Cemburunya semasa membaca laporan berkenaan kejayaan India menerbangkan pesawat tanpa angkasawan ke bulan. Baca Utusan.

Kagum dengan kejayaan mereka. Tidak pastilah sama ada pesawat itu dihasilkan sepenuhnya menggunakan kepakaran anak tempatan India, ataupun masih bergantung pada negara lain. Dengan sangka baik, Chandrayaan-1 mungkin "Made in India" kerana menggunakan bahasa rasmi mereka.

Yang kedua, pelancaran pesawat itu dilakukan di bumi India. Setakat ini, Rusia, Amerika Syarikat (AS), China dan India sahajalah yang mampu melancarkan pesawat/kapal angkasa lepas di negara sendiri.

Hasilnya, keempat-empat negara itu menjadi "kuasa dunia". Itu yang AS mahukan daripada bidang angkasa lepas. Mungkin yang kita faham, kuasa dunia itu dari segi ekonomi. Namun saya suka untuk menyatakan kuasa dunia itu bermaksud mereka menguasai ilmu.

Memang nyata bidang angkasa lepas merupakan bidang ilmu yang paling mahal yang tidak dapat dilakukan oleh semua negara/orang. Hasil penyelidikan di sana pula memang memberikan manfaat besar kepada penduduk bumi, sudah tentu menguntungkan.

Usahlah dengan pemberian Datuk, Mejar dan pingat tentera kepada angkasawan-angkasawan negara sudah dianggap "membalas jasa" kerana mengharumkan nama negara. Pemberian itu terlalu individual, sedangkan pencapaian dalam bidang angkasa lepas sepatutnya lebih menyeluruh.

Pada saya, lebih baik pembangunan bidang ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh, sekiranya mahu membentuk tamadun Melayu.

9 komen:

Tanpa Nama berkata...

Program angkasalepas India rancak sejak A.P J Kalam menjadi presiden India ke-11. Beliau berjaya menjadi idola terbaik dlm S&T menggabungkan teknologi tinggi dan memberi ransangan baru serta membentuk jatidiri untuk memajukan bangsa kepada anak muda India. Di negara-negara maju warga India (banyak yg mendapat PR) semakin ramai memegang jawatan-jawatan penting dalam sains dan teknologi di universiti terkemuka dunia dan sebahagian mereka ada yang telah menerima Nobel Prize (sebelum Kalam jadi presiden lagi)..Di Montreal tmpt saya tinggal skrg, sebuah universiti terkenal di sini di fakulti kejuruteraanyanya, lebih separuh pensyarah mereka dari India tidak termasuk penuntut2 post graduate..

Inilah kesan yang telah dan sedang diusahakan oleh APJ Kalam yang sebahagiannya terkandung dalam buku kecil tulisan beliau berjudul
'Ignited Mind, Unleashing the Power Within India'

http://mundarmandir2.blogspot.com/2008/07/rak-baru.html

Marliza Radzi berkata...

wah hebatlah India!

Ticer Syah berkata...

india mmg hebat.. hehe.. tapi kat malaysia indian tak boleh nak perform sebab diaorang nak study kena cari duit sendiri, takde biasiswa (ini yg dialami oleh kawan india saya )
kawan saya ni anak dia belajar medical di india, kawan saya kena sediakan sejumlah wang yang sanagt2 banyak untuk anak dia study medical kat sana. kesian...skarang ni dia dah hantar anak dia ke indonesia pulak sbb fees nye murah sikit.
kalau la pendidikan diberikan biasiswa secara purata. wajib anak melayu ketinggalan.. huhu..

eh...lari topik?

SITI berkata...

Owh, saya juga rasa sangat cemburu. Saya cemburu kerana saya selalu rasa ingin ke bulan. :)

Unknown berkata...

Tuan Faizal,
Kalam yang berlatarbelakangkan sains memang banyak membantu merangsang kemajuan sains di India.

Ditambah pula dengan semangat juang hidup (survival) rakyatnya, menjadikan India kini dipandang "kuasa baharu".

Puan Am,
Kita pun boleh jadi hebat. Itupun kalau kita mahu, kan!

Puan Mamida,
Sewajarnyalah kita bersyukur kerana diberikan pelbagai peluang. Kita rasa kita tidak bertuah, apabila difikir-fikirkan, banyak lagi yang tidak bertuah. Namun kita perlu berubah, kan!

Cik Siti,
Itu macam dialog Sheikh Muszaphar sahaja.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Malaysia; harap jangan menanti bulan jatuh ke riba. Perlu juga turut bersaing.

Unknown berkata...

Tuan Rozlan,
Malaysia sebenarnya boleh. Sama ada mahu ataupun tidak sahaja.

Tanpa Nama berkata...

MALAYSIA DAN ISU ANGKASAWAN

Salam Hormat Dan Selamat Sejahtera

Laporan Sebuah akhbar semalam tatkala saya baru sampai dari China atas lawatan perniagaan amat mendukacitakan. Menurut berita dalam akhbar itu, Angkasawan kita mengenakan bayaran sehingga RM 8000 (Lapan Ribu) untuk setiap satu jam berceramah.

Ini belum campur lagi segala kos penginapan dan seumpamanya. Jika hal ini betul dan ilmu yang diperolehi angkasawan itu yang dimilikinya atas wang rakyat dulu, amat mendukacitakan kita. Saya bukan menuduh, cuma bersandar pada laporan akhbar berkenaan.

Inilah sikap orang kita, dengan gelaran Angkasawan, yang bukan lama sangat pun di angkasa, jika ditolak masa siaran langsung yang saya tak nampak apa manfaatnya, maka jangan menyimpan impian untuk kita terus maju dalam bidang ini. Sedih dan amat mendukacitakan sekali.

Dato Adil
Kuala Lumpur.

Unknown berkata...

Dato' Adil,
Sekiranya benar, saya ada dua pandangan. 1-Bayaran itu mungkin terlalu tinggi. 2-Bayaran itu memang wajar diberikan untuk seorang yang bergelar angkasawan (walaupun didana sepenuhnya oleh kerajaan).

Terbaca Utusan minggu lalu yang menceritakan jutawan AS yang membayar lebih AS$100 juta untuk melancong 12 di ISS.