Malam tadi saya dan isteri ke pasar malam selepas sudah lama tidak berjalan-jalan di situ. Rasanya sejak bulan puasa kami tidak ke tapak pasar malam itu yang tidak jauh dari rumah.
Kalau ke pasar malam, salah satu gerai yang "wajib" ada ialah gerai jualan cakera padat (CD) cetak rompak. Saya menghimpit ke gerai itu bagi meninjau sekiranya ada filem menarik yang belum ditonton, tetapi segera isteri menarik tangan saya. Katanya, "Kalau ada satu CD haram pun boleh didakwa!" yang merujuk kepada laporan Utusan tempoh hari.
Langsung saya berfikir, "Kalau orang memfotostat buku, tidak pula dikenakan tindakan." Malah situasi ini dianggap biasa dan normal di mana-mana tempat, sama ada di universiti mahupun sekolah. Di universiti, kedai fotostat bercambah banyak di setiap ceruk bangunan baik di dalam pagar universiti dan juga di luarnya. Bahkan pensyarah yang mengajar undang-undang hak cipta pun relaks sahaja melihat mahasiswanya menggunakan buku rujukan fotostat.
Hakikatnya hal ini sudah lama kronik. Malah ia dipandang sepi oleh masyarakat, pengamal undang-undang termasuklah penerbit buku dengan beralasankan, "Kasihan mereka, harga buku mahal!"
Namun situasi ini amat berlainan dengan CD dan DVD. Sama ada penerbit filem/muzik, pengamal undang-undang, kerajaan, dan orang perseorangan sanggup berjuang bermati-matian menghapuskan cetak rompak, walaupun macam payah sahaja.
Malah di Malaysia sendiri ada organisasi yang mengawal hak cipta setiap lagu/muzik yang dimainkan sama ada di dalam premis persendirian, radio, televisyen, konsert, kelab, dan lain-lain, iatu MACP. Setiap lagu yang dimainkan, pemilik lagu tersebut berhak memperoleh royalti/bayaran daripada MACP, yang memperoleh bayaran daripada pihak yang memainkan lagu tersebut.
Sedangkan setiap helaian buku yang difotostat, penerbit akan melongo!
Di Filipina dan Singapura tidak lagi membenarkan hal ini berpanjangan yang hanya menguntungkan satu pihak, manakala satu pihak lain (penulis & penerbit) teruslah mengeluh buku tidak terjual. Kedua-dua negara ini telah menganggotai International Federation of Reproduction Rights Organizations (IFRRO). Saya dengar cerita, Indonesia pun akan menggotai IFRRO ini.
Sekiranya Malaysia mengganggotai IFRRO, setiap penerbitan di sini akan tertakluk di bawah Reproduction Rights Organisation (RRO) selain Berne and Universal Copyright Conventions. Di Singapura, organisasi yang menguruskan hal ini adalah The Copyright Licensing & Administration Society of Singapore Limited (CLASS). Di Filipina, Filipinas Copyright Licensing Society, Inc. (FILCOLS).
Kalaulah ia berlaku di Malaysia, organisasi ini akan bertindak sebagaimana MACP, iaitu setiap buku yang difotostat perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada organisasi itu. Bagi helaian buku yang difotostat, pihak kedai fotostat itu akan dicaj. Organisasi itu akan mengutip caj bayaran tersebut dan akan mengembalikan semula kepada penerbit buku yang terlibat.
Kalau beginilah yang berlaku, penerbit buku tidak ambil kisah pun kalau buku yang mereka terbitkan difotostat. Setiap fotostat boleh dapat duit, siapa yang tidak mahu!
Arkib
-
►
2010
(31)
- Disember (3)
- November (4)
- September (2)
- Ogos (3)
- Mei (4)
- April (5)
- Februari (3)
- Januari (7)
-
▼
2009
(161)
- Disember (5)
- November (8)
- Oktober (13)
- September (9)
- Ogos (11)
- Julai (13)
- Jun (17)
- Mei (18)
- April (17)
- Mac (16)
- Februari (17)
- Januari (17)
Pemblog UIA
Pemblog Rakan
- Adnan Jamil
- Ahmad Al-Kurauwi
- Ainon Mohd
- Alif Firdaus
- Am
- Amir Muhammad
- Arief Hakim Sani Rahmat
- Awang Zaidel
- Azli Shukri
- Baha Zain
- Cikgu Jane
- Cikgu Shahriah
- Cikgu Syahidah
- Dian Nais
- Fadli Akiti
- Faisal Tehrani
- Faizal
- Faris Hasbullah
- Felicia
- Gopa Bahari
- Hanida
- Helmy Samad
- Jiwa Rasa
- Khairusy Syakirin
- Majidah
- Nazmi Yaakob
- Nisah Haron
- Prof. Abdullah
- Prof. Kamil
- Ritah Yahaya
- Saharil
- Samhani Ismail
- Sinaganaga
- Tok Rimau
- Zaid Akhtar
- Zamri Mohamad
- Zin Mahmud
- Zuldean
10 komen:
Bukankah di helaian pertama buku sudah ditulis penafian.
Semoga semakin meriahlah dunia penerbitan di negara ini.
kita pun buat keje tu kan!!!
Cik Hanida,
Memang sudah ada, begitu juga di CD, tapi masih ada dicetak mesin fotostat.
Pok Li,
Amin...
Ikan Emas,
Ya langsung tanpa rasa bersalah.
buku2 memang mahal...
kitaorang student terpaksa jer photostat...
murah sikit...
Tuan Hans,
Memang mahal. Maka perlulah diperjuangkan penurunan harga kertas.
bagainama pula dengan mendowload pdf secara percuma? huhu
memang kesian la nasib penerbit buku..malangnya tiada yang membantah..maklumle budaya malaysia bukan budaya membaca..sebaliknya hanya kepada budaya hiburan semata-mata..sebab itu lah pengamal hiburan ni marah kalau produk mereka dicetakrompak.. sedangkan pengamal buku yang tak baper kerat nih, nak marah pun, mesti terfikir..eh..ada ke orang nak layan kemarahan aku nih..
kalau di UK/ oversea, mereka memandang serius perkara xerox buku nih.. (ni apa yang my tutor habaq la..i ni mana la pernah sampai ke UK.)wakkakaka..
apa pun, adalah baik sekiranya undang2 cetakrompak ke atas buku ni dilaksanakan..takde la penulis and penerbit kita makan mee segera selalu..
sebab itu la penulis di malaysia dan di negara luar berbeza pendapatan.. hmmmm.. something to ponder nih hehe
Amran,
Ini sekadar pandangan sahajalah; kita rasa sangat bersalah kalau membeli CD haram, tapi kita rasa "biasa" sahaja kalau muat turun MP3. Betul bukan?
Cikgu Syahidah,
Fuh ingatkan memang sudah ke UK! :)
Mungkin juga ini antara sebab penulis atau bidang penerbitan di Malaysia kurang dihormati/disegani berbanding dengan negara sana.
saya rasa sebab itulah ada sebahagian pengajian dahulu sudah lupa sekarang ni. Hahaha
Catat Ulasan