Sebut sahaja “Mat Bangla”, setiap rakyat Malaysia akan menggambarkan sosok individu yang mungkin berkulit gelap bekerja di stesen minyak. Ada juga sesetengah daripada kita membayangkan mat bangla yang menjual karpet dengan menaiki motosikal, menjual kain ela ataupun tudung di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan tidak kurang terfikirkan mat bangla yang mengambil pesanan menu di mana-mana kedai makanan mamak.
MPH Mutiara Minda, Mei-Jun 2012 (Isu 10)

Pendek kata, Malaysia merupakan tumpuan semua mat bangla ini mencari rezeki untuk dibawa pulang dan membawa kemakmuran kepada seisi keluarga mereka di Bangladesh. Namun realitinya, ada beberapa mat bangla ini yang pada asalnya kita pandang “sebelah mata” sahaja, kini merupakan usahawan yang berjaya di bumi Malaysia ini.


Siapa sangka yang dahulunya seorang mat bangla ini memasuki Malaysia dengan hanya menjinjit beg pakaian berjalan kaki untuk pergi dan balik kerja, kini sudah mampu memandu kereta mewah di jalan raya Malaysia. Malah tiada siapa yang pernah menjangkakan dulunya mat bangla ini bekerja dengan anak watan Malaysia, kini dia yang memberikan gaji kepada warganegara Malaysia yang bekerja dengannya – bukan sahaja yang berbangsa Melayu, malah India dan Cina juga turut bekerja bersama-sama beliau mengembangkan perniagaan.


Namun ironinya, mat bangla ini menjalankan perniagaan dalam bidang yang memandaikan bangsa atau kerja-kerja yang mencerdikkan akal budi bangsa, iaitu percetakan –mencetak buku sama ada buku ilmiah ataupun yang berbentuk popular, malah majalah, pamflet, brosur termasuklah kad jemputan perkahwinan turut diusahakan di kilang percetakannya. Yang paling menarik, syarikat percetakan mat bangla ini melepasi semua syarat ketat bagi memiliki lesen untuk mencetak al-Quran yang hanya dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. 


Artikel ini ditulis bukan untuk memperlekehkan keupayaan mat bangla ini...


Selebihnya di MPH Mutiara Minda, Mei-Jun 2012.

3 komen:

aBaRd berkata...

Tuan,

Mat Bangla pada saya merupakan orang yang sanggup mengambil risiko bersusah payah dengan mencari rezeki di negara kita. Satu nilai murni yang patut dicontohi. Namun begitu rakyat Malaysia tidak mengambil jalan yang sama dengan Mat Bangla, tidak mahu mengambil risiko.

UMNO PARTI PENJARA berkata...

.

(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?



Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.

Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?

Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.

Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.


(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')








~Janji Ditepati - Kami Tak KEBULUR dengan Jawatan dalam UMNO!! ~
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1

Unknown berkata...

salam perkenalan...first time singgah sini..moga berjaya dalam dunia blog dan menghasilkan karya2 yang terbaik