Seminggu lalu tidak mengemas kini blog ini. Saya mendapat semangat baharu dan inspirasi segar selepas retreat dengan rakan sekerja dan bos di Melaka. Pulang dari program itu, terus melaksanakan perancangan strategi dengan menyiapkan kertas kerja yang diagihkan tugasnya kepada setiap orang.


Semasa dalam perjalanan ke Kota Tinggi pada Khamis lalu (untuk berhari raya), memanglah jalan raya penuh sesak. Radio menjadi alat bagi menghilangkan rasa mengantuk, bosan, dan stres.

Cuma yang rasa pelik apabila ada stesen radio yang menyiarkan takbir raya pada malam itu. Memanglah rindu mendengar suara arwah Ustaz Asri Ibrahim, meremang bulu roma setiap kali mendengar suaranya. Cuma daripada pemahaman hasil pembelajaran saya, alunan takbir raya Aidiladha berbeza dengan takbir raya Aidilfitri, dari segi waktunya.

Semasa Aidilfitri, waktu takbir bermula sesudah solat Maghrib masuknya 1 Syawal. Namun takbir Aidiladha sebenarnya bermula sesudah Subuh pada 9 Zulhijjah. Maksudnya, takbir Aidiladha bukannya sehari sebelum pada malam raya Aidiladha.

Cuma hal ini tidaklah haram hukumnya kerana terdapat khilaf. Ada ulama menyatakan boleh bertakbir bermula 1 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah. Takbir ini dinamakan "takbir mutlak".

Manakala takbir yang "terikat waktunya" dimulai sesudah solat Subuh (9 Zulhijjah) sehingga setelah solat Asar (13 Zulhijjah). Antara dalil yang menyokong takbir Aidiladha sebegini adalah seperti berikut:

"Dari Umar bin Khattab, bahawa beliau dulu bertakbir setelah solat subuh pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga setelah Zuhur pada tanggal 13 Zulhijjah.
"

Semoga tidak keliru.

6 komen:

hans berkata...

owh baru tahu
lain rupanya
rasa cam sama jer
tq2

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Anuar,
Di Malaysia, amalan takbir Eidul Adha selepas maghrib sudah diterima. Yang selalu terkeliru bertakbir selepas solat Asar 13 Zulhijjah masih ramai yang tak sedar.

Unknown berkata...

Tuan Hans,
Sila rujuk komen Ustaz Azman di atas ini.

Ustaz Azman,
Ya betul. Entah-entah malam ini ada juga yang ter"takbir".

Deraksi berkata...

Suka sangat pada gambar yang diedit semula tu...
Cantik

Cikgu Ibrahim berkata...

Anuar apa khabar? Aku nak komen pasal lepak lepas waktu kerja tu. Sejak aku kat UM tak boleh lepak langsung pasal tak tahu dengan siapa aku nak lepak.

Kat jabatan ni aku seorang, 2 orang profesor dan seorang dokotr. Duduk bilik masing-masing. Tak ada sebaya aku? Tension aku duduk bilik seorang-seorang dan tak ada siapa nak diajak lepak.

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ