Dahulu saya pernah membaca Dewan Siswa. Itupun Abang bawa pulang ke rumah kerana sekolahnya, Sekolah Alam Shah, memang diberikan percuma kepada setiap pelajar. Tahulah juga kewujudan Dewan Pelajar, tetapi tidak pernah membacanya dahulu.

Di UIA, barulah berjinak-jinak membaca Dewan Masyarakat. Itupun sebab mahu "menembusi kubu kukuh" editorial supaya dapat menerbitkan artikel saya. Sepanjang di UIA, pernahlah sekali artikel berjaya diterbitkan di dalam Dewan Masyarakat, yang lain semuanya di dalam Minda. Syukurlah...

Bemula Januari 2007, semua majalah itu diperoleh percuma. Di dalam laci pejabat penuh dengan sembilan majalah DBP, terbaharu Tunas Cipta yang diterbitkan semula, bermakna sudah ada 10 majalah DBP termasuk tiga jurnal. Sengaja tidak mahu dibawa pulang ke rumah. Khuatir nanti ghaib tanpa disedari (mislay).

Biasanya kami akan memperoleh semua majalah itu antara 25-30 hari bulan pada setiap bulan. Ucapan yang biasa didengar semasa diberikan majalah, "Tahniah, Cantiklah kulit, Wah cepatnya siap!" Semua di Bahagian Majalah, tidak kira editorial majalah itu, editorial majalah lain, dan kakitangan pentadbiran akan membelek majalah-majalah yang diberikan.  

Kami akan membaca artikel-artikel yang menarik dahulu. Kemudian akan dicari kesilapan sama ada dari segi ejaan, tatabahasa, dan fakta. Yang terakhir, akan dikritik sekiranya reka bentuk majalah tidak menarik. Dalam masa dua hari, ada sahaja yang datang ke meja editorial untuk memberikan ucapan penghargaan ataupun kritikan.

Itulah aktiviti pada setiap hujung bulan di Bahagian Majalah tingkat 20 bangunan DBP. Ada yang sudah 15 tahun di bahagian ini...

9 komen:

mariahsj berkata...

21 tahun pun ada..belum tolak cuti yang pelbagai. Bagaimanapun, tahniah kerana berjaya menjadi editor yang baik. Teruskan usaha dan jadilah yang terbaik...

Unknown berkata...

Kak Zaiton,
Manalah boleh ditandingi kepakaran orang lama seperti Kak Ton.

Mohd Faizal berkata...

Saya adalah antara ribuan peminat majalah-majalah DBP..walaupun tidak melanggan, saya mempunyai beberapa naskhah Dewan Masyarakat tahun 1992..
Koleksi yang sangat berharga!

http://mundarmandir2.blogspot.com/2008/06/bila-pulang-ke-kampung.html

Unknown berkata...

Tuan Faizal,
Saya percaya saudara antara individu yang mengimarahkan penerbitan ilmiah di Malaysia.

Unknown berkata...

Rasa segan pula dengan tuan editor. Almaklumlah, saya menulis simpang perenang sahaja bahasanya :D

Tanpa Nama berkata...

Majalah oh Majalah, Di Mana Kau Berada.


Encik Anuar, saya berusaha sesungguhnya untuk mendapatkan majalah dengan jumlah banyak, (Majalah Kosmik)tetapi hanya ada 5 nashkah sahaja yang saya perolehi. Apabila ditanyakan kepada kedai untuk mendapatkan nashkah yang banyak, pihak kedai kata tak ada. Apabila staf saya tanya kalau nak banyak sikit, dia kata memang ini sahaja majalah....
Sampai tak terkata saya, susahnya nak beli majalah sekarang....
Nak beli banyak pun susah...
nak beli banyak pun susah...
Paling sedih, nak tak nak saja melayan apabila kita membeli dan bertanya majalah.
(Itulah penjelasan staf saya)

Soalan Saya Kepada Encik Anuar Yang Budiman.

Adakah memang telah ditetapkan jumlah cetakan setiap bulan dan tidak boleh ditambah, misalnya apabila kita membeli sehingga angka 100 nashkah?

Dikedai manakah majalah ini paling banyak dijual?

Majalah saudara kali ini amat baik bagi saya.

Penilaian Saya Seikhlasnya

Kosmik 5 Bintang
Ekonomi 5 Bintang
Budaya 5 Bintang
Bahasa 5 Bintang
Siswa 5 Bintang

(Nasib baik ada 1-3 nashkah majalah ni di kedai, kalau tidak tak dapatlah saya membaca)

Majalah lain patut contohi majalah-majalah hebat termasuk majalah saudara ini.


Ikhlas,

Unknown berkata...

Puan Zalisa,
Walau bagaimanapun, tahniah dan terima kasih kerana menambahkan blog yang berbahasa Melayu.

Dato' Adil,
Majalah DBP tidak seperti Remaja ataupun Pengantin yang "menggunung" di kedai majalah@buku.

Memang kebanyakannya mengambil lima nashkah sahaja bagi setiap majalah. Sebabnya ada isu penjualan tidak adil kepada penjual yang ditetapkan oleh syarikat D.

Sekiranya Dato' Adil mahu membeli dalam kuantiti yang banyak, boleh maklumkan kepada kami. Kami akan mendapatkan jumlah itu daripada kilang pencetak.

Terima kasih.

Marliza Radzi berkata...

best nya dapat percuma!

Dewan Pelajar adalah bacaan wajib saya masa sekolah rendah :D

Unknown berkata...

Puan Am,
Kini membaca apa pula?ngehe