Semasa menyusun buku di kedai buku baharu ITNM, Puan Zinitulniza (bos Jabatan Komunikasi, Pemasaran & Jualan) menunjukkan cara menyusun buku yang efektif. Kaedah ini beliau pelajari semasa bersama-sama delegasi ITNM di Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt 2009 baru-baru ini. Kaedah sebegini dilaksanakan oleh pempamer penerbit antarabangsa bagi menarik perhatian pengunjung masuk ke gerai pameran mereka.
Cara menyusun buku terbaik seperti di atas ini, seolah-olah terdapat pandangan 3 dimensi (3D):
- Sekiranya kita mencari buku, adakalanya kita hanya membaca spine (tulang belakang) buku yang tertera judul buku, penulis, dan penerbit. Kedudukan kepala kita tegak semasa memandang buku ini.
- Mata kita biasanya akan cepat tertancap pada kulit hadapan buku. Pekerja kedai buku akan menyusun buku sebegini rupa hanya bagi buku pilihan atau buku terbaik.
- Sebagaimana no. 1, cuma kedudukan kepala kita menyenget. Senget kepala biasa kita lakukan di kedai buku (semasa mencari buku) kerana kebanyakan buku disusun sebegini bentuknya.
Boleh sahaja menyusun buku sebagaimana di atas ini. Lagi cepat mata tertancap pada buku itu - lagi cepat orang tertarik untuk memegang buku itu - lagi cepat orang membeli buku itu. Lebih-lebih lagi kalau kulit hadapan buku itu menarik!
15 komen:
Kita sama-sama lihat nanti di Pesta Buku Antarabangsa tahun depan. Siapa yang berubah cara susun dan siapa yang masih dengan cara konvesional
tentunya ini adalah satu bentuk seni yang perlu segera dipelajari!
saya susun buku ikut dan aje..hehehe.. paling tensen bila encik salman sibuk nak susun sama.. huhu
di rumah saya susun buku mengikut cara 1.
di pejabat saya susun mengikut cara 3.
Tapi kalau susun je cantik tp ada buku yang tak pernah dibaca - buat apa lah
Hik hik hik
Tuan Faisal,
Cuma bezanya PBAKL adalah "pesta menjual buku", bukan "pesta dagangan buku". Lain cara penyusunan buku.
Tuan Khairusy,
Disebabkan itulah kita perlu "berjalan-jalan belajar".
Cikgu Syahidah,
Encik Salman susun sekali lebih menarik daripada susun buku keseorangan diri.
Cik Hanida,
Kalau begitu, 2D lah. Bukannya 3D. :)
Tuan Anuar,
Saya suka tip di dalam entri tuan ini.Ia amat berguna untuk projek perpustakaan kami.
Saya juga ingin mencadangkan semasa Pesta Buku Antarabangsa itu nanti, ITNM mengadakan bengkel seni menyusun buku ini sebagai salah satu aktiviti untuk para pengunjung gerai ITNM.
Tuan Iskandar,
Cadangan yang menarik itu. Akan saya panjangkan cadangan ini kepada pihak pengurusan. Terima kasih.
woaahh.. masa sy kat skolah dulu jd pengawas perpustakaan.. pegi kursus susun dan tagging buku saja. takde utk marketing pun..hehehe.. neway, sy telah tag anda.. :)
Cik Rin,
Ada kursus susun buku ya? Menarik!
Bolehkah kalau saya tak jawab tag itu? Banyak lagi tag yang tak jawab lagi ini. Huhu.
tak nampak pun buku psikosemantik aku....
Tuan Azli,
Cuba kau gunakan kanta. Pasti nampak buku kau itu di rak buku aku.
ada kursus tu. termasuk coding buku yg terpakai utk seluruh dunia.. haha, tak apalah..bkn wajib pun jwb tag tu.. suka2 smpena support kempen kawan2 jer..
Alhamdulillah, saya pernah jadi guru perpustakaan dulu, dan memang meminati buku. Jadi buku-buku di rumah saya memang disusun mengkikut subjek, walaupun tidak 100% cara sistem dewey. Ini memudahkan kita untuk mencari buku yang kita kehendaki.
sama lah kita. ada koleksi buku, majalah, buku teks, yang menimbun sampai 2-3 almari dan rak. tapi tak tahu macam mana nak susun.
kalau kedai buku lain cara, perpustakaan lain cara. tapi kat rumah memang payah.. da la banyak pemilik. nak buang sayang. adoi..
tiba-tiba saja terbaca blog cara penyusunan buku ni. saya masa sekolah dulu pengawas perpustakaan, tapi tak pernah dapat pendidikan secara formal cara-cara menyusun buku. belajar sendiri je. susun dari buku saiz besar ke saiz kecil. :-)
Catat Ulasan