KUALA LUMPUR:, 16 Jun (Bernama) -- Penjawat awam dilarang menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke internet kerana ia melanggar Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam secara dalam talian seperti newsgroup dan bulletin board, menggunakan kemudahan "chatting" melalui internet, menggunakan kemudahan internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersil dan politik.
Selanjutnya di Berita Harian.
1. Chatting
Saya menggunakan Yahoo Messenger! (YM) di pejabat. Tidak dinafikan adakalanya digunakan untuk berborak dengan rakan-rakan.
Malah selalu juga saya menggunakan kemudahan ini untuk memberikan penerangan berkenaan hal penerbitan ataupun yang berkaitan dengan ITNM kepada mereka yang bertanya.
Di tempat kerja rakan-rakan saya seperti di Exxon Mobil mahupun DiGi, mereka mempunyai program chatting khusus untuk berurusan atau "berbual" sesama rakan sekerja. Sekali gus mengurangkan bil telefon dan masa yang dihabiskan untuk berbual atau berbincang di telefon.
Setiap hari saya buka YM, tetapi tidak lalai pada tugas hakiki pejabat.
2. Memuat naik/Memuat turun
Saya ada akaun YouTube. Dahulu digunakan untuk meuar-uarkan berkenaan persembahan gamelan di UIA, tetapi kini lebih memuat naik visual berkaitan ITNM.
Kadangkala saya membuka YouTube, tetapi tidak lalai pada tugas hakiki pejabat.
3. Mel elektronik (e-mel)
Saya ada e-mel rasmi ITNM. Setiap hari, selain membuka anuar@itnm.com.my, saya turut membuka anuarmanshor@gmail.com. Ada kalanya terpaksa menggunakan e-mel peribadi untuk mengirimkan e-mel yang mengandungi dokumen yang berkapasiti tinggi.
Malah, segala bahan terkini (update) daripada Facebook disalurkan kepada Gmail. Tidaklah sesuai disalurkan kepada e-mel rasmi.
Setiap hari saya membuka Gmail, langsung tidak lalai pada tugas hakiki pejabat.
4. Newsletter/Bulletin board
Saya andaikan seperti Facebook dan Friendster. Walaupun di pejabat, laman ini senantiasa saya buka selain e-mel ITNM, Gmail, YM, dan blog.
Di Facebook saya terdapat kumpulan ITNM yang kini terdapat 253 ahli. Di sini, saya menyalurkan maklumat berkenaan ITNM sama ada promosi program, buku, atau berbincang isu-isu tertentu.
Dengan Facebook ini juga, saya selalu melayan mereka yang mahu berurusan dengan ITNM. Ada yang dari Qatar, Dubai dan negeri di dalam negara.
Setiap hari saya membuka Facebook, langsung tidak lalai pada tugas hakiki pejabat.
5. Blog
Blog ini memang jelas milik peribadi. Tidak ada kaitan dengan organisasi tempat saya kerja. Segala yang ditulis di sini bukanlah "suara rasmi" daripada ITNM.
Saya mendapati hampir kesemua blog yang saya baca, rata-rata menceritakan tentang tempat kerja mereka, sama ada memuji ataupun mengkritik; yang secara tidak langsung mempromosikan organisasi tersebut.
Malah saya menganggap membaca blog orang lain merupakan salah satu aktiviti membaca yang sudah tentu menambahkan maklumat. Hampir semua orang dapat membaca pantas (speed reading) dengan membaca bahan di skrin komputer. Maka sekiranya staf penuh dengan input maklumat, sudah tentu bagus untuk organisasi.
Setiap hari saya membuka blog, langsung tidak lalai pada tugas hakiki pejabat.
Inilah laman (klik untuk imej lebih besar) yang saya buka sebaik sahaja membuka komputer pada setiap pagi di pejabat; Gmail, Zimbra (e-mel rasmi), blog, Facebook, dan YM.
9 komen:
hmmm...
Saya pun setiap pagi buka gmail, zimbra, blog & FB. Dan saya juga gunakan YM. Berguna kan, macam waktu boss saya cari buku dari ITNM dulu. Saya boleh terus YM encik. he he he..
Oh, semua tu juga tidak melalaikan saya, dan kerja saya tetap beres.
pejabat saya, kalau ada sekatan penggunaan internet dan aplikasi YM serta lain-lain, kami semua balik rumah. Kerja memang takkan siap.
ada pengecualian tu...
Apa lagi agaknya akan disekat selepas ini ye? :D
Cik Hanida,
Rasanya ada manfaat dan keburukan, tetapi lebih baik ambil yang manfaatnya.
Puan Imm,
Pada zaman kini, segala teknologi adalah keperluan. Lebih baik YM daripada bersembang sambil mengumpat.
Tuan Azli,
Kau termasuk dalam pengecualian itukah?
Puan Fizahanid,
Mungkin juga nanti dilarang menggunakan telefon bimbit pula.
sy plak sentiasa bukak semua tu bila balik skola..ekekek..kat skola tak sempat sbb masa terluang cikgu wajib digunakan untuk menanda buku dan merancang pengajaran esok hari..hehehe.. jadi takde chance utk lalai..wakkakkaka
ha.ha.
Di sekolah tiada komputer.
Makanya, sokonggg usul Najib.
najib x bg bukak tu kerna yg guna capaian internet tgok blog pmbangkang, tu yg masalahnya
Puan Mamida,
Cikgulah bakal Guru Cemerlang! Insya-Allah.
Cikgu Shahriah,
Ini ada undur bias. huhu
Tuan Boust,
Wallahua'lam. Boleh jadi ya, dan sebaliknya.
Catat Ulasan