1. “Jangan dah nak terberak baru nak korek lubang”, pepatah Melayu yang bermaksud persediaan saat akhir. Walaupun pepatah ini kurang enak didengar, tetapi penggunaan perkataan majaz “berak” sangat tepat kerana menunjukkan deria rasa sakit perut yang secara semula jadi tidak boleh “ditahan-tahan” oleh badan manusia.

2. Perkataan ganti yang kini sudah difahami umum bagi perbuatan ini adalah “buang air besar”, sungguhpun pada asalnya ia tidak merujuk tepat kepada perbuatan berak. Dalam bidang perubatan, istilah “peninjaan” digunakan bagi merujuk kepada perbuatan berak.

3. Hasil kajian kromatografi gas pada tahun 1984 mendapati sebatian yang mengandungi sulfur seperti methanethiol, hidrogen sulfida, dan dimetil sulfida merupakan punca bau busuk kentut. Kentut boleh juga dikeluarkan tanpa menghasilkan sebarang bau dan bunyi.

4. Kita selalu mendengar serangan jantung banyak berlaku di dalam bilik air. Sebenarnya semasa berak, otot dada, diafragma, otot dinding abdomen, dan diafragma pelvis akan menekan atau meneran keluar saluran cerna. Pernafasan turut terhenti seketika semasa paru-paru menekan dada ke bawah untuk memberi tekanan. Pada masa yang sama, tekanan darah meningkat selain jantung mengepam darah masuk dengan pantas.

5. Di Malaysia kini banyak kelihatan adalah tandas duduk. Kaedah berak sebegini sebenarnya dipromosikan oleh dunia Barat yang bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit di paha, betis, pergelangan kaki dan punggung bawah. Cara begini menyempitkan sudut anorektum sehingga menyukarkan proses “mengosongkan” perut. Akibatnya, besar kemungkinan seseorang itu mengalami olah gerak Valsalva dan membebankan sistem kardiovaskular. Berak dengan menggunakan jamban duduk juga memerlukan lebih masa berbanding dengan jamban mencangkung.


Artikel saya di dalam Dewan Kosmik keluaran Januari 2010.

3 komen:

Adliff berkata...

Salam,

Anuar,

Orang Melayu bahasanya cukup tepat dan padat.

Contohnya perkataan tanggungjawab. Jika dilihat dalam perspektif ibu bapa, anak adalah tanggungan dan menjadi tugas ibu bapa untuk menjawab segala persoalan dari anak apabila ditanya semasa dihisab kelak.

Teringat filem P.Ramlee tentang mentera buka pintu gua. Anuar tahukan apa maksudnya? he!he!he!

Nida Shaari berkata...

Kalau tak salah, saya pernah terbaca tentang perkara baik yg menjadi amalan Rasulullah iaitu memberatkan bebanan badan ke sebelah kiri ketika mencangkung bagi memudahkan proses penyahtinjaan.

Tapi, kebas kaki weeehhh :D

sinaganaga berkata...

Perkumuhan? Boleg guna tak, Nuar?