Bangun sahaja pagi, Isteri terus mengeluh, "Kepala saya peninglah!" Secara automatiklah saya terus mengemas cadar katil. Saya memahami punca keadaannya sedemikian.

Sebelum tidur dia kata dengan nada risau, "Esok saya ada mesyuarat dari pagi sehingga ke petang, mesyuarat dengan bos-bos."

Sebelum itu, saya pun berkata sedemikian pada malam Ahad, "Saya tertekanlah mesyuarat tiga hari berturut-turut."

Blog ini jarang dikemas kini kerana saya ada banyak tugasan. Mesyuarat tiga hari, kemudian berkursus tiga hari.

10 komen:

Marliza Radzi berkata...

bagus bagus, tolong Fadhilah selalu :)

Unknown berkata...

Puan Am,
Memang selalu menolong pun.

Tanpa Nama berkata...

Bagus Encik Anuar, saudara seorang suami baik daripada pemerhatian saya. Menurut seorang kawan saya, bekas pengarah bahagian, saudara amat baik dalam agama. Teruskan jadi suami baik.


cuma saya minta tolong untuk kebaikan bangsa....

Harap Dapat Disampaikan Kepada Majalah Masyarakat.


Ubahlah bahasa dan penulisan anda, hadirilah kursus-kursus bahasa dan janganlah berbahasa seperti orang bodoh.
Kalau tidak lebih baik anda masuk lubang tikus dan makan tikus. Saya Balik dari China beberapa minggu lalu dan tikus antara resepi popular di China. Jadi lebih mereka cari tikus di China kalau berterusan dengan gaya penulisan begini.
Maaf emosi, tetapi saya tidak sanggup melihat majalah yang mendukung perjuangan bahasa atas nama DBP berbahasa tidak sebaiknya. Amat mengecewakan dalam keadaan nasib bangsa kita yang sering diperlekeh bahasanya termasuk terbaru di Pulau Pinang.

Unknown berkata...

Dato' Adil,
Berkenaan Dewan Masyarakat, ada pelbagai cabaran yang mereka lalui. Saya teringat kata-kata bos Karangkraf, "Kalau mahu maju dalam penerbitan majalah, perlu 'lari' daripada politik." Politik itu banyak maksudnya.

Tanpa Nama berkata...

Masalah dewan masyarakat adalah kerana kelemahan sidang editornya. Contohnya Encik Zaidel penakut untuk menyiarkan dalam blognya komen daripada orang luar. Saya sendiri sebagai sebahagian daripada DBP amat kecewa dan sekarang sedang memerhatikan perkara ini. Sebelum pun blogger-blogger lain seperti dotoadil menyatakan pandangannya, perkara ini telah lama menjadi perbincangan. Saya turut mengenali"datoadil" dan saya mengetahui dan dia mengetahui saya. Datoadil bukan sembarangan orang kerana semangatnya dalam bahasa sangat tinggi walaupun beliau seorang ahli korporat terkenal dan tersohor.

Majalah ini juga ketinggalan kerana tidak mempunyai blog seperti majalah lain. Kalau tiada blog maknanya goblok belaka.

Persoalan yang perlu dijawab...
Siapa disebalik Dewan Masyarakat?
@
Perlukah rombakan dilakukan?

Unknown berkata...

Anak Buah Johan Jaafar?,
Mungkin kalau mahu dibandingkan Dewan Masyarakat dengan Time ataupun Newsweek, tidaklah adil bukan?

shahrul manshor berkata...

kenapa fadilah pening 2???

Unknown berkata...

Abang,
Biasalah perempuan...

art_iswork69 berkata...

Ala Nua, Aku tau ko takut Bini! hahaha.. aku nak cite ngan mumu la.

Unknown berkata...

Iwan,
Mumu memang sudah lama takutkan bini. Aku masih lagi "under control". Kau pasti jadi juga akan datang!haha