Mungkin inilah bentuk dakwat yang sudah dibeli oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menurut laporan The Star pada 1 Februari 2008, SPR akan membeli 48 000 botol dakwat dengan kos RM 2.4 juta. Manakala dalam Utusan Malaysia pada hari ini, melaporkan SPR sudah mengimport 30 000 botol dakwat dengan kos RM 1 juta.
Dakwat kekal atau indelible ink sudah diaplikasikan di India, Indonesia, Filipina dan beberapa negara membangun. India sudah menggunakan dakwat ini dengan sepenuhnya, manakala Indonesia baru menggunakan semasa pilihan raya Acheh baru-baru ini.
Indelible bermaksud tidak boleh dihilangkan atau dipadam.
Dalam Utusan Malaysia;
Kata Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman mengulas berkenaan jumlah wang yang telah dibelanjakan SPR bagi membeli dakwat kuku itu yang diimport dari India, beliau berkata, "Ia tidak terlalu banyak."
Apa kata dakwat itu diberikan kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) untuk mencetak kertas soalan peperiksaan? Jadi, pelajar-pelajar tidak perlu membayar yuran sekolah lagi (baca yuran peperiksaan).

5 komen:
PERHATIAN: Hanya orang Malaysia saja yg boleh ditipu bila guna dakwat ini dalam pilihan raya. Orang di India, Indonesia, lebih pandai.
Bilalah Malaysia nak sebijak Indonesia, India ya?
:)
macam manalah rupa 1 juta ringgit? tak tercapai akalku.
Nazmi,
Utusan semalam ada cerita e-undi. 4 tahun lagi agaknya...
Am,
RM 1,000,000.00.
Catat Ulasan