Rasanya hampir setiap minggu ada sahaja surat berangkai yang diterima. Saya ingat lagi semasa di sekolah, surat berangkai masih lagi menggunakan kertas biasa yang difotostat. Biasanya diedarkan di masjid atau surau. Kini surat berangkai sudah lebih maju, iaitu dengan menggunakan e-mel. Kadangkala yang mengirimkan surat ini adalah rakan sendiri. Huh!
Sebenarnya wujudnya surat berangkai pada 1920-an adalah bertujuan untuk bergurau. Antara bentuk mesej surat berangkai, "Buat salinan mesej ini dalam masa 24 jam dan kirimkan kepada sembilan orang. Jangan putuskan mesej ini atau anda akan ditimpa nasib malang selepas sembilan hari." Walaupun asalnya bertujuan sebagai hiburan, surat ini sudah menjadi ancaman yang menyebabkan banyak orang khuatir lalu terpengaruh. Masakan tidak terpengaruh, ada yang menggunakan nama seperti "Penjaga Kaabah", "Imam Masjid Haram", pemimpin politik dunia dan lain-lain.
Di Friendster pula, banyak rakan yang mengirimkan mesej supaya menyebarkan ayat-ayat persahabatan bagi menunjukkan kesetiaan. Sekiranya mesej itu kembali kepada pengirim itu semula, ia menunjukkan kita menghargai persahabatan dengannya. Demikian juga sebaliknya. Ada juga surat berangkai yang menawarkan pelbagai habuan. Kadangkala kita menerima surat yang ada senarai nama yang perlu dikirimkan wang atau apa-apa sahaja barang. Bayangkan:

- Peringkat 1: Orang yang terbabit: 1
- Peringkat 2: Orang yang terbabit: 10
- Peringkat 3: Orang yang terbabit: 100
- Peringkat 4: Orang yang terbabit: 1000
Sekiranya kita menghantar RM10 kepada orang pertama, lama kelamaan orang itu akan menerima RM 100, RM 1000, RM 10 000... RM 10 bilion. Mustahilkah?
Situasi ini pernah berlaku di Denver, Colorado pada tahun 1935. Setiap orang diminta mengirimkan 10 sen, bayaran terakhir yang diterima berjumlah RM 1562.50. Pejabat pos pada masa itu terpaksa mengharamkan surat berangkai kerana kelam kabut menguruskan lebih 285 000 pucuk surat.
Surat berangkai adalah contoh "Skim piramid" klasik, sudah tentu ia salah satu bentuk perjudian. Kepada sahabat-sahabat, usahlah mengirimkan mesej berangkai di Friendster.
Sesungguhnya kita berada dalam kerugian kerana diperbodohkan oleh gurauan orang lain.

3 komen:
saya tidak suka surat berangkai di emel apatahlagi di Friendster. menyemak.
fakta kau bagi ni sangat berguna.. aku punbenci dengan surat2 berantai dalam emel dan friedster.. betapa mudahnya hubungan persahabatan dinilai. cukup tak logik.
Am & Suhail,
Saya pun tidak suka, tetapi suka rangkaian kawan di Friendster.
Catat Ulasan