Seharian berjalan meninjau dan mencari pakaian pengantin yang sesuai dan menarik. Pagi-pagi lagi sudah ke Kajang... Sehingga malam masih lagi di Shah Alam.

Koleksi pakaian Man Kajang memang amat menarik, tetapi harga sewaan yang ditawarkan agak tinggi pula. Berpatutan dengan jenama "Man Kajang" yang sudah terkenal dalam kalangan pasangan yang akan mendirikan rumah tangga.

Di Shah Alam pula, kami mengunjungi tiga kedai di Plaza Alam Sentral. Dalam banyak-banyak pakaian yang dipamerkan, ada satu pakaian yang menarik perhatian. Kebetulan pula pakaian itu dijadikan iklan dalam majalah Pesona Pengantin keluaran Februari 2008.

Saya, Fadhilah, Mak Cik Hashimah (ibu Fadhilah) dan Umi (adik Fadhilah) berjalan pula ke SACC. Tertarik pula pada koleksi pakaian pengantin Salikin Sidek. Cantiklah pula! Harga: Masih tidak tahu. Di laman sawangnya, harga untuk pakej perkahwinan agak berpatutan.

Esok pula akan ke Semua House di Jalan TAR untuk melihat koleksi Kak Diana (yang membuat pelamin) pula.

Pening... Mujur majlis saya nanti di Johor Bahru dianggap sudah selesai kerana saya sudah biasa berurusan dengan pak andam (Amy Bridal) yang mengandam Abang Shahrul (semasa majlis perkahwinannya).

Apabila saya bertanya pada tunang, mengapa mahu menghabiskan belanja yang besar untuk majlis nanti? Jawapannya, "Kahwin hanya sekali."

11 komen:

ZulDeanz berkata...

yer ker kawin hanya sekali?

Tanpa Nama berkata...

Selamat memulai alam baru.. bila tu? jangan lupa undang saya.. hehehe..

Unknown berkata...

Zuldean: Tunang saya sudah beri amaran. huhu.

Cikgu Rhea: Insya-Allah pada Ogos nanti...;)

Tanpa Nama berkata...

Nanti kalau dapat tempat yang best...best bgtahu akak skali ek...tengah survey gak nih...

Unknown berkata...

Tetamu Senja (Kak Ita): Kak Ita sedang survey? Lain macam bunyi. Sudah dekatkah?hehe

Dewangga Sakti berkata...

Tahniah.
Moga majlis nanti meriah dan berkekalan.

Tanpa Nama berkata...

bulan ogos ke? baguslah tu.. taknak khidmat fotografi ke? marilah jenguk laman bisnes aku..

aku ada pakej fotografi perkahwinan yang tiada siapa tawarkan iaitu 5% harga yang dibayar akan disumbangkan kepada GPTD untuk kebajikan sukarelawan..

p/s: sengaja iklan, cari peluang kan.

Unknown berkata...

Abang Zoy,
Amin...

Suhail,
Aku memang sedang mencari jurugambar, tetapi bukankah kau hendak ke China nanti?

Marliza Radzi berkata...

woah semuanya nama2 besar. memanglah mahal jadinya. bertepatan dengan namanya.

Unknown berkata...

Am,
Kadangkala yang murah (tidak terkenal), tetapi kualiti sama sahaja dengan nama2 yg besar itu bukan?

Marliza Radzi berkata...

tepat sekali.