MPH menerbitkan majalah MPH Quill keluaran khas ini sempena Ubud Writers & Readers Festival 2009 di Bali, Indonesia.

Festival ini dianjurkan sebagai reaksi kepada pengeboman Bali pada 2002. Apa kaitannya antara peristiwa berdarah itu dengan festival penulisan dan pembaca?

Natijahnya, selepas festival ini diadakan pada 2004, ia berjaya membantu meningkatkan ekonomi Bali. Yang paling penting, festival ini menjadi perhimpunan kesusasteraan yang paling besar dan berprestij di Asia Tenggara, malah di dunia pun.

Naskhah MPH Quill keluaran khas ini diterbitkan dengan kerjasama ITNM. Ia boleh secara percuma di kedai buku MPH terpilih (Mid Valley, 1 Utama, Subang Parade, KLIA) dan sudah tentu di festival tersebut pada 7-11 Oktober 2009.

9 komen:

Tanpa Nama berkata...

ingatkan nak gi bali ghitewww..

JHaZ KiTaRo berkata...

salam ramadhan dari pelajar di bumi eire.. blog hopping.. :) rajin2, sila laa lompat ke blog hamba..

mariahsj berkata...

Saya ada baca tentang seorang penulis wanita berkulit putih (dari Australia kot) dan berkahwin dengan orang Bali lalu menetap di sana. Dia memulakan festival ini kerana minatnya pada dunia penulisan. Tak ingat pula namanya.
Tak pergi ke?

mariahsj berkata...

Nak join twitter tapi takut tak sempat nak layan facebook dan blog macam anda.

Unknown berkata...

Yginsaf4,
Kepingin juga ke sana.

Tuan Jhaznarul,
Insya-Allah.

Puan Zaiton,
Janet De Neefe kah? Sangatlah mahu pergi ke sana, cuma belum berkesempatan sahaja.

Sertailah Twitter, masa boleh sahaja dicari. :)

fusarium solani berkata...

Salam,

Anuar,

Agak-agak kalau di Malaysia boleh tidak festival ini hidup? Anuar, cuba lihat nasib Kampung Buku?

Fikirku, kamu ke sana!

Pok Li berkata...

Tertarik dengan paparan baru

Unknown berkata...

Tuan Fusarium,
Insya-Allah boleh. Asalkan ada sinergi baik daripada semua pihak.

Tuan Pok Li,
Maka perlulah beli:)

Khairusy Syakirin Has-Yun berkata...

nak kena pergi mph ni...