
Cuti sekolah sudah berakhir. Semalam saya lewat 15 minit tiba di pejabat walaupun keluar rumah pukul 7.05 pagi. Sepatutnya tiada lagi ibu bapa yang bercuti.
Di tingkat bahagian saya kini, cuma ada enam orang.
Di setiap tingkat juga, semua staf ITNM berwajah "ketat". Mungkin dalam tekanan kerja, tetapi yang pasti semuanya dalam kebosanan.
Di sinilah saya semakin meyakini tulisan Shaharom TM Sulaiman di Kosmo minggu lalu; Organisasi menjadi hebat jika mendapat sinergi penuh oleh manusia, tetapi menjadi lebih hebat sekiranya dapat mendepani zaman.
* * *
Sehingga Rabu, kumpulan pertama staf ITNM di Port Dickson untuk kursus motivasi. Saya pula ke sana bermula Khamis.
0 komen:
Catat Ulasan