Hebat betul penangan promosi bisnes terbaharu Siti Nurhaliza, SimplySiti, sehinggakan setiap kali iklannya tersiar di akhbar mahupun televisyen, isteri saya bersuara, "Saya nak beli!"

Setiap hari asyik bercakap perkara yang sama, maka saya pun temankanlah dia ke Watson di Jusco Cheras Selatan untuk membeli produk kosmetik itu.

Sementara menanti isteri memilih dan mendengar penerangan produk itu dengan wanita-wanita lain (ramai yang turut mendengar), saya membelek brosur penerangan produk Siti itu. Tergelaklah membaca ayat bahasa Melayu yang agak teruk terjemahannya.

Bayangkanlah salah satu keterangan produknya, "It suppress acne bacteria while regulate sebum production," diterjemahkan Ia menghapuskan bakteria akne sambil meregulasikan penghasilan sebum.

Bukannya salah, tetapi nampak janggal terjemahan itu. Ayat itu adalah terjemahan langsung. Lebih elok kalau diterjemahkan Ia menghilangkan sebarang bakteria akne selain mengawal penghasilan sebum. Akne jarang digunakan walaupun terdapat di dalam Kamus Dewan. Mungkin perkataan kecelaan/ketaksempurnaan lebih sesuai digunakan.

Sebenarnya dalam brosur itu, ada banyak lagi terjemahan yang agak janggal. Isteri kata, "Tak baiklah kritik Siti begitu. Kasihan dia. Dia baru nak bermula dalam bisnes."

Dalam hati saya, "Siti dah kaya!" Haha.

7 komen:

mnr berkata...

alhamdulillah isteriku tak terpengaruh..hehe

Adlan berkata...

apa lagi.. kena pergi marketing dept siti la..

munira berkata...

ohhh ohhh ohhh saya 'hampir-hampir'
terpengaruh

mira berkata...

pembetulan terjemahan yang menarik :)

mariahsj berkata...

He he, saya masih setia dengan jenama yang sama. Memang betul, bahasa itu perlu dibaiki kerana Siti orang yang berpengaruh. Susah nanti jika menjadi ikutan yang lain. Bagus kerana anda memang teliti....Jangan kesian, memang dia dah kaya pun...ha ha

Tanpa Nama berkata...

nadmin:takde ler sampai terpengaruh..banyak sebab nak beli produk siti ni.salah satunya inilah cara utk bantu org melayu dan islam buat business,barangan kosmetik pulak tu yg kebetulan dimonopoli produk2 antarabangsa(lancome,maybelline,SK2).Tak salah rasanya kalau kita yg mempunyai keupayaan kewangan utk sama2 membantu menjayakan lagi perniagaan sesama bangsa dan agama.Kalau bukan kita,siapa lagi?

munira:tak salah kalau terpengaruh pun..dengan syarat anda tahu apa yg anda beli dan menggunakan duit sendiri(kalau suami yg nak belikan maka itu adalah bonus untuk anda)haahhaha!

kak ton:yang itu saya terpaksa setuju,hahaah!

isabelle berkata...

hahaha...byk duit pun, dari dulu kata nak hire org ajar english. tapi x dgr pun progressnya.