Sememangnya saya meminati muzik sejak dahulu lagi. Di UIA saya merehatkan diri daripada aktif PKPIM kerana mahu sepenuh masa dalam kumpulan gamelan. Cuma minat saya tidaklah kronik sehinggakan dikategorikan terjerumus dalam hedonisme. Sebelum mula AJL malam tadi pun, saya dan isteri bersolat isyak terlebih dahulu bagi memastikan hiburan itu tidak melalaikan.
Sambil menonton, sambil layan Facebook. Wah Abang Jamizal yang dahulunya acap kali berbicara dan menulis tentang falsafah, Plato, Aristotle dan lain-lain pun menulis di statusnya, "Menyokong hafiz af untuk juara lagu." Dahulu dia pernah menulis di blognya semasa musim Akademi Fantasi (AF), "Apa yang isteri lakukan, kita perlu sama-sama melakukannya." Maksudnya, isterinya suka menonton AF, maka dia pun bersama-sama menonton program realiti itu. Asalkan bahagia.
Berbalik kepada AJL malam tadi... Memang saya agak terkejut dengan keputusan yang memihak kepada Aizat. Saya skeptikal dengan keputusan yang mungkin dipengaruhi faktor Allahyarham Yasmin Ahmad dan kempen 1Malaysia.
Satu Malaysia mengetahui Datuk Farid Ridzuan dan Siti Nurhaliza (juri AJL) ada hubungan baik dengan Allayarham Yasmin. Mungkin ini faktor untuk memenangkan lagu "Pergi" yang merupakan lagu runut filem Talentime arahan Yasmin. Malah Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim pula hadir malam tadi. Sudah tentu lagu itu yang memuatkan unsur 1Malaysia menjadi pilihannya.
Itu sekadar telahan saya yang mungkin tidak logik. Cuma yang saya tertarik adalah pada bebelan panjang Faizal Ismail dan Cheryl Samad sebelum giliran Aizat menyanyikan lagu Pergi. Rupa-rupanya untuk menyusun lilin yang menjadi latar persembahan Aizat. Namun bebelan panjang itu ada fakta yang menarik perhatian saya. Rupa-rupanya asal lagu tersebut diterjemahkan daripada lagu I Go.
Cheryl memuji melambung kekreatifan Amran Omar berjaya menterjemahkan lagu dan lirik asal ciptaan Pete Teo itu. Hasilnya sangat menjadi kerana lagu tersebut dinobatkan sebagai lagu terbaik AJL ke-24.
Masyarakat Malaysia kurang mengetahui tentang aspek penterjemahan lirik lagu kerana ia merupakan bidang baru dalam pengajian penterjemahan, malah rujukan dalam bidang inipun sangat kurang. Dalam buku Song and Significance. Virtues and Vices of Vocal Translation, penulisnya pun agak kesal dengan pengabaian penterjemahan lagu popular dan persembahan berteraskan muzik walaupun ia adalah bidang yang menarik.
Buku tersebut diterbitkan pada tahun 2005.
- Pada tahun 2007, filem High School Musical 2 keluaran Disney mencetuskan fenomena baharu dalam bidang ini. Lagu runut filem tersebut, iaitu You Are The Music In Me sangat popular sehinggakan diterjemahkan kepada 24 bahasa dunia. Dalam bahasa Melayu (BM), ia diterjemahkan sebagai Kau Muzik di Hatiku nyanyian Vince dan Jaclyn Victor.
- Lagu runut filem animasi Tarzan berjudul You'll Be In My Heart nyanyian Phil Collin pun sangat popular dan dinyanyikan semula oleh Zainal Abidin dalam BM dengan judul Kau di Hatiku.
- Lagu Siapa Aku nyanyian Suki pun merupakan lagu terjemahan popular daripada lagu This Is Me nyanyian Demi Lovato untuk filem Camp Rock.
- Yang terbaharu dan mungkin terkini, lagu Pergi yang diterjemahkan daripada lagu I Go nyanyian sendiri Pete Teo.
Lirik lagu boleh dikategorikan sebagai karya kreatif yang memerlukan penterjemah mahir yang mempunyai bakat semula jadi. Penterjemah lirik lagu yang mapan akan mampu menghasilkan terjemahan yang bermutu dan terkandung nilai estetika yang tinggi.
Berbeza dengan penterjemahan teks, penterjemahan lagu perlu mempunyai unsur perasaan dan menggunakan bahasa yang lebih literal, santai dan mudah difahami.
8 komen:
nak translate lagu bukan senang sebab nak pilih perkataan yang sesuai dengan lagu dengan suku kata yang sama. kalau tak, nanti lagu bunyi macam tak kena.
Salam,
Anuar,
Saya tertidur ha!ha! TV tengok saya. Menarik juga membaca mengenai terjemahan lagu ini. Saya bukanlah orang yang cenderung muzik. Namun tulisan mengenai terjemahan lagu ini membuka minda saya.
mmg pon aizat menang bcoz of 1 malaysia..sungguh tak aci.. walaupun sedih pejal dapat no 3, at least ada gak tempat dari takde langsung. boring tol malam tadi nye result.. huhu. sampaikan muzik pon nak dipolitikkan?! aiyaaaaaa
Apa-apa pun saya tetap mengkagumi Faizal Tahir :)
Tuan Adlan,
Sebab itu ada teori yang menyatakan, tidak semua orang berupaya menterjemah lagu.
Tuan Aliff,
Berminat menjadi penterjemah lagu?
Cikgu Syahidah,
Itu telahan saya sahaja. Tidak semestinya betul, tapi tidak semestinya tidak betul! :)
Cik Lily,
Saya pun teramat mengagumi kehadiran penonton di stadium itu.
betul. translate ini bukan kerja senang dan main meraban saja. dalam lagu khususnya, maksud tersirat dan tersurat dari lirik yang asal hendaklah dikekalkan untuk mempunyai nilai yang sama.
pada saya, lirik pergi adalah satu lirik yang baik dan kalau dibandingkan dgn lirik i go. ianya agak direct translate tapi feelnya dan kata-kata puitis yang dibahasaha melayukan masih lagi hebat.
Tompang... Aku bukanlah kaki muzik tapi bab kemenangan lagu Pergi ciptaan Pete Teo itu sebetulnya disandarkan pada lagu, bukannya penyanyi. AJL memberi anugerah kepada lagu terbaik bukan penyanyi. Jadi siapa penyanyi bukan satu persoalan. Pete nyanyi lagu ni dlm versi Inggeris & Aizat dalam BM. Yg penting Pergi atau I Go ciptaan Pete, anak Malaysia. Amran Omar cuma terjemahkan lagu I Go kepada Pergi. Tak salah sebetulnya melainkan lagu Pergi diterjemah dr lagu org lain... Jadi kemenangan Pergi tidak ada salahnya walaupun ia lagu terjemahan asal I Go (nyanyian penciptanya). Aku juga tidak menjangka lagu ini menang sbb aku ramalkan lagu Yuna menang. Nak tau sebab apa aku ramal Yuna, baca dalam blog aku http://mesintaipburuk.blogspot.com
tq
saya rasa memang Aizat layak pun untuk menang....
lagu tu sebenarnya bukannya pasal 1 Malaysia
kita pun tahu juara lagu tu cara pemarkahannya bukan setakat melihat lirik lagu
tetapi melihat juga kepada vokal dan persembahan
lagu Pergi tu sebenarnya susah untuk dihayati tetapi Aizat berjaya melakukannya
jadi,memang layaklah untuk lagu Pergi tu menang
mengenai faizal...vokal beliau pada malam itu tidaklah sehebat mana kerana masih lagi sakit...dan untuk pengetahuan saudara..faizal tahir tu sebenarnya anak emas tv3 juga...kalau betul sebenarnya tak dapat nombor pun malam tu...itu maybe rezeki beliau jer
Catat Ulasan