", lebih kurang sama dengan bahasa Arab.

Cuma "text-to-speech" Google Translate ini belum lagi tepat sebagaimana terjemahannya. Sebagaimana yang ditulis dalam majalah www.itnm.com.my, "Anda boleh saja mencubanya sendiri, dan sebaik melihat hasilnya, anda pasti bersetuju dengan sebab ITNM sepatutnya menjadi rujukan bagi hal-hal penterjemahan!"

3 komen:

izinni berkata...

Salam,

Maaf jika lari dari topik. Saya ingin bertanya. Apa prosedurnya jika saya ingin menterjemah buku untuk diterbitkan oleh ITNM? Adakah saya perlu dapatkan senarai buku dari ITNM atau saya hanya perlu terjemah mana-mana buku dan hantar manuskripnya pada ITNM, kemudian ITNM akan menguruskan soal lesen hak ciptanya?

Unknown berkata...

Puan Izinni,
Saya mengandaikan Puan sudah maklum berkenaan hal ini melalui jawapan di laman Facebook ITNM. Namun sekiranya Puan ada sebarang persoalan lain, boleh sahaja diajukan di blog peribadi saya ini ataupun di Facebook ITNM. Kami bersedia membantu Puan.

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ