Ada orang mempertikaikan mengapa perlu digunakan perkataan "solat" bagi menggantikan penggunaan perkataan "sembahyang"? Malah ada juga yang menyatakan tidak ada bezanya antara perkataan "Tuhan" atau "God" dengan perkataan "Allah". Alasannya, tuhan atau god itu sekiranya disebutkan oleh umat Islam tetap merujuk kepada Allah. Betulkah?

Begitu jugalah bebelan orang, "Mengapa perlu menggunakan bahasa Arab seperti madrasah, ustaz, syariah, ulama, kitab dan lain-lain? Sedangkan bahasa Melayu sudah ada terjemahannya yang tepat."

Memang betul. Namun setiap bahasa yang berkaitan dengan Islam perlu dalam bahasa Arab. Sama ada mahu ataupun tidak, sekiranya kita membicarakan tentang Islam, dari segi ibadat mahupun tauhid, maka rujukan utamanya adalah Quran yang berbahasa Arab.

Solat: merujuk kepada ibadat yang dimulakan dengan niat dan takbiratul ihram, dan diakhiri dengan salam.

Sembahyang: Semua penganut agama bersembahyang, tetapi hanya umat Islam yang bersolat. Malah ada pendapat yang menyatakan perkataan sembahyang diambil daripada bahasa Sankrit. "Sembah": perbuatan menghormati atau memuja. "Yang": dewa. Maka sembahyang: menghormati/memuja dewa.

Maka rasanya tidak perlu lagi diperdebatkan mengapa perlu menggunakan bahasa Arab sekiranya merujuk kepada Islam.

8 komen:

Tanpa Nama berkata...

oranglain pun nak pakai nama 'Allah' dalam gereja dorang.. camana teww bangg

jane berkata...

salam nuar,

solat lebih afdal kut!!

hans berkata...

yeah
solat lebih afdal
sebab kalau sembahyang = sembah yang
so,terima jerlah perkataan solat tu dan praktik kan dalam kehidupan

elmaaniq berkata...

Komen dari En Othman Abdul Rahim (Rakan FB saya)-
"60an - Pertandingan Membaca Al-Quran. 80an - Musabaqah. 90an - Tilawah. Dulu buka puasa, sekarang dah iftar. Dulu sembahyang, sekarang Solat. Tak lama lagi ada PPSMA. Hehehe"

Komen tambahan dari saya - "dulu babi sekarang khinzir"

Komen tentang entri - "benarlah, sembahyang tak semestinya solat, tetapi solat itu sudah tentu tiang agama yang diperintahkan oleh ALLAH.

Apa yang terkandung dalam Kamus Dewan?

muqayankabut berkata...

Salam Tuan Anuar,

Perkataan arab itu hanya untuk indah dan menampakkan lebih keislaman tetapi amalnya tetap sama.

Gunalah perkataan sembahyang atau solat tetap juga sama merujuk perkara yg sama.

Saya lebih suka Sembahyang mudah untuk difahami maksudnya.

Unknown berkata...

Yginsaf,
Saya tak boleh berkata lanjut. Nanti kena caj menghina mahkamah. Mahkamah belum muktamad memutuskan lagi.

Cikgu Jane,
Ya lebih afdal.

Tuan Hans,
Mari kita uar-uarkan sebagaimana kempen 1Malaysia!

Tuan Faisal,
Bagus analogi yang tuan berikan.

Dalam Bar Gelintar Dewan Eja, sembahyang ada dua maksud; 1. Kepada orang Islam. 2. Kepada bukan Islam. Kalau solat khusus untuk umat Islam sahaja.

Tuan Muqay,
Saya bukan pakar agama mahupun alim ulama, tetapi menurut mereka yang faqih dalam Islam, perkataan bahasa Arab paling tepat merujuk kepada agama Islam.

Admin berkata...

vote....!!!!

solat?
&
sembahyang?

eiffa akmal berkata...

kena mula banyak2 kan mengguna perkataan solat...selalu campur aduk...insyAllah.. :)