Emak, Abah, Abang, dan Nur memakai kaca mata. Nur tidak menggunakan bantuan kaca mata lagi. Tidak cantik katanya.

Keluarga mentua: Baba, Mama, Umi, Amran, dan Isteri memakai kaca mata.

Tahap rabun jauh mata saya pun semakin teruk. Kalau tidak memakai kaca mata, hendak merapikan janggut pun perlu melihat dekat-dekat dengan cermin.

Niswan, teman sebilik di UIA, lulusan sains biologi (kini di IJN), pernah memberikan petua. Katanya kalau saya kerap memakan lobak, ia akan membantu memulihkan tahap penglihatan saya. Maka selalulah saya memesan air lobak sekiranya makan di "Kubur" (hanya teman se"UIA" yang tahu tempatnya).

Kaedah memulihkan tahap penglihatan dengan memakan lobak sebenarnya dipopularkan semasa Perang Dunia Kedua. Juruterbang Royal Air Force (RAF) British pada masa itu perlu memakan lobak untuk mendapatkan penglihatan yang jelas untuk menembak musuh dan keupayaan melihat pada waktu malam (night vision).

Namun ada dakwaaan yang menyatakan itu hanya taktik pengaburan musuh kerana RAF mahu menyembunyikan teknologi radar yang mereka miliki.

Memang benar lobak mengandungi beta karotena yang tinggi dan sebatian hidrokarbon yang menghasilkan vitamin A. Kandungan yang terdapat di dalam lobak ini dapat membantu mata mudah mengadaptasi dalam kegelapan dan memelihara sel mata dalam keadaan baik. Malah ada penyelidikan yang membuktikan kandungan lobak ini boleh mencegah "rabun ayam" (rabun malam) dan risiko kemerosotan makula yang berkaitan dengan keupayaan visual.

Namun kajian itu menyatakan semua itu boleh berkesan sekiranya melibatkan pemakanan lobak dalam jumlah yang besar. Mungkin berkilo-kilo lobak perlu dimakan untuk mendapatkan semua kesan positif itu. Sudah tentu mengganggu diet manusia biasa.

Janganlah berharap dapat memiliki mata seperti helang sesudah memakan sebatang lobak walaupun memang benar lobak boleh menyihatkan mata.

Sekarang pada waktu malam, mata saya asyik terkebil-kebil pula sebelum tidur. Isteri berkonvensyen empat hari.

18 komen:

fadz berkata...

Kalau saya nak hantar cerpen sains saya, boleh tak?

Unknown berkata...

Fiksyen sains bukan? Amatlah dialu-alukan.

hans berkata...

apa khasiat brokoli plak?
huhu

Unknown berkata...

Tuan Hans,
Brokoli? Makanan orang kaya itu ya. Bacalah Dewan Kosmik:)

jane berkata...

salam nuar,

hehe...the key of the article is at the end of it...bini x ada rupanya....!

sabar ek malam jemahat nih.

Unknown berkata...

Cikgu Jane,
Haha.

Unknown berkata...

Yang baik utk mata sebenarnya blackberry/blueberry.

Tanpa Nama berkata...

Saya menulis komen ini dalam blog saudara Azli, Encik Anuar, apa yang berlaku sebenarnya terhadap Saudara Azli hingga beliau mengatakan Ada Politik Dalaman.


POLITIK KOTOR DAN JIJIK SESEKALI MENJAHANAMKAN ORANG TIDAK BERDOSA.


Daripada maklumat yang saya perolehi, ada cubaan menjatuhkan Saudara Azli, hal ini kerana faktor dengki staf-staf lama di Bahagiannya. Saya sedang mengikuti perkembangan ini dan mendedahkan dalam masa terdekat. Saya mengetahui politik dalaman yang menimpa saudara Azli pada minggu lepas sebelum aidiladha, melalui seorang pegawai kanan di DBP.

Percayalah, bukan sahaja usahawan Melayu Mencari Jalan Pulang, tetapi beberapa kerat pegawai lama yang dengki dengan pegawai baru akan menemui jalan pulang mereka.

Dato Adil
Bangsar, KL.

Unknown berkata...

Puan Zaharah,
Lama tidak "bertemu". Saya pernah memakan blueberry, tetapi kurang berkesan juga. Mata memang sudah teruk agaknya.

Dato' Adil,
Maaf ya. Kami membuat andaian, tuan adalah orang dalaman DBP.

Ticer Syah berkata...

mmg patot tkebil2 pong.. bantal peluk takde di sisi.. kekekek

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Banyak juga mengira burung di atas kepala.

Marliza Radzi berkata...

alhamdulillah mata saya okay.

*suami saya juga di konvensyen itu.

Tanpa Nama berkata...

kalau macam tu kita kenalah amalkan mencegah lebih baik daripada mengubati kan?

kalau nak hantar karya, hantar melalui email mana?

Unknown berkata...

Puan Am,
Saya agak cemburu dengan mereka yang tidak berkaca mata.

Puan Ainunl,
Ya betul.

Sila kirimkan ke khairulanuar@dbp.gov.my.

Nida Shaari berkata...

Saya juga cuma mula makan lobak setelah memakai cermin mata.

Itupun sekadar tambahan warna dalam masakan dan kadang-kadang buat basahan tekak

Mana nak berkesan, kan?

Unknown berkata...

Cik Madu Lebah,
Terasa rugi nikmat Allah sudah ditarik, bukan?

3p4h berkata...

Sebagai seorang pelajar Dietetik, saya ingin mengiakan entri ni. Hehehee...

Tapi kalau sudah rabun, nak pulih semula memang sukar. Itulah kekuasan DIA.

Unknown berkata...

Cik 3p4h,
Apabila sudah ditarik nikmat-Nya, perlu difahamkan "maksudnya".