Ok secara jujurnya saya sedang menanti ketibaan kereta baharu. Hendak dijadikan cerita, kereta wira dahulu (isteri menamakannya "Bubu" kerana warnanya kelabu) diberikan kepada Abah. Kereta itu dimiliki selepas tiga bulan saya bertugas di PTS Publications. Asalnya, saya mengambil alih kereta itu daripada Abang, kerana dia membeli kereta baharu.


Kereta baharu saya? Oh itu biarlah rahsia. Cuma saya tertarik mahu menceritakan detik-detik semasa mahu menempah kereta itu. Kebetulan pula saya kini sedang membaca buku yang dibeli di Kinokuniya minggu lalu, 100 Great Sales Ideas sebelum menonton filem Adnan Sempit. Haha agak berpeluhlah semasa bercakap, "Dua tiket Adnan Sempit," di kaunter tiket TGV KLCC. Ya filem itu sekadar hiburan semata-mata. Bak kata kawan-kawan, "Sudah ada anak nanti, tak dapatlah kau selalu tengok wayang!"

Berbalik kepada semasa mahu membeli kereta... Pada mulanya ada seorang jurujual perempuan menghampiri saya mahu mempromosikan kereta itu. Langsung saya tidak tertarik dengan gaya menjualnya kerana dia beria-ia "mahu menjual!"

Kemudian ada seorang lelaki Cina menghampiri saya. Dia langsung tidak "menjual", tetapi lebih kepada bercerita tentang ragam orang semasa mahu membeli kereta. Namun saya tidak pun membeli kereta tersebut pada masa itu.

Bijaknya lelaki Cina itu, dia memberikan kad nama sebelum saya beredar. Secara spontan juga, dia meminta kad nama saya dan menyatakan, "Kalau Encik Anuar tidak sibuk esok, boleh datang bertemu saya."

Memang saya tertarik dengan dia dan saya datang kembali keesokan harinya selepas waktu bekerja. Maksudnya lelaki Cina itu melayan pelanggan ini pada waktu malam. Malah menyarankan saya untuk solat Maghrib dahulu sebelum membuat keputusan.

Persamaannya, semua ciri jurujual Cina itu terkandung di dalam buku yang saya nyatakan di atas. Dia "getting people to give you time". Ya saya tidak dipaksa untuk membeli kereta dengan terburu-buru. Dia pun "be available" mengikut kehendak masa saya. Malah sebelum itu dia "a good first impression" kerana berbual santai terlebih dahulu semasa awal perkenalan.

Yang paling penting, dia "enhancing customers' recall of you" kerana memberikan kad namanya sebelum saya beredar. Dia juga sanggup "lose your ego" berurus niaga dengan orang muda ini, walaupun dia sudah agak berumur. Sehingga kini dia tetap memanggil "Encik Anuar".

15 komen:

Wasunni Al-Kelantani berkata...

sebab itu ada orang kata, kalau mahu berjaya dalam perniagaan, cuba tengok cara bangsa cina berniaga..

kalau dilihat dalam industri perniagaan bertingkat atau saya lebih suka menyebut Meniaga Larut Malam (MLM) (sebagai contoh) pun dikuasai oleh bangsa cina. Mereka cukup pandai 'tackle' pasaran melayu dan cara mereka bercakap membuatkan kita senang dengan mereka dan akhirnya terpengaruh dengan produk jualan mereka..

bukan setakat suruh kita bersolat malahan ada yang siap cakap, sebelum makan produk kesihatan bla bla bla ni jangan lupa selawat dulu dan baca bismillah..

bila dia selalu menghubungi kita dan bertanya khabar, itu termasuk dalam skil servis selepas jualan dan melebarkan rangkaian hubungan perniagaan..kalau dalam sistem pembelajaran MLM semuanya diajar satu persatu dan siap ada skrip lagi..cara membahasakan diri kepada pelanggan pun diajar..contohnya encik, puan, abang, kakak dan lain-lain..

azlishukri berkata...

tahniah dapat kereta baharu...dengar cerita...jenis kereta import 2.0 betul ke?

Unknown berkata...

kakpah sendiri..mmg takkan membeli drpd jurujual yang sikapnya seolah2 mendesak walaupun me myself really have the intentions/really want to buy such product.

Rela gi cari tempat lain drpd berdepan dgn jurujual yang seolah memaksa ni.

Br ni survey hp n mmg decide nak beli pon..tp sikap jurujual yg mula2 ok kemuadian berubah sikap jd agak mendesak suruh kakpah ambik jgk model hp yg dikeluarkaan depan mata dgn alasaan itu stok bar dan takde laagi stok yg srupa dlm simpanan...Rupa2nya...bila check betul2..itu bukan hp baru tetapi hp 2nd haand..siap aade msg2 pemilik yg terdahulu..Apa lagi hangin le..terus tak cancle+mintak duit semula...

kesimpulannya...kakpah taak suka bila jurujual2 yg ade ni really push us utk dptkan sale mrk.

n kak pah suka style yg tinggalkan business card tu..Biasa org2 macam tu yg kita follow up smula..

waAllahualalam

mnr berkata...

wah..bakal ada kereta baru..
satu lagi pencapaian dalam hidup..
tahniah! :)

memang tak suka jurujual yg suka mendesak..hatta kawan-kawan rapat sekalipun :(

Unknown berkata...

Tuan Salleh,
Kita selalu memuji mereka dalam hal perniagaan, tetapi biasanya kita akan mengeji mereka dalam hal perhubungan, kejiranan misalnya. Ataupun mereka juga yang biasa kita cemuh dalam hal pemanduan kereta. Senang kata, ada baik dan ada buruk juga.

Tuan Azli,
Aku mahu menyaman kau kerana memfitnah! Tapi kalau itu suatu doa, amin~~~ Haha:)

Puan Latifah,
Orang itu agaknya bukannya menjual, tetapi memaksa sebenarnya. :)

Tuan Nadmin,
Kereta baharu itu sekadar memudahkan perjalanan.

Wasunni Al-Kelantani berkata...

Tuan Anuar,

Betul tu. Tetapi soal perhubungan dan kejiranan rasanya tidak semua yang tidak elok. Sebelum menetap di London, saya menyewa rumah teres di Taman Sri Gombak kerana kemudahan untuk saya dan isteri berulang alik ke tempat kerja di UIAM Gombak. Kiri kanan rumah saya jirannya adalah rakan-rakan dari bangsa cina. Mereka cukup baik dan mengambil tahu antara satu sama lain. Malahan, kalau saya balik kampung, kedua dua kejiranan saya ni akan memantau rumah saya takut-takut ada yang tidak kena. Malahan kalau kain di jemuran tidak diangkat semasa hujan turun (kerana tak sedar hujan di luar) jiran saya ni akan memanggil saya dari luar meminta saya ataupun isteri mengangkat kain di jemuran takut kain tu basah. Tahun baru cina, kami dihadiahkan banyak buah limau..

Saya rasa kalau menetap di kondominium, apartment ataupun flat, sedikit sukar hubungan kejiranan dipupuk lebih-lebih lagi kalau berlainan bangsa (berdasarkan pengalaman saya tinggal hampir setahun di apartment sebelum berpindah ke rumah teres)..

Wasunni Al-Kelantani berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wasunni Al-Kelantani berkata...

maaf, terhantar dua kali mesej yang sama. dah dipadam dah mesej tersebut

Adlan berkata...

ada sekali tu klien saya memanggil saya 'abang' padahal mereka pun lagi tua dari saya. saya sendiri pun panggil akak dan abang. masing2 tunjuk respek.

anyway tak sabar nak tengok gambar kereta baru!

hans berkata...

semangat diorang yg tak pernah putus asa dan tebalkan muka tu buat mereka berjaya sebenarnya
itu yang ramai orang melayu tak dapat nak contohi

Ticer Syah berkata...

tahniah dapat beli keta baru..smoga akan bekerja dengan lebih semangat lagi..chewah

shahrul manshor berkata...

bubu aircondnya masih mantop, and mak trus tido setiap kali naik bubu

Unknown berkata...

Tuan Salleh,
Sebenarnya aku banyak terkesan dengan semangat kejiranan di rumah ibu bapa aku. Memang sangat kuat tanpa mengira bangsa. Malangnya aku situasi ini tidak berlaku di rumah aku kini.

Tuan Adlan,
Panggilan "Abang" kepada klien? Macam kurang sesuai pula.

Tuan Hans,
Orang yang tidak mahu tebal muka biasanya tidak akan menjual. Biasanya "duduk di belakang".

Cikgu Syahidah,
Tahniah kerana bekerja pada 1 Februari:)

Abang,
Abah pula yang "panas"!

Unknown berkata...

saya bukan nak bangkitkan isu perkauman,saya nak bagi kesedaran pada semua sedara seagama dan sebangsa..jangan terlalu agungkan bangsa lain,sebenarnya ramai dah yg tertipu dgn diaorg ni..diaorg ni manis mulut je,kat blkg kita kutuk kita.saya ada pengalaman dlm bidang ni..kalo beli ngan sedara seislam,kalo kita meninggal leh jugak diaorg bacakan fatihah n yasin..insyallah..bangsa diaorg ni biasanya xkan support melayu..kalo ada pun dlm 5% jer..maaf kalo terkasar bahasa

nory izecson berkata...

ye..setuju dgn andy_sbnrnya bangsa cina adalah bangsa berkepentingan.. bila mereka nk mendapatkan sesuatu memang mereka bermuka manis tp bila dh dpt sesuatu,bayang2 pn xnmpak..sy pn dh mkn menyampah dgn cina coz asyik kna tipu je bila beli brg drpd diorg..one more thing,nk tahu nape org cina bijak dlm urusan jualbeli?? according to Dr Azhar, tainer soul power consultant.. beliau n seorg rakan pernah menghadiri satu program khas utk jurual,di mana program tersebut mengajar tentang cara2 attract people to buy their products..n guess what?mostly yg menghadiri kursus tersebut adalh bangsa cina(lebih 95%)..memang program tu agk mahal nevertheless, ia berbaloi for those who want to make a lot of money from selling.. that's why la nape cina pandai berniaga..n dlm msa yg sma pandai menipu dan malangnya yg sering mnjadi mgsa adalah org2 melayu yg kbanyakknya mudah 'cair' dgn 'ayat2 manis' bangsa berkepentingan ini..