Saya suka menonton wayang. Biasanya saya akan memperoleh sesuatu ilmu daripada jalan cerita. Memang tidak dinafikan menonton wayang dapat menghiburkan jiwa. Tetapi bukanlah sehingga mencapai tahap hedonisme. Hamka sendiri menukilkan di dalam bukunya berkenaan hobinya yang suka menonton wayang (mungkin cereka ataupun wayang kulit).

Perkara yang paling membosankan semasa menonton wayang; apabila terdengar bunyi deringan telefon bimbit, perbualan yang agak kuat, goyangan kerusi semasa duduk dan kunyahan bertih jagung (pop corn) yang "ganas". Pada minggu lalu, semasa menonton dua filem, iaitu Cuci dan Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street, konsentrasi tetap terganggu dengan semua keadaan itu.

Terfikir sejenak, mengapa orang hanya memakan bertih jagung semasa menonton wayang?

Bertih jagung mula wujud sejak 5600 tahun dahulu semasa ketua puak New England memberikannya kepada penyebar Kristian pada Hari Kesyukuran pada tahun 1621. Pemberian itu bukan dalam bentuk bungkusan kon seperti yang biasa dilihat sekarang, tetapi dibungkus di dalam beg kulit rusa.

Apabila wayang mula-mula ditayangkan pada tahun 1910-an, bertih jagung tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam panggung-panggung mewah. Pada masa itu, wayang tidak ada bunyi. Hanya ada paparan gambar. Oleh itu, bunyi kunyahan bertih jagung pasti mengganggu orang lain. Walau bagaimanapun, semasa pasaran saham jatuh merudum pada 1929, beberapa panggung mewah mengalami kerugian dan ada yang ditutup, manakala panggung-panggung kecil dan murah (yang dibenarkan membawa masuk bertih jagung) masih lagi beroperasi.

Pemilik panggung mewah mula menyedari keadaan ini. Lalu menyebabkan mereka menjual bertih jagung sebagai wang sampingan. Dalam masa yang sama, makanan itu dibenarkan dibawa masuk ke dalam panggung selepas wayang mula menyediakan sistem audio yang menenggelamkan bunyi kunyahan bertih jagung.

Sebenarnya kos bertih jagung amat murah. Sekiranya makanan itu dijual oleh pihak bukan pemilik panggung, sudah tentu menguntungkan pihak itu. Disebabkan itulah, pada masa kini hampir semua panggung memiliki gerai konsesi yang menjual bertih jagung. Jadi bertih jagung bukanlah menjadi makanan yang menyeronokkan untuk penonton wayang, tetapi sebenarnya membantu panggung terus berniaga dengan keuntungan.

Patutlah ada papan tanda, "Makanan Luar Tidak Dibenarkan Dibawa Masuk".

4 komen:

Tanpa Nama berkata...

aku suka baca blog ni sbb aku selalu dpt maklumat yang aku sendiri pun tak terfikir nak tau..hehe..

Tanpa Nama berkata...

aku suka baca blog ni sbb aku selalu dpt maklumat yang aku sendiri pun tak terfikir nak tau..hehe..

Tanpa Nama berkata...

Betul kata nadmin.. maklumat baru. Aku da agak apbila diletak amaran 'makanan luar tidak dibenarkan bla bla..', ia pasti untuk keuntungan mereka.

Sama sahaja dengan mana-mana tempat makan mewah yang melarang pakcik/makcik/cucu dsb membawa nasi bungkus untuk dimakan bersama-sama anak/emak/ayah dsb yang menikmati makanan jualan mereka.

Kerana mereka semua inginkan keuntungan berganda.. betul tak?

- Ni isu lain aku nak komen.. pasal org mengunyah dlm panggung, mmg mengganggu.. tp yg plg teruk ialah orang yg x faham2 bahasa untuk menutup telefon bimbit wlp dah diperingatkan pihak panggung.. siap jawab pula tu..Fuhh!

Unknown berkata...

Nadmin: Maklumat ini ada di internet dan buku. Cuma tolong sebarkan sahaja.

Suhail: Aku pernah menonton wayang di Lembah Pertengahan, ada tikus besar mencopet makanan aku.