Rasanya semua orang boleh melihat urat di leher atau tangan orang lain yang seolah-olah berwarna biru. Ataupun lihat urat tangan sendiri boleh nampak warnanya biru.

Pertama kali doktor mengambil darah saya pun, dia akan cucuk jarum di urat yang berwarna biru. Peliknya, darah yang mengalir di dalam tiub tetap berwarna merah. Mula-mula saya sangka memang darah berwarna biru apabila berada di dalam badan, dan berubah menjadi merah apabila terkena udara. Rupa-rupanya auta.

Saya tetap tidak memahami sebab darah kelihatan berwarna biru di dalam kulit. Kalau ditanya kepada orang dewasa, tentu jawapan klise yang diberikan, "Itu kuasa Allah!" Memanglah.

Ada satu kajian yang dijalankan oleh pakar di Ontario Laser and Light Wave Research Centre, Kanada, menjelaskan apabila cahaya memancar ke kulit putih dalam jangka masa yang lama, "gelombang" berwarna merah akan terus menyerap di dalam urat darah.

Hukum cahaya; sudah tentu cahaya akan memantul semula seperti bunyi. Cahaya yang menyerap ke dalam urat darah itu akan memantul semula melalui kulit sehingga menampakkan warna seperti biru ungu. "Gelombang" inilah yang menyebabkan darah di dalam kulit kelihatan benar-benar berwarna biru.

Namun tidak semua urat seseorang akan kelihatan biru. Bergantung pada warna kulit. Sekiranya kulit "kurang cerah", anda tidak berpeluang melihat sendiri eksperimen ini. Minta maaf.

14 komen:

hans berkata...

urat saya nampak macam warna hijau...
macam mana tu?
adakah saya alien?
tetiba jer kan
haha

jane berkata...

salam....

seperti saya hitamnya...mati hidup semula x mungkin ketemu urat biru itu. tidak seperti suami...

Ticer Syah berkata...

saya nampak kaler biru n hijo.. hehe

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Saya juga ingin tahu tentang misteri kejadian ' tahi lalat'? Oh ya, mata saya ada color biru juga. hehehee

Ticer Syah berkata...

saya pon ada tahi lalat.. kata orang kalau tahi lalat idup wajib dibuang.. betol ke? eh.. off topic nih.. hehehe

Unknown berkata...

Tuan Hans,
Tercampur DNA Swamp Thing agaknya!:)

Puan Jane,
Doktor juga yang pakar untuk menemui urat itu.

Puan Mamida,
Sama dengan Tuan Hans ya!

Tuan Rozlan,
Ada darah "orang putih" kah? Berkenaan tahi lalat, rasanya macam pernah terbit di Dewan Siswa.

Pok Li berkata...

Salam Singgah dan Salam Idul Adha.

Unknown berkata...

Tuan Pok Li,
Salam Eid. Terima kasih.

Marliza Radzi berkata...

haah selalunya orang cerah barula nampak urat dia.

tapi urat saya macam kaler hijau. mungkin sebab saya kaler kuning?

Unknown berkata...

Puan Am,
Banyak orang kata berwarna hijau. Mungkinlah...Kuning + merah=hijau kot.

rossees berkata...

salaam...
pernah jugak terfikir pasal ni.. sekarang baru tahu..tq! alhamdulillaah.. kosmik suke beli masa sekolah menengah dulu..

mnr berkata...

nuar..dulu urat aku nampak warna hijau..tapi sekarang dah tak nampak sebab kulit dah makin gelap..haha

Unknown berkata...

Tuan Bazla,
Sekarang baca Dewan Kosmik lagi?

Tuan Nadmin,
Tidak mengapa, hitam itu menawan!

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ