Tahniah kepada pereka lagu "Awan Nano" atas pemilihan sebagai penerima Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL).
Banyak lagi pertandingan atau peraduan yang membabitkan muzik termasuklah filem bagi mencari yang terbaik antara yang terbaik. Apabila yang "paling terbaik" itu dikenal pasti, ia akan memberikan impak positif yang besar. Namun tidak kurang juga memberikan kesan sebaliknya. Bagaimanapun, tujuan semua peraduan ini hanyalah untuk memberikan penghargaan kepada yang terbaik.
Begitu jugalah dengan pertandingan atau peraduan atau sayembara penulisan. Orang kata, perkara yang melibatkan kreatif penulisan ini tidak boleh dipertandingkan kerana kriteria pemarkahannya sangat subjektif. Malah ada juga suara yang mempertikaikan jurinya atau hakim yang tidak pakar. Masakan tidak, manalah layak orang yang tidak dinobatkan Sasterawan Negara menilai karya seorang Sasterawan Negara yang menyertai pertandingan penulisan.
Ada juga betulnya. Tapi buat apalah dirumitkan kata-kata orang itu. Dalam kes "Awan Nano", manalah layak ketua juri AJL26, Azmeer, menilai karya M. Nasir yang digelar Sifu!
Sekurang-kurangnya dengan menyertai pertandingan penulisan, penulis akan berusaha untuk giat menulis yang terbaik untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Jarang-jarang penulis yang menyertai pertandingan akan menghantar karya yang "cincai", kerana mereka sedar cabaran pesaing pastinya bukan calang-calang.
Mereka juga sedar, jika mereka menghantar penyertaan yang "asal boleh" itu, akhirnya akan dibakulsampahkan. Sudahlah tidak diterbitkan, manuskrip pun tidak pasti dikembalikan semula. Adalah lebih baik jika dihasilkan karya tersebut dengan sepenuh hati. Jika tidak menang pun, mungkin berpeluang untuk diterbitkan. Mungkin puisi W.S. Merwin boleh difikir-fikirkan:
I asked him how do I know if I’m any good and he said you don’t. You never know. You’ll die without knowing. If you have to know, don’t write.”
Namun satu perkara yang paling ditakuti kalau menyertai pertandingan menulis ini, iaitu memperoleh surat "...dukacita dimaklumkan bahawa anda GAGAL dalam pertandingan ini". Tipulah jika tidak ada manusia normal yang tidak terasa hati apabila karyanya gagal dalam pertandingan. Lebih-lebih lagi penulis muda yang jiwanya sentiasa mahu menang.
Disebabkan itulah, Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian dikhususkan untuk penulis yang berusia bawah 45 tahun.
Positif ataupun negatif pertandingan penulisan ini, penulis perlu senantiasa bermotivasi dalam bidang ini kerana "penulisan adalah perniagaan" bak moto Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.
Ya, saya tidak bergebang kosong tentang perkara ini. Cuba bayangkan kalau kita menulis sebuah novel, ia berkemungkinan diterjemahkan ke bahasa Inggeris. Mungkin juga jika "rezeki terpijak", berpeluang juga diterjemahkan ke beratus-ratus bahasa dunia. Itu baru sahaja prospek terjemahan, belum lagi undangan ceramah ataupun menulis di media-media lain.
Namun pokok pangkalnya, penulis sendiri perlu bertindak sebagai "usahawan". Kalau mendapat surat gagal pun, tenang-tenang sahajalah kerana situasi ini dihadapi semua orang. Truman Capote yang pernah bekerja di The New Yorker pun karyanya pernah ditolak majikannya. Malah beliau pernah dipecat hanya kerana kritikannya terhadap puisi orang lain. Akhirnya, beliau diangkat sebagai salah seorang penulis Amerika yang terkenal.

Arkib
-
►
2010
(31)
- Disember (3)
- November (4)
- September (2)
- Ogos (3)
- Mei (4)
- April (5)
- Februari (3)
- Januari (7)
-
►
2009
(161)
- Disember (5)
- November (8)
- Oktober (13)
- September (9)
- Ogos (11)
- Julai (13)
- Jun (17)
- Mei (18)
- April (17)
- Mac (16)
- Februari (17)
- Januari (17)
Pemblog UIA
Pemblog Rakan
- Adnan Jamil
- Ahmad Al-Kurauwi
- Ainon Mohd
- Alif Firdaus
- Am
- Amir Muhammad
- Arief Hakim Sani Rahmat
- Awang Zaidel
- Azli Shukri
- Baha Zain
- Cikgu Jane
- Cikgu Shahriah
- Cikgu Syahidah
- Dian Nais
- Fadli Akiti
- Faisal Tehrani
- Faizal
- Faris Hasbullah
- Felicia
- Gopa Bahari
- Hanida
- Helmy Samad
- Jiwa Rasa
- Khairusy Syakirin
- Majidah
- Nazmi Yaakob
- Nisah Haron
- Prof. Abdullah
- Prof. Kamil
- Ritah Yahaya
- Saharil
- Samhani Ismail
- Sinaganaga
- Tok Rimau
- Zaid Akhtar
- Zamri Mohamad
- Zin Mahmud
- Zuldean
1 komen:
網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ
Catat Ulasan